Pages

Live Blog : Selamat Tinggal Bumi Mekkah, Semoga diberi Keizinan Oleh Nya Untuk ke Sini Lagi Nanti



Alhamdulillah,
Syukur kita kepada Allah atas nikmat yang diberikan olehNya. Tanpa kita sedar berapa beruntungnya kita yang dilahirkan dalam keadaan Islam dan menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.

Coretakan terakhir ini dalam entry umrah adalah mengenai perjalanan pulang kami dari Tanah Haram. sebentar tadi, jam 3petang, Bas yang mengambil barang & penumpang telah tiba ke hotel. Kami dimaklumkan perjalanan ke Airport Jeddah mengambil masa 1.30 hingga 2 jam. Walaubagaimanapun, 40 minit diperlukan untuk melepasi tanah halal. Sehingga itu, pantang larang selepas tawaf wida' masih terpakai.

Sayu rasa hati ingin meninggalkan kota Mekkah ini. namun, itulah perjanjian. Semoga segala amalan & Ibadah Umrah kami akan diterima oleh Allah di diberikan ganjaran.

Berhubung keadaan di kota Mekah pada ketika ini, dikhabarkan Kerajaan Arab Saudi sememangnya sedang mengetatkan peraturan Visa Umrah. Mulai Februari 2014, Visa Umrah hanya berikan selepas 6 bulan mengerjakan Umrah. kemungkinan kerajaan Saudi ingin mengurangkan jumlah pengerja Umrah berikutan kerja-kerja pengubahsuaian Masjidilharam.

Dimaklumkan kerja-kerja pembesaran / pembinaan semula masjidilharam dan bangunan-bangunan sekitarnya akan selesai pada penghujung 2015 atau awal 2016. ketika itu, keadaan jemaah umrah/haji akan lebih selesa lagi, insyallah. Lebih menarik, dikatakan akan ada train dari Jeddah-Mekkah-Madinah bagi menambahbaik sistem pengangkutan.

Berbalik mengenai perjalanan kami, bas baru sahaja melepasi sempadan Tanah Halal tepat jam 3.45 petang. Ini bermakna, kami sudah berada di tanah halal dan tiada lagi keistimewaan sebagaimana berada di Tanah Haram.

dikongsikan gambar-gambar di sekitar perjalanan menuju ke Jeddah untuk tatapan pembaca bersama;


Ini pula adalah stesen keretapi yang berada di Jeddah.


Tangki-tangki minyak di Jeddah. Difahamkan harga ron95 Adalah sekitar 50sen/seliter manakala ron97 sekitar 60sen/seliter. Disel pula adalah 20sen/seliter.


Sambil dalam bas, sedap juga diperdengarkan lagu Hafiz Hamidun. tenang jiwa dengan kemerduan & harmoni melodinya.


- Posted using BlogPress from my iPhone 

2 comments:

  1. Salam Alin, Ya Alin, saya dok P15.. ala..kantoi, hahaha...

    ReplyDelete
  2. hahaha tengok pattern rumah dah sama mcm akak.. hehehe...

    ReplyDelete