Pages

Live Blog : Lawatan Dalam (Hari Pertama)




Alhamdulillah. Selesai berehat dengan tidur sebentar pada awal pagi tadi (jam 2 waktu tempatan). Jet Leg ke kot? hehehe. patutnya awal lagi dah mengantuk, tapi sebab dah over prime time, jadi kesukaran juga untuk melelapkan mata. Tapi apapun, syukur ke hadrat Allah SWT atas keizinanNya, kami dapat menjejakkan kaki di Tanah al-Madīnah al- Munawwarah ini.



Hotel Mubarak Silver ini tidak jauh dari Masjid Nabawi, kira-kira 200-300 meter sahaja. Namun kalau berjalan kaki, tak sedar jauh kerana disekelilingnya banyak terdapat orang berjual beli seawal sebelum fajar lagi.

Subuh di Madinah pada pagi 30 Jan 2014 adalah pada jam 5.45am. so tak banyak beza dengan waktu Malaysia. Kami berkesempatan untuk menunaikan fardhu Subuh di Masjid Nabawi ini. Alhamdulillah, walaupun kami mula keluar hotel pada jam 5.30am. oleh itu sudah semestinyalah, kami dapat bersolat di ruang luar sahaja kerana telah jemaah penuh.


Suhu pasa masa ini amat sejuk. di nasihatkan kepada bakal tetamu, bawa lah baju sejuk. lebih-lebih lagi apabila angin bertidup.... fuhhh...






Jarak waktu antara azan dan Solat agak panjang sedikit berbanding kita di Malaysia. Mungkin untuk mrmberi peluang kepada semua jemaah untuk bersama-sama menunaikan solat serentak.

Seperti yang dimaklumkan di sini tiada bacaan Qunut subuh, dan tiada doa selepas selesai solat. Juga selepas itu, ada solat Jenazah dilakukan.

Selesai solat, kami bersarapan di hotel dan bersiap sedia utuk lawatan di MajidilNabawi sekali lagi dengan iringan pegawai Andalusia.



Kali ini, rombongan di bahagikan dua antara lelaki dan perempuan. Namun perjalananya adalah sama iaitu perkuburan Baqi', Makam Rasulullah, Raudah. Sememangnya saat yang ditunggu-tunggu.















Okey, nak masuk waktu zohor iaitu pada 12.30t/hari di sini. Jumpa lagi... tata

- Posted using BlogPress from my iPhone 

No comments:

Post a Comment