Pages

Alat menyukat bacaan tekanan darah ; New Wrist Blood Pressure Monitor(LF-01-88 ( With 3*33 Memory))

bilah dah tertera bacaan, barulah mula tanya.."apa maksud ni?"
Item ini dibeli dari ebay.com dan telah selamat sampai di tangan pada semalam 30/04/2013. Barangan ini telah diorder pada 15/04/2013 melalui paypal.com dengan harga keseluruhan $16.67USD atau RM52.71 keseluruhan termasuk kos penghantaran. Pecahan kos adalah $3.07USD untuk harga barang dan $13.60USD untuk penghantaran. Ini tidak termasuk cukai kastam sekirnya ada.
Alat ini amat mudah untuk digunakan. Berkeupayaan untuk merekod sebanyak 99 kali data. Untuk membaca tekanan darah seseorang, kita hanya perlu memakaikannya di pergelanggan tangan (urat nadi) sebelah kiri dan kemudiannya mengangkatkannya setinggi aras dada kita. Kemungkinan untuk memberi level tekanan yang betul.

Dengan adanya alat menyukat kadar tekanan darang ini, harap dapatlah membantu kita memonitor tahap tekanan darah dari masa ke semasa. Al-maklumlah, sekarang ni kes serangan jantung dah bukan menjadi pekara asing bagi individu sekitar usia 30'an. Diharapkan usaha ini sedikit sebanyak akan dapat memberikan kesedaran dan seterusnya kita dapat mengambil langkah-langkah yang bersesuaian dalam mengamalkan cara hidup sihat.

Courier dari Taiwan. Cara balut mmg agak kebelakang jika
dibandingkan dengan kos postage yang hampir RM40.

seller ni hanya trerima cara bayaran melalui
paypal sahaja.


nama ejen penghantar Chunghwa Post. boleh lah tracking shipment.

No comments:

Post a Comment