Panorama View



Better late than never. 
Aku baru tau function benda ni. Hahah
Sememangnya menarik. 

Nasi lemak telur bungkus


Menu ni di bawa khas dari restoran Bunian di Desa Pinggiran Putra, Kampung Limau Manis, Sepang. Kedai Makanan ini agak tersorok dan berhampiran dengan kopi village. 

Menu ini agak special kerana nasi lemaknya di bungkus dengan telur ibarat nasi Pattaya. Sambal nya sedap tak terlalu pedas dan manis. Mmg sedap.

Selamat menjamu selera.

Fast 6 sebelum Uefa Champion league final. 26 Mei 2013


Okeh!!, 1st aku dah tertipu dengan cik puan yang menyatakan kami akan menonton citer Bikers Kental. Cittt!!! apa punya surprise le?! ada gak mcm ni?...tapi ok jugak lah sebab tonton cerita action jam 12.50am. takde le mengantuk sangat. lagipun objektif aku adalah menonton wayang ni selingan sebelum tgk UEFA Champion League Final jam 2.45pagi waktu Malaysia...ehhehe

Sekolah Kebangsaan Putrajaya P18 (2), yang baru dibuka awal tahun ini.


Sekitar bulan April 2013, kami telah mendaftarkan anak untuk sesi persekolahan tahun satu pada sesi 2015. Memandangkan lokasi ini adalah berhampiran dengan kawasan pejabat kami. Sekolah ini adalah Sekolah baru yang telahpun beroperasi pada awal tahun ini. Difahamkan juga ada sesi pra Sekolah yang turut dijalankan.

Ada juga hasilnya...



Setelah menunggu hampir setahun, akhirnya pokok pisang yang kami ambil anak pokoknya dari rumah kakak di Gombak. Sebelum ini pokok pisang ini ada gak berbakti di mana dayung pisang telah digunakan untuk buat lepat pisang. Pada awalnya mmg kami dah plan nak tebang sebab dah lama sangat menunggu, dan Maybe anak pokok yang dah mula tumbuh boleh mengambilalinya. Tapi pada Isnin lepas baru aku terperasan nampak jantung pisang dah mula tumbuh. At last.....


Mai dari Langkawi...

Tu diaaaa....

Orang balik dari Langkawi sampai sakit2, dah bawak dah barang dia borong dari sana. Biasa laaa... Alat barang dapuq dia... Senyum lebaq nampak kak...heheh

Antara peralatan yang diterbangkan khas dari Langkawi ;

1) Tefal Intensium non-stick integril (kuali tak melekat berpenutup yg sedap dipegang)



2) beberapa senduk dan sudip Tefal





3) pan utk grill daging berger / roti canai (ini bukan Tefal, tapi brand Teflon)




3) pingan milamin gred A. (Juga bukan Tefal..hahaha)




Kesemua barangan ini dibeli dengan stok cokelat utk kami...heheh... Saya suka, saya suka....




P/S |~~ cik puan besar kata, next year gi lagi Langkawi, sebab ada beberapa benda yang dihajati blok dapat dibeli, tak cukup tangan utk bawak agaknya... 

Festival Belia Putrajaya (23 - 26 Mei 2013)




Jalanan dah banyak tutup. Khemah2 dah banyak yang didirikan. Segala genap lapisan tanah di Presint 2 - 4, telah dipenuhi. Itulah dia Karnival Belia Putrajaya 2013.



Program tahunan anjuran kementerian Belia dan Sukan ini menjanjikan aktiviti2 bermanfaat untuk golonggan belia. 
Untuk maklumat lanjut, sila layari : www.festivalbelia.gov.my

Jumpa di sana....

Kit & Maklumat Membenteras Aedes!!!!

Hari ini terkejut apabila mendapati ada sepek kit dalam sampul plastik diletakkan di dalam peti surat. Ingatkan surat layang sempena PilihanRaya lagi...hehehe

Selepas diamati, ianya adalah maklumat berkaitan dengan bahaya Aedes, dan disertakan sekali dengan ubat membunuh jentik-jentik. Bagus sungguh!!! Syabas Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan. Kaedah memberi maklumat dengan menggunakan bahan yang menarik ini amat berkesan. Tambahan maklumat disalurkan dengan nota berbentuk menarik yang ringkas dan bersaiz menarik.










Checklist yang diberikan juga boleh menjadi panduan terutama utk orang yang malas seperti saya. Hehehe

Selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihanrayaumum ke-13





Alhamdulillah. Kami selesai melaksanakan tugas selaku pengundi bardaftar kawasan P-125 Putrajaya. Tahun ini kami masih lagi mengudi di Sekolah Kebangsaan Presint 8(2) Putrajaya. Sebabnya? Alamat IC masih belum lagi ditukar ke alamat rumah terkini. So, berbekalkan pengalaman mengundi pada tahun 2008, kami keluar seawal jam 7.30 pagi untuk memastikan tugas mengundi selesai awal.

