Pages

Day 3 : Ho Chi Min City, Vietnam


Tour pada hari ke 2 ni pun agak jauh jugak tapi taklah sejauh macam pergi Mekong.. Semlm seharian di atas air, hari ni plak di dalam hutan dan ada di antara kami di bawah tanah a.k.a terowong.. hahahha.. awal-awal lagi minah dah bgtau kiteorg suh pakai baju warna gelap-gelap sebab nak masuk terowong..

Sebelum bergerak sempat lagi breakfirst di dalam bilik hotel.. dalam perjalanan macam biasalah melihat kiri dan kanan aktiviti penduduk tempatan. Lawatan pagi ini menuju ke Chu Chi Tunnel.. Tempat ni merupakan kawasan peperangan suatu ketika dulu di antara orang Vietnam dgn orang Inggeris kot.. hehe tak minat den ngan bab-bab sejarah nih..

 
Di sini kami di bawa melihat bagaimana askar-askar Vietnam menyelamatkan diri mereka dari musuh.. ternyata sungguh kreatif orang Vietnam dalam membuat jerangkap samar dan tempat persembunyian. Menariknya kami di bawa masuk ke dalam terowong yang gelap dan hanya muat-muat badan aje.. oppss aku, sha dan mimi tak masuk.. maklumlah insan istimewa.. hahhaha.. ternyata lin dan zue berjaya menampatkan perjalananannya di dalam terowong yang gelap gulita sejauh 10 meter rasanya kot.. kan dah sakit-sakit badan tu.. ape taknya siap merangkak, meniarap dan mengesot (dah macam citer seram suster ngesot plak) terowong tu makin lama makin kecik.. selamat aku tak masuk hahhaa.. 


Selesaikan aje pengembaraan, kiteorang di sajikan Nasi goreng Vietnam yang di bawa minah untuk santapan tengahari.. untuk pengetahuan korang pakej yang kiteorg ni ambik memang la fullboard tapi tak makan di restoren sebabnya menurut cik minah kita katanya sini restoren halal belum tentu 100% halal.. dah lapar balun ajela..

Selesai makan kami menuju balik ke bandar Saigon dan terus ke War Museum.. di museum ini terdapat perlbagai koleksi barang semasa peperangan dan juga koleksi gambar-gambar mangsa kekejaman Inggeris.. sedih gak tengok gambar-gambar nih tapi disebabkan dek kepenatan dan keletihan kami sekadar tengok dan bergambar sahaja.. then minah hantar kami ke Hotel untuk berehat sebelum keluar shopping di sebelah malam.

Malam hujan dengan renyai-renyai.. kami memberanikan diri berjalan sendiri ke pasar malam Ben Than tanpa minah di sisi.. ewahh.. dapat la rembat key chain, fridge magnet dan t-shirt Vietnam untuk kawan-kawan dan sanak saudara.. balik hotel dan tido..

No comments:

Post a Comment