Pages

Putrajaya Hot Air Balloon Fest 2014

Assalammualaikum... 

Kat Putrajaya skang ni sedang berlansung satu event sempena cuti sekolah iaitu Putrajaya Hot Air Balloon Fest 2014.. tak silap aku event ni ada tiap-tiap tahun..


Dengar kata belon panas tu hanya boleh naik waktu pagi-pagi hari dan petang sahaja.. tah la aku pun tak pernah gi tengok event nih setiap kali ia diadakan..


Mana yang berminat dan berani nak naik tu mesti seronokkan.. kalau aku idak ler.. seriau... heheheh


Terdapat Pelbagai rupa dan bentuk belon belon udara panas yang unit seperti Buzzy the Green Monster Balloon, Darth Vader, Ice Cream Cone, Heart Shaped Ballon, Doraemon dan banyak lagi...


So bagi sesape yang berkelapangan jom datang beramai-ramai ke PUTRAJAYA... Antara aktiviti yang akan diadakan seperti berikut : Sumber



Pesta Buku Antarabangsa di Putrajaya pada 19 - 23 Mac 2014.




Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya

Tarikh: 19 – 23 Mac 2014
Lokasi: PICC

Laporan hasil 'tangkapan' buku-buku pada "Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya" sebentar tadi.


Dibukan seawal jam 10.00 pagi. Kena pergi awal untuk mengelakkan kesesakkan akibat laluan PICC yang agak 'cermelang'.

Ada 2 dewan. satu untuk buku berbahasa Inggeris dan satu lagi berbentuk Islamik dan yang berbahasa Melayu.




Pembayaran boleh dibuat menggunakan tunai atau kad pelastik.

Yang paling penting ada diskaun terutama dari MPH Bookstore.


















Hasil tangkapan tadi... Simpati dengan 'orang tu' yang tak beli novel... hehehe


- Posted using BlogPress from my iPhone 

Charger iPhone 5 beli di kedai Stesen Minyak







Okeh! bukan nak promote ke hapa. cuba kejadian ni berlaku pagi ni. insiden charger iPhong yang dibeli semasa di Airport di sarawak Telah tercabut dan terputus.

Semasa beli, dah boleh agak dah jangka hayat benda ni tak lama, menandangkan kualiti getahnya yang agak keras. ye lah..kalau dah banyak pergerakkan, sure le jahanam cepat kan. aduh... yang tak puas hati harga dia dengan kepala plug adalah RM50. rugi...rugi...

Memandangkan apple sekarang memang straight pasal chargernya, so, bila beli charger bukan ori, sure lah akan keluar warning seperti berikut kan? so, bila keluar, aku tak amek peduli sangat... asalkan dia charge sudah ler... warning di pandang tepi je..hehe




TAPI, memeranjatkan... charger yg beli di Stesen Minyak ni, berfungsi mcm biasa (original), takde warning beb!!! hahaha berbaloi.





- Posted using BlogPress from my iPhone 

WQC Masuk 'Wad'








Gambar di atas adalah 2 kesan tempokan minyak gearbox yang menitik keluar dari MyVi. aduh!!! dah mula wat hal.

Pada mulanya, aku ingatkan kesan dari kenderaan lain yang park di hadapan rumah. Tetapi pemeriksaan lanjut mendapati, ianya sememangnya adalah datang dari WQC. Sejurua itu, ia pun dihantar le ke Bengkel untuk rawatan.



Masalah dengan model ni adalah nak keluarkan gearbox, kena angkut enjin sekali...


Enjin... seletul keluar


Gearbox auto dan dipisahkan.


entah apa atas roda tuuu...


Enjin dari hadapan.



gearbox dari bahagian atas.


Bahagian bawah enjin. asa kesan leaking kan...


Enjin dah tarak. dah mcm kete walkswagen... depan bonet hahah



kat sini lah di mana minyak menitik keluar.

- Posted using BlogPress from my iPhone 

Jerebu melanda Putrajaya

13hb Mac 2014. Bacaan IPU pada jam 6 petang tadi direkodkan pada 171. iaitu, kurang sihat.



Beginilah keadaanya. Harap esok akan lebih baiklah hendaknya.


Monumen Alaf Baru pun dah samar-samar kelihatan.


Kompleks Perdana Menteri turut tidak kelihatan dari Perbendahraan, Walaupun kebiasaanya nampak jelas.


PICC? jangan cakap ler, penglihatan terhad. Hanya selitar 400 hingga 500 meter sahaja kot

- Posted using BlogPress from my iPhone 

Dimanahkah... MH370

Assalammualaikum..

Seluruh dunia sedang menantikan kepulangan pesawat MH370 terutama sekali MALAYSIA..




Marilah kita sama-sama mendoakan agar kesemua penumpang serta anak kapal selamat.. 





Happy Birthday aif




Semalam, 1 Mac 2014 merupakan tarikh di adakan birthday celebration buat anak buah kesayangan, Aif. sekejap je dah berusia 2 tahun.

Semoga Aif menjadi seorang anak yang baik, bijak, soleh dan menyenangkan kedua-dua ibubapa. 😊👍


- Posted using BlogPress from my iPhone 

ternampak hot air balloon pagi ini




okey. yang pasti ini bukan pesta hot air balloon. kami ternampak benda ni di kawasan presint 9 pada pagi ini.


seronok juga melihat hot air balloon bergerak terapung-apung diudara. entah ke mana hendak perginya.


- Posted using BlogPress from my iPhone 