Pages

Beraya bersama family En Suami



Hari ni aku buat acara makan-makan keluarga.. memandangkan raya hari tu aku dah beraya dikampung.. so ari ni beraya dengan keluarga sebelah husband plak.. selalunya kitaorang akan berkumpul di rumah nenek husband di Sg Kertas, Selayang.. tapi kali nih dibuat dirumah kami.. Walaupun tak dapat berkumpul semua tapi Alhamdulillah adik-beradik husband semuanya ada…


Menu hari ni adalah Nasi Tomato, roti jala, nasi impit, rending daging, puding dan kuih muih… Nasi tomato dan roti jala aku order dengan kak ina yang kerja sama opis dengan aku…puding dan nasi impit aje aku masak sendiri… karipap dan popia otak-otak aku beli frozen dan goreng… rendang daging mak mentua aku buatkan.. thank you yer mak.. hehehhe….




Kebetulan mak dan abah aku ada jemputan majlis kawin kawan dia di Semenyih.. jadinya dari hari jumaat lagi mereka dah sampai.. dapat sama-sama berjumpa besan.. hehehe.. sebelum tetamu datang kita makan dulu... hahahaha





Para jemputan sampai dalam sekitar pukul 1.00ptg… memandangkan ini pertama kali diaorang datang ke rumah Putrajaya so ada yang sesat tak jumpa.. tuan rumah kenelah mencari dan bawa ke rumah..












Adik ipar aku Ila dan suami dia ada beli kek untuk meraikan birthday mak dia dan juga mak aku.. kira sesame besan la.. kebetulan mak mertua aku lahir pada 28/8 mak aku pula 27/8.. elok sangatlah tu… hehehhee… lawak plak bila tengok diaorang suap-menyuap.. hehhee….






Sekitar jam 6 lebih diaorang semua berangkat pulang.. Alhamdulillah selesai semuanya…

 


No comments:

Post a Comment