Pages

Happy Birthday to Me!!!

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana membenarkan aku masih bernafas menghirup udara di bumi Allah ini. Syukur juga kerana diberi kesihatan yang baik, rezeki yang mencukupi disamping keluarga yang tersayang. 

Di kelahiran ini juga aku menyambutnya dengan berpuasa sunat sempena kehadiran Nishfu Sya'ban yang mana segala rekod amalan kita yang genap setahun akan diangkat ke pengadilan. 

Maka dengan ini aku ingin memohon maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan sepanjang pertemuan dan perkenalan kita. Semoga dihalalkan segala hutang dan perkara yang sewaktu dengannya. Semoga Allah merahmati kita di dunia dan diakhirat, diampuni dosa dan diterima taubat serta amalan.. Amin

No comments:

Post a Comment