Sebelum tu , kenalah bersarapan dahulu. Kalau perot kosong pemikiran tertanggu. Ye tak? Hahaha



Apa yg menarik kali ini adalah, jumlah pengundi hadir lebih awal. Sekitar jam 7.45 pagi , dianggarkan sudah mencecah 200 pengundi berdaftar telah memenuhi pintu utama hadapan sekolah berkenaan.
Hal ini amat sekali berbeza pada tahun 2008 (PRU-12), di mana hanya sekitar tak sampai 50 org yang beratur pada masa itu kalau tak silap aku.









Kemungkinan pengundi semua mahu selesaikan tugas ini dengan lebih awal. Ramalan kaji cuaca juga meramalkan hujan pada sebelah petang ini. Atau mungkin juga org ramai dah bosan dengan tempoh kempen dan mahu supaya ianya diselesaikan segera.?

Apapun. Kita doakan malaysia yang terbaik. Insyallah.

Sedikit tips dari saya bagi siapa yg bakal mengundi pada hari ini;

1. Jangan lupa bawa kad pengenalan.

2. Sebaik-baiknya semak saluran di daftar pengundi on-line supaya anda tidak pelu lagi beratur untuk menyemak di tempat mengundi. Ini akan menjimatkan masa.

3. Terus ke salurun mengundi anda apabila sampi. Pastikan nombor siri adalah sama seperti mana yang terteradi di kawasan notis yg ditampal SPR (biasanya di pintu).

4. Beratur dengan betul dan sila silentkan telefon mahal anda itu.

5. Bagi yang boleh diberi keutamaan spt ibu baru bersalin/ org accident, sila maklumkan petugas untuk membolehkan anda potong Q dan mengundi laju di saluran anda.





6. Hanya masuk apabila dibenarkan oleh petugas. Ada 3 org di meja pertama. Satu untuk menyemak nama ada. Dua, akan mencalit jari telunjuk anda dengan dakwat kekal dan ketiga, akan memberikan anda boranb mengundi.

7. Awas!!! Selas dicalit dengan dakwat kekal, berhati-hatilah supaya dakwat yg belum kering ini tidak mengena mana2 kawan lain spt baju anda. Lebih penting, jangan terkena kertas undi, dikhuatiri akan menjejaskan undi anda dan menjadi undi rosak barangkali.



P/s :~~~> saya tak nampak lak petugas yg pegang pembaris di peti undi. Tahu ni diorg dah mangsuhkan watak tu kot? And BTW, dakwat kekal ni mmg sememeh.. Yuck!!! Hahahaha

One more thing, tahun ni kita akan tahu siapa yang tak pergi mengundi keesokan hari ni di pejabat, di mana tiada calitan dakwat kekal di jari tangan. Hahaha. Mungkin org ini akan cop guna stamp pad kot.. Hehe



Majlis Persandingan Pengantin dan sehari sebelum Hari Pembuangan Undi Sempena Pilihan Raya Umum ke-13.



Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru, saudara Zoul dan pasangannya Adah yang selamat diijabkabulkan pada petang semalam 3hb Mei 2013. Majlis persandingan berjalan lancar pada hari ni seperti di dirancang. Alhamdulillah.



Apa yang lebih menarik, majlis persandingan ini turut diraikan oleh calon-calon ADUN N-17 Bukit Baru, calon Barisan Nasional yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Melaka, En. Karim Yaakob. Beliau hadir sekitar jam 11 lebih dan sempat bersama-sama menyertai doa selamat yang dijalankan sebelum majlis bermula. Terima kasih pada En. Karim bin Yaakob atas kehadiran beliau. Untuk rekod En. Karim adalah muka baru yang diketengahkan oleh BN pada kali ini dan bakal mempertahankan kerusi DUN Bukit Baru yang sememangnya menjadi kubu kuat BN apabila Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menang menewaskan calon Pas, Bakrin Sidek dengan majoriti 2,708 undi.




Pada kali ini Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bertanding di P-137 Parlimen Bukit Katil dan dicabar oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin. Guess what??? Datuk Seri Mohd. Ali Rustam turut hadir di majlis persandingan ini. Sambutan beliau disambut baik oleh para tetamu yang hadir kerana beliau ada juga ketua menteri melaka yang telah banyak membantu kemajuan negeri melaka.

Di dalam kita sedang hangat menyambut hari mengundi ini, kita tidak seharusnya mengenepikan budaya dan adat melayu terutama di dalam majlis kemasyarakatan. Biarlah perbalahan itu berakhir di meja kiraan undi sahaja. Sebaiknya kita harus menghormati keputusan dan krebiliti semua pihak termasuk calon dan urusetia iaitu SPR.



Buktinya, calon PAS Bukit Baru yang juga merupakan mantan Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka, turut sama hadir ke majlis ini. Beliau disambut baik, juga seperti kedua-dua calon BN yang hadir tadi. Para tetamunbersalaman bersama beliau dan ini lah semangat yang kita mahukan daripada kedua-dua pihak yang bertanding. Kematangan para tetamu yang hadir juga patut dipuji dengan tidak mencampur adukan fahaman politik dengan urusan majlis kemasyarakatan. Syabas sekali lagi.

