Pages

Filem Seram - The Conjuring.


Tajuk filem ini sudah lama trending di internet. Kebanyakkan menyatakan ia adalah filem yang paling menakutkan pada tahun ini.

Pada awalnya, aku menyangkakan "The Sinister" adalah filem seram yang terbaik pernah dihasilkan, namun selepas menonton "The Conjuring"... Terpaksa aku akui... Ianya patut dinobatkan sebagai filem seram ditempat pertama pada ketika ini.

Filem yang dikatakan diambil dari sebuah kisah benar. Tetapi ditokok-tambah bagi memberi kesan 'takut' tambahan.

Kisah sebuh keluarga + 5 orang anak perempuan yang berpindah di kawasan terpencil dan mendiami rumah yang dahulunya pernah didiami oleh seorang ahli sihir. Ahli sihir ini dikatakan telah membunuh anaknya dan bersumpah untuk membunuh sesiapa sahaja yang cuba merampas tanah asalnya. Ermmm..

Sepasang suami isteri (pakar paranormal) telah dibawa untuk membantu keluarga berkenaan. Dan di sinilah bermulanya pelbagai perkara pelik dan diluar jangkaan kita.

Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton filem ini dipawagam. Namun perlu di ingatkan ianya adalah utk 18PL sahaja.

Keek ikatan filem ini adalah pada unsur kekeluargaan kuat yang cuba diketengahkan. Selebihnya ia ada juga unsur untuk promote agama mereka ketika ritual menghalau hantu yang merasuk ibu mereka. Nasihat aku, cuba jangan beri banyak sangat tumpuan pada teknik agama mereka ini, sebaliknya fokus kepada kekuasaan yang Maha Pencipta yang menguji hambanya.

Babak seram adalah ketika Si ibu terperangkap di dalam bilik bawah tanah, dan di mana si'ghaib' cuma mengajak dia bermain nyorok-nyorok dengan menepuk tangan 'clap'!!! Hahaha

Watak annabelle juga banyak memainkan peranan, meningkatkan kita tengah filem childplay... Chucky. Namun wajah anak patung ini telah diubah bagi memberi kesan lebih seram.

Okeh... Tonton le sendiri ek. clap 👏

No comments:

Post a Comment