Pages

Family Day KESUVET

Actually entry ni dah berlapok.. tapi takde la lama sangat pun.. 19-21 Mac 2010...hehhee kisah family day jabatan abg.. Kelab Kebajikan & Sukan Veterinar (KESUVET).. Kali ni buat kat Terkam Plantation Resort.. satu family bayar RM50.. dapat sebuah chalet untuk 3 hari 2 malam termasuk makan fullboard.. ok what... best jugak terkam ni.. tenang aje.. dah pi ke sana dapat gak aku melawat Uitm Jengka yang telah ku tinggalkan lebih 11 tahun yang lalu.. memang byk perubahannya.. sampai aku dah tak cam.. hehhee




Aktiviti dihari keluarga ni agak baik.. teratur disebabkan ada byk masa.. bilik pun not bad ala2 dok umah felda gitu.. walaupun ain asyik terlompat sana sini sbb dia suka bunyi papan tu bila lompat.. dan agak bising.. hehehe.. aktiviti sukan tak dapat masuk cuma abg aje dapat masuk futsal kain pelekat.. walaupun lutut injured tapi ok gak la sbb menang.. dapat hadiah tali pinggang n wallet.. hehhe




Petang sempat gak bawak ain pi mandi swimming pool kat situ.. mmg dah siap2 bawak pelampung n bola dia.. bukan main sonok lagi.. mlm ada dinner.. panggang kambing lagi.. yang lawaknya abg dapat cabutan bertuah kambing jantan seekor.. hehehe mula2 mcm tak caya.. rupanya betul.. rezeki ain dapat buat aqiqah.. hehehe...




- aReLynN -

No comments:

Post a Comment