Pages

Selamat Hari Malaysia

Baru-baru ini kita telah sambut hari merdeka negara Malaysia tercinta yang ke 55 Tahun... Alhamdulillah syukur kerana diberi keamanan sehingga ke hari ini..Aku berbangga menjadi anak Malaysia.. perubahan demi perubahan yang berlaku disekeliling membuatkan negara Malaysia tanah tumpah darah ini semakin maju dan semakin dikenali diserata dunia.


Sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos 2012 lalu amat meriah sekali.. walaupun logo hari kebangsaan tahun mendapat kritikan berbanding tahun-tahun sebelum ini namun ini adalah hak Kerajaan Malaysia.. kita sebagai rakyat hanya boleh mengeluarkan pandangan dan pendapat sahaja selebihnya terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat. Bagi aku itu bukanlah satu isu besar... den ok ajo.. hehehhe....



Memandangkan aku tak menyambutnya di sana hanya di dalam tv aje tapi kemeriahan tetap dapat dirasai malah disekitar Putrajaya ini juga telah menunjukkan betapa hebatnya sambutan kali ini.. Kami penduduk kuarters kerajaan di bekalkan satu bendera untuk dikibarkan disetiap rumah.. dan aku amat terkezut dengan sambutan yang dibuat bagi penduduk yang menetap di kawasan apartment. Aku amat tertarik dengan dekorasi yang diberikan oleh penduduk Presint 18R13 di mana tempat Ain bersekolah.. sungguh menakjubkan..





Semoga anak generasi akan datang mengekalkan keamanan negara kita sehingga ke akhir zaman...

Selamat Hari Malaysia 16 September 2012


No comments:

Post a Comment