Pages

Kisah 1 Syawal..

"Berlalu la sudah Ramadhan sebulan berpuasa.. tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira..." itulah lagu hot daripada kak nam Ain Syafiqah... tahun lepas balik kampung... tahun nih dok ulang aje lagu nih... siap aku tekan suruh dia alert part "Asyik bersembang pakcik dan makcik hai duit raya lupa nak diberi.." hahhaha

Hari jumaat lagi aku dah pulang ke kampung..Alahamdulillah perjalanan pun tenang takde jem sana-sini....sempat gak merasa anyam ketupat... ingatkan dah siap dah.. tahun persiapan makanan agak awal siap gak.. sebabnya buka puasa terakhir dapat merasa ketupat dan kuah kacang sendiri.. kalau tak asyik merasa makcik punya aje..



Sehari sebelum Syawal semua part mengemas rumah, gantung langsing, mengvakeum, menyapu, menyusun pun dapat diselesaikan awal.. memasing dah ambik peranan memasing... senang keje.. aku mcm biasalah part menambahbaik langsir.. hehhee



1 Syawal pagi kejutkan sikecik untuk mandi sunat pagi Aidilfitri.. tak sabar-sabar nak pakai baju raya dia..


Selesai solat sunat raya, macam biasa sesi maaf bermaafan...







Ain nangis tu bila minta maaf ngan ibu dia.. cian dia..





Selesai cerekarama pagi tu then sesi bergambar pula... pastu gerak ke tanah perkuburan melawat pusara nenek dan atuk..









Then terus menziarah satu-satunya atok yang masih ade.. syukur alhamdulillah dapat beraya bersama lagi tahun nih.. dan juga sanak saudara di kampung abah..





Tahun lepas buang tebiat pegi Rumah Terbuka Ali Rustam di MITC, tahun nih buang tebiat pegi ke Melaka Sentral yang dihujani dengan warga asing...hehehe diaorg pun pelik tengok kitaorang ada kat situ.. bukannya apa aku nak pi ambik sepupu aku yang datang dari Singapore yang dah hampir 10 tahun tak jumpa... mujurlah aku masih ingat rupa dia lagi.. hahhahaha...


Selesai sudah 1 Syawal...

No comments:

Post a Comment