Alhamdulillah... hari ini genap 7 tahun dan 9 bulan dan 1 hari aku bertugas di Ibu Pejabat Perkhidmatan Veteirnar Putrajaya. Masih ingat lagi tarikh 15 November 2005, di mana aku mula melaporkan diri bertugas di sini. Wajah pertama yang aku jumpa pada pagi hari Selasa tersebut adalah Arwah Dr. Asiah bte Karim. Penempatan aku yang pertama adalah di Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya. Hal kerja berkaitan kewangan dan pentadbiran. First time menjejakkan kaki di sini, sememangnya aku akui...pernah aku terfikir nak kembali pada jawatan lama. Tapi takdir menentukan segalanya....hari demi hari... dah sampai masa untuk aku bertukar sekali lagi..
Pertukaran sememangnya jarang ada dalam kamus hidup aku. comfort zone yang dikhuatiri akan menjadi barah dalam sistem perkhidmatan awam. apakan daya, sudah menjadi skrip cerita, aku akan menjejakkan kaki bertukar tugas di Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya pula. Bahagian mana? tak dinyatakan pula. apasal nak berahsia sangat entah laa... lebih menggerunkan ada pegawai yang terang-terangan menyatakan mereka lebih prefer untuk tidak bertugas di JPA, leceh kata mereka...hahahaha. Pegawai yang cakap tuu..heheheh
Aku dari dulu lagi, memang tak pandai nak mengampu atau adjust di mana tempat bertugas. Tahu-tahu alih-alih diorang campak aku ke sana.. aku redha je laaa. aku bukan apa, malas nak tetapkan.. takut-takut tersalah pilih... dulu aku percaya opis lama aku teruk...hahaha... rupa-rupanya ada lagi teruk..hahaha. Namun aku selalu mengingatkan diri aku bahawa tempat yang 'buruk' dah tau 'keburukannya', tapi tempat yang baru, belum lagi...hehehe. Apa pun banyak kenangan manis di Jabatan ini. Tak banyak orang yang mahu bertugas di Jabatan secara amnya, kerana kerjaya pelbagai. Lebih banyak yang mahu bertugas di kementerian kerana portfolio tugas yang jelas dan bilangannya yang sedikit berbanding di Jabatan. itu hakikatnya.
Okeh, aku sebenarnya terpanggil untuk berkongsi sedikit pandangan mengenai kes Suami yang membelasah isterinya di dalam Lif yang mana klipnya tersebar luas dan mendapat perhatian banyak pihak. ini termasukan komen dari media sosial yang ada aku rasanya kurang sesuai dan kurang tepat untuk disiarkan.
Kerana Nila setitik rosak susu sebelanga.
Banyak pandangan yang menyatakan pegawai tersebut memukul isterinya kerana berkerja dengan Jabatan Haiwan. Oh Tidak!!! ini dakwaan kanak-kanak yang membuat kesimpulan membuta tuli. Sebelum korang melalut bukan-bukan...cuba kaji misi dan fungsi jabatan ini dulu. aku ringkaskan dengan bahasa yang mudah. memandangkan aku nak blah....ada baiknya aku puji sikit jabatan ini...mudah-mudahan dapat APC tahun depan...hahahaha
Fungsi Jabatan Perkhidmatan Veterinar
AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969 PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (NO 2) 2004 seperti WARTA KERAJAAN Jilid 48, no. 13 bertarikh 24 Jun 2004 menyenaraikan tanggungjawab JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN |
|
Secara amnya... jabatan inilah yang bertanggungjawab memastikan 'perut-perut' kita semua terisi dengan makanan yang berkualiti dan sihat. lebih tepat...memastikan kita semua boleh terus hidup untuk menjalankan tugas dan amanah di muka bumi ini.
