Pages

Day 4 : Shenzhen ke Zhuhai

Asalammualaikum...

Ok jom kita sambung balik perjalanan seterusnya...

Pagi kol 8.00 kami dah siap sedia untuk check out.. mujurla aku dah sarapan maggi cup dan biskut bersama nescafe 3 in 1 dalam bilik.. menurut kawan adik, diaorg turun ke cafe hotel untuk pekena roti dan sambal.. tapi dek bau asap masakan B*B* terus tak jadi.. siap muntah lagi...

Bila semua dah berkumpul kami pun meneruskan perjalanan.. dari Shenzhen ke Zhuhai mengambil masa dalam 3 jam gitu.. jauh gak.. kalau naik MTR mungkin kejap kot.. ade ke..?? hehehhe.. sempat gak la lena dalam bus... Separuh perjalanan bus berhenti di RnR.. hehehe hebat lagi RnR kita... sesiapa nak melepaskan hajat kecil dan besar boleh la turun.. aku dok dlm bus aje...



Sampai di bandar Zhuhai memang nampak beza sket dari Shenzhen.. bandar dia biasa aje.. tp tengah giat membuat landasan bullet train.. mungkin bandar ini akan membangun satu hari nanti...bangunan tinggi pun tak banyak sangat...







Then kami di bawa ke satu tempat lawatan yang ditetapkan oleh Kerajaan China iaitu tempat buatan ubat traditional dan teh... kami diarah untuk masuk ke satu bilik untuk mendengar taklimat daripada seorang dokter. Macam-macam ubat diperkenalkan..Selesai taklimat kami diberikan urutan kaki secara percuma menggunakan ubat yang diperkenalkan.

Kami tak membeli pun.. then terus dibawa untuk merasa teh herba cina.. macam biasa la tetap hati cekal tidak membeli apa-apa...




Pinjam pic orang..

Bila perut dah lapar apa lagi makan time la... kami dibawa ke satu Restoren Muslim.. memang ternyata restoren halal nih bersih, kemas dan selesa sangat.. mungkin sebab bilangan tak banyak jadinya dijaga untuk keselesaan pelanggan...








DIBAO SILK ZHUHAI 

Selesai makan kami di bawa melawat ke kedai kain sutera... mcam biasa la kene dengar taklimat dulu.. then baru promote barang...





FISHER GIRL STATUTE

Setelah perbincangan sesama kami dibuat, kami sebulat suara untuk terus ke underground market. Lawatan ke Fisher Girl Statute di batalkan atas sebab nak menyopping punya pasal.. duit yuan pun masih banyak lagi.. tambahan plak kami nak kene berkumpul di imigresen pada pukul 6.00 petang untuk sama-sama masuk ke Macau dengan group lagi satu...



ZHUHAI UNDERGROUND MARKET

Underground Market nih betul-betul di bawah tanah.. patutla nama underground.. atasnya adalah terminal imigresen untuk masuk ke Macau... kami diberikan selama 2 jam setengah untuk menyopping.. segala mak nenek ade jual.. cover hp murah-murah.. hehehhe










Bila masa dah tamat kami berkumpul di satu tempat.. bila semua dah ade kami di bawa untuk makan malam pula...







Habis makan kami terus menuju ke Zhuhai imigresen untuk masuk ke Macau...





Citer Macau dientry berikutnya la..

No comments:

Post a Comment