1 Syawal 1432H : Cerita Raya Kami

Sebelum aku nak celoteh pasal kisah raya pertama kami..rasanya masih tak terlambat untuk ucapkan "SELAMAT HARI MEDAKA" kepada negara tercinta MALAYSIA tanah tumpah darahku.. cewaahh semangat patriotik plak tetiba nih...

Alhamdulillah tahun ni kami sekeluarga dapat beraya di Melaka.. raya kali nih memang sempoi habis.. sebab persiapan dah dibuat awal lagi dan alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan lancar...

Seperti biasa menu utama raya ketupat dan rendang serta lodeh tetap menjadi pilihan..

Part ketupat memang keje en abg tiap-tiap tahun
dan menjadi sejarah sebab dapat berbuka dihujung ramadhan dengan ketupat dan rendang sendiri.. selalunya mesti tak sempat...

Di pagi raya kami pun agak rileks dan sempoi sebab semua makanan dah ready, ain pun senang aje bangun pagi.. tambah plak cuaca mendung angin sepoi-sepoi bahasa... selepas balik dari solat sunat aidilfitri kami sekeluarga bermaaf-maafan sebelum menziarahi kubur dan pulang ke kampung atok..

Comey ain pakai tudung

Mintak maaf dengan ayah dan bonda

tak lupa gak ampun dan maaf kat suami tercinta

Happy Family

bersama atok dan nenek



Dan menjadi sejarah juga kami beraya di Rumah Terbuka Ketua Menteri Melaka di MITC.. bukannya apa kebetulan sambutan raya dibuat bersekali dengan meraikan anak merdeka yang lahir pada 31 Ogos.. dan kebetulan juga sepupu kami "FATIN FARHANA AZALI" lahir pada 31 Ogos.. tu yang bawak dia ke sana..

suasana dalam dewan MITC


anak merdeka

lovely cousin

Ok gak gi rumah terbuka nih sebab buat dalam dewan beraircon so nyaman ajelah.. booth makanan pun berlambak jadi takde la orang berebut-rebut.. tambah plak sapa-sapa yang bawak budak kecil ade laluan khas.. syukur alhamdulillah takdelah beratur panjang nak masuk ke dalam dewan tu... Dapat gak ain bersalam dengan Ali Rustam disamping duit raya.. sambil makan sambil dengar orang buat persembahan dan lawak jenaka dari Abon dan Ali Mamak...

persembahan Raqib AF9 dan kombo MBMB

lawak jenaka dari Abon dan Ali Mamak

TYT Melaka sempat menyanyi


terima sumbangan anak merdeka

Dah nak dekat kol 4 baru acara kemuncak bagi saguhati pada anak-anak merdeka.. kebetulan fatin dpt no 8 jadi takde la menunggu lama.. sebab ada 300 orang yang lahir pada hari tu.. selepas dia dapat aje saguhati kitaorg pun terus blah..

hasil sumbangan.. apa pun xbleh.. sib baik dapat RM100

Malam pula adik beradik sebelah abah datang beraya di rumah.. bukan main kecoh lagi... dengan story yang hot... story apa..?? biarlah menjadi rahsia....

Begitulah kisah raya pertama kami....

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...