Tak sedar lagi???!!! Takkan kerana seorang yang bernama Mohd Afendi bin Ismail, Pembantu Pegawai Veterinar yang memukul isterinya di dalam lif dengan kejam, korang nak salahkan Jabatan tempat dia bertugas???? Bangun lee... guna akal sikit... pernah tak korang terfikir kalau ada kes seorang Kerani di Jabatan Bomba merogol..orang salahkan Jabatan Bomba dan menghina jabatan tersebut??? Double Standard... nampaknya....masyarakat kita kerap menjadikan bahan jenaka bagi apa yang mereka kurang paham.... tak mumayiz langsunggg.
Okeh. Pernah kaji apa perkerjaan Rasulullah sebelum mengahwini isterinya Khadijah?? Mengembala Kambing bukan?? Oleh itu menternak ini sememangnya adalah pekerjaan sunnah. Ada keberkatan di dalam nya.
Seperkara lagi....Ayah Ustaz Don dikhabarkan pernah bertugas di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang. nampak tuu??? salah Jabatan ke?? Yang sebenarnya individu itu sendiri, cara mana dia membawa diri.. kalau baik...baiklah... takde kaitan sama sekali dengan Jabatan atau organisasi tempat dia bertugas. Tapi perlu diingatkan bahwa penjawat awam perlu sendiri menjaga nama baik kerajaan, oleh itu si Afendi ini berkemungkinan boleh dikenakan tindakan Tatatertib (Seperti mana yang dijelaskan oleh KSN dalam media) sekiranya disabitkan dengan kesalahan ini di bawah Akta Keganasan Rumahtangga.
Beberapa fakta mengenai kes ini juga harus diperjelaskan. Mamat Afendi ini adalah Penolong Pegawai (G27/G32/G36) dan bukannya Pegawai Veterinar (Gred G41 ke atas). kerana kalau dia Pegawai sudah sememangnya dia akan digelar Doktor Afendi. Untuk makluman semua jawatan Pegawai Veterinar adalah lantikan Persekutuan. hanya sebahagiannya sahaja yang dipinjamkan ke Negeri-Negeri.
Selain itu, kita juga perlu jelas bahawa Jabatan Veterinar ini terbahagi kepada 2 iaitu Persekutuan dan Negeri. Semua Jabatan Veterinar Negeri (Seperti Perkhidmatan Veterinar Daerah) adalah lantikan Kerajaan Negeri. Selalunya Perkhidmatan Veterinar Daerah diketuai oleh Seorang Penolong Pegawai Veterinar dan grednya bergantung pada keluasan Daerah / kawasan tersebut. Pada pandangan saya... tugas mereka di lapangaan sememangnya sukar dan sentiasa berhubung baik dengan penternak dan orang ramai di lapangan tersebut. Mereka dikenali umum di daerah tersebut.
Akhir kata, aku rasa baiklah kita mendoakan mamat ini mendapat petunjuk dari Allah dan kembali ke pangkal jalan. Ingat, kita bukan hadir untuk menghukum, sebaliknya memperingati sesama sendiri. Sekian ...
Wassalamualaikum
Sedih nyaaaa......terharu nyaaaa....setelah baca sampai habis...setuju sngt2...xboleh la tunding jari pada sesuatu perkara atas kesalahan orang lain...sbg contoh klu sesorang anak buat kesalahan, wajar ke kita salah kn mak bapak dlm hal ni...sedangkn dari pengaruh kawan2 n orng sekeliling...tapi mak bpak yg disalahkn...adil ker???
ReplyDeleteSedih nyaaaa......terharu nyaaaa....setelah baca sampai habis...setuju sngt2...xboleh la tunding jari pada sesuatu perkara atas kesalahan orang lain...sbg contoh klu sesorang anak buat kesalahan, wajar ke kita salah kn mak bapak dlm hal ni...sedangkn dari pengaruh kawan2 n orng sekeliling...tapi mak bpak yg disalahkn...adil ker???
ReplyDeletehah betul.. tak patutkan.. takkan nila setitik rosak susu sebelanga.. sian...
ReplyDeletebetul2 sedih dak pariz ni...sampai 2 kasi posting comments.hahah
ReplyDelete