Pages

Akhirnya...Siap Sudah

Persoalan bila untuk mengadakan kamar tidur untuk si kecil ini dah lama bermain di benak fikiran kami. Usia Ain pun dah menghampiri ke 5 tahun. sudah sampai masa untuk Ain memiliki bilik tidurnya yang sendiri agar dia mampu berdikari dalam menjaga ruang istimewanya ini.

Signage pada pintu hadapan masuk
Apa bila ditanya pada Ain, apa kah konsep yang dihajatinya, dengan selamber dia jawab "Princess" nah kau!!! mana dia dapat ilham ni? kami pun masih tercari-cari jawapannya. Apa yang ada pada benak kami pada masa itu adalah, warna pink sebagai kaler utama.

B mecadangkan agar bilik tidur Ain dibuat berdasarkan konsep kemas dan ringkas tapi dalam masa yang sama mengekalkan konsep kanak-kanak itu sendiri. dan seperti yang dijangka...kaler pink sememangnya banyak mempengaruhi setiap ruang pada bilik yang belum dihuni ini lagi..

Ain belum menjejakkan kakinya di bilik tidur nya ini. harapan kami, agar dia teruja dan menghargai atas usaha kami menghiaskan biliknya ini. (biarpun kami tiada basic dalam  rekaan dalaman..hehehe

Ciri-Ciri bilik

 Kain cadar bergambar princess berwarna pink menjadi pilihan. bantal  tidur dan bantal peluk sepekej. harap Ain selesa semasa tidurnya nanti yer...

 Di penghujung katil, terdapat meje tulis beralmari 3 tingkat. bolehlah Ain menyimpan segala barangan alat sekolahnya nanti...rajin-rajin buat kerja sekolah ye nak :)

 Almari baju 3 pintu menjadi pilihan. yup..masih lagi princess..hehe

 dihujung tingkap...diletakkan satu tempat duduk kaler merah berbentuk labu...hahaha



 ini aksesori...tiada tajaan dari mana-mana pihak ye...hahaha

 lampu tidur diletakkan di atas almari buat masa ini, kerana berdekatan dengan sumber elektri..yup..kaler pink lagi....

 tempat penyangkut baju juga disediakan...(walaupun Ain tak sampai)

 cermin setinggi 3 kaki diletakkan bersebelahan dengan almari baju...senang nak periksa diri kata B

 bintang-bintang glow in the dark menemani dinding dan silling sekitar hadapan bilik

 moga manjadi Astronut wanita yang pertama di Malaysia pada satu hari nanti..haha

 kerusi dan bekas laundry...layan diri ye Ain 
 meja tulis boleh dibuka dan ditutup.

 pandagan bahagian atas almari

 Aksesori ini agak menarik...penyeri dinding....anak perempuan kan???

 Air-Cond berkuasa 1HP memadai untuk menyejukan bilik yang seluas 8 x 10 kaki ini.

 Bantalnya

Cadarnya.

Maaf kalau tak siarkan gambar penuh kerana masih diketogerikan sebagai rahsia besar..hahahaha (sebab Ain masih belum rasmikan biliknya lagi)

No comments:

Post a Comment