Pastinya memori indah majlis persandingan yang telah dihadiri oleh VIP-VIP calon Pilihan Raya Ke-13 ini akan terpahat di hati pasangan Zoul & Adah. tambahan lagi kenangan ditepung-tawar sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Semalam mengundi para rakyat Malaysia sekian.

Update :

Untuk DUN Bukit Baru, Kerusi telah dimenangi oleh Dr. Md Khalid Kassim dengan majoriti 48 undi. :)
Manakala Bagi Parlimen Bukit Katil. Kerusi telah dimenangi oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.







Taklimat bersama wakil Cuepacs

Semalam aku berkesempatan untuk mengikuti sesi perjumpaan Cuepacs dan seluruh warga kerja Kementerian. Ini merupakan 1st time aku mendengar mesej yang disampaikan oleh wakil ini secara direct. Walaubagaimanapun, aku berpandapat ini hanyalah satu sesi dialog biasa kerana sesi brainstorming sebenar sememangnya telah dilakukan oleh wakil-wakil persatuan kerja yang ada. Sebelum memulakan bicara, Pn Pn. Loke Yim Peng yang juga selaku setiausaha agung cuepacs menegaskan bahawa program ini tiada kaitan dengan PRU13 yang sedia ada dan cuepacs langsung tidak menyentuh soal isu politik.

Antara highlight point adalah ;

Cuepacs sentisa Membuat tuntutan yang terbaik untuk penjawat awam. Peringatan cuepacs supaya penjawat awam meningkatkan produktiviti sejajar dengan tanggungjawab. Sistem penyampaian awam juga perlu dipertingkatkan. Saranan KSN dan KPPA agar penjawat awam meningkatkan produktiviti dan dalam masa yg sama kebajikan mereka turut dijaga.

Antara cadangan-cadangan yang diketengahkan ;

1. KUP time-base dipertingkatkan kepada 2 lapisan bukan satu spt skrg. Bagi membolehkan mereka yg bersara menikmati kenaikan gaji yg lebih tinggi.

2. Mencadangkan agar skim pencen yg baru SPFB ( skim pencen faedah bercarum) diperhalusi semula. Melalui skim ini, penjawat awam turut mencarum semasa berkhidmat. Ini membolehkan mereka memiilih untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal dan menikmati caruman yang lumayan berbanding mereka yang memilih pencen tetap. Cadangan Cuepac supaya peraturan ini dilaksanakan kepada pengambilan baru sahaja. Kepada mereka yg setia pada kerajaan sehingga pencen patut diberi kredit yang lebih berbanding mereka yang menamatkan perkhidmatan lebih awal.

3. Ganjaran dicadang untuk dinaikkan dari 7% kepada 10% peratus

4. Golden handshake juga dicadang untuk dinaikkan.

5. Kemudahan faedah cuti , haji, menjaga anak ditambahbaik

6. Cuti bersalin extra 30 hari diberikan sekarang diterus tanpa permohonan terlebihdahulu. (Wanita sahaja)

Apapun, program sebegini sememangnya bagus dan patut diteruskan kerana dialog ini akan membawa kepada penyakuran maklumat yang lebih tepat dan jelas. Ia jugaseterusnya akan menaikkan imej kesatuan kerja itu sendiri.

Alat menyukat bacaan tekanan darah ; New Wrist Blood Pressure Monitor(LF-01-88 ( With 3*33 Memory))

bilah dah tertera bacaan, barulah mula tanya.."apa maksud ni?"
Item ini dibeli dari ebay.com dan telah selamat sampai di tangan pada semalam 30/04/2013. Barangan ini telah diorder pada 15/04/2013 melalui paypal.com dengan harga keseluruhan $16.67USD atau RM52.71 keseluruhan termasuk kos penghantaran. Pecahan kos adalah $3.07USD untuk harga barang dan $13.60USD untuk penghantaran. Ini tidak termasuk cukai kastam sekirnya ada.
Alat ini amat mudah untuk digunakan. Berkeupayaan untuk merekod sebanyak 99 kali data. Untuk membaca tekanan darah seseorang, kita hanya perlu memakaikannya di pergelanggan tangan (urat nadi) sebelah kiri dan kemudiannya mengangkatkannya setinggi aras dada kita. Kemungkinan untuk memberi level tekanan yang betul.

Dengan adanya alat menyukat kadar tekanan darang ini, harap dapatlah membantu kita memonitor tahap tekanan darah dari masa ke semasa. Al-maklumlah, sekarang ni kes serangan jantung dah bukan menjadi pekara asing bagi individu sekitar usia 30'an. Diharapkan usaha ini sedikit sebanyak akan dapat memberikan kesedaran dan seterusnya kita dapat mengambil langkah-langkah yang bersesuaian dalam mengamalkan cara hidup sihat.

Courier dari Taiwan. Cara balut mmg agak kebelakang jika
dibandingkan dengan kos postage yang hampir RM40.

seller ni hanya trerima cara bayaran melalui
paypal sahaja.


nama ejen penghantar Chunghwa Post. boleh lah tracking shipment.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...