Pages

Reinduction Day-4

Bacaan Ketone Strips Test;



Nampak gaya dah nak ke aras large dah. bagus bagus

manakala, berat semasa pula pada awal pagi ini adalah;



Pun, chantek!! so far so good, lagi sikit je nak cecah 70. then, i'm in the 2nd phase. yahooo!!!

sembang pasal jenis juadah makanan pada hari ini pula;

pagi, mcm biasa ler...telur xde yang lain lah kan. nak menyampah dah korang nengok kan? hahaha




makan tengah hari lak, sambung makanan semalam iaitu ayam percik, sodap wei sos dia!!! agak low carbs gak... kalau 100gram baru 20g Carbs dia. tapi jangan le korang bedah 100gram kan!!! sikit2 udah ler...cicah ngan salad... perghhhh!!! menangis beb!!




manakala makan malam lak, masak chicken chop black papper.... hahah.. rasa mcm ayam kicap pulak. pastu topup dengan cheese... sayur salad biasa aaaa.... sodap sodap!!!! comply low carbs.



Hope fully esok punya bacaan ketone strips level lebih baik. ke large hopefully. pastu bolehlah banyakkan aktiviti fizikal.

by the way!! corgrats Manchester United, kemenangan yang pertama untuk season ini di bawah LvG... GGMU!!!!



- Posted using BlogPress from my iPhone 

Reinduction Day-3

Walaupun entry mengenai Diet Atkins ini agak memboringkan, tapi aku tetap nak ceritakan juga...hahah. Sekadar menceritakan perkembangan ekaperimen DA, itu aje. just nak bagitau yang kalau sesuatu benda kita buat mengikut cara & pendekatan yang tertentu, pasti akan membuahkan hasil. adakala kaedah cuba & nilai juga banyak membantu. hehe


ketone strips test;






Completely moderate!!! cun!!! nak masuk fasa ketosis awalan agaknya. kali ni xde terasa sakit kepala dan sebagainya, so, double cun!!!

menu pagi? mcm biasa ler telur 2 biji. sorry, gambar takde, entah mcm mana, tak di save dalam tepon. hantu betoi!!!

bacaan berat? ada sedikit penurunan lah. dalam 500gram. hahah







makan tengah hari?






Untuk tengah hari ni, makanan dipilih adalah ayam percik dari ayammas, itupun sebab ada jualan murah on-line yang expired hari ni, 14 September 2014.

walaupun ayam percik ni banyak serai (carbs agak tinggi juga). tapi aku test juga sebab nak tengok macam mana dia pergi. hopefully x mendadaklah keluar dari mode pra-ketosis. akan aku laporkan perkembangannya esokk.

pas tu, top-uplah makan dengan seaweeds perisa sotong! perghhhh!!! mata hitam naik atas der!!!! benda ni rendah carbs, untuk setiap higangan cuma 2gram je. so, bolehlah rasa.













minum petang
cheese muffin homemade yg semalam bikinlah.



makan makan
katanya ikan siakap. hehe

SekianG!

- Posted using BlogPress from my iPhone 

Reinduction Day-2

Masuk hari ke-2 dalam proses reinduction Diet Atkins. Ujian ketone test strip menunjukkan aras pengeluaran ketone dalam badan sudah mula meningkat. chantek!!! (Moderate)








Cadangannya hari ni akan memelakukan banyak aktiviti fizikal bagi menggalakkan lagi proses katosis agar lebih banyak katone yang terhasil.

Seperkara lagi, makanan harus dijaga! kena betul2 clean diet iaitu, ikan, telur & daging. oh ye! sayur-sayuran hijau jangan dilupa.

sarapan;










Telur bungkus disalut daging lembu. cukuplah untuk sarapan pagi ni. bukan nak ke ladang pun, ye dak?










Berat badan masih lagi statik berlegar-legar pada 75kg. atleast petanda baiklah sebab tidak meningkat terlalu melambung tinggi. Target? yup!!! 70kg. good luck utk aku.

Makan tengah hari;









Sup daging + Broccoli. sedap der!!!!!

Add-in, minum petang. muffin Cream cheese. home made der!!!! heheh







Makan Malam;
decide nak makan kuah mee bandung beserta isi dedaging+proces food. (lantak lah walaupun ada tepung sikit). aku kalau hari cuti memang suka makanan berkuah, penuh perut wei. kenyang... heheh.



- Posted using BlogPress from my iPhone 

clean Atkins Diet le jawab nye.

Okey!! Katosis x menjadi. Indicator katone strips menunjukkan katone level masih di paras antara small - moderate. amat mengecewakan.






lebih teruk lah. berat pada pagi ini kelihatan statik atau meningkat sedikit pada angka 75kg. Logiklah sebab badan dalam mode biasa, pembakaran lemak menggunakan intake makanan sediaada (maybe Carbs & gula). So, semestinya ada peningkatan berat badan.






So, ambil keputusan kena makan clean diet juga. iaitu telur, daging, ikan tanpa elemen tepung & gula manis. itu je lah caranya kot.

so, menu pagi ini adalah;
1. telur sebiji.
2. daging cincang
3. Sayuran (salad & cili bangla)
4. mayo low carb




Menu makan malam;

Tak masak, sebaliknya beli je. Ayam panggang black paper. Mmg ada sedikit terasa manis gula. Tapi hopefully x menjejaskan proses menghampiri ketosis.



- Posted using BlogPress from my iPhone 

Ujian Katone Strips menunjukkan paras katone ada peningkatan


Kalau semalam indikator paras katone adalah pada small, tetapi hari ini telah meningkat sedikit antara small - moderate. (sorry, gambar lupa nak ambil). Inipun setelah amek masa 24 jam dengan mengamalkan clear diet (walaupun terambil gula & carbs yang belebihan sedikit kesan dari makan kopok lepor dan sos pencicahnya..hahah)

Apa-apapun, ada tanda positif yang peningkatan katone telah bermula sedikit-sedikit. Banyak orang memanggil proses ini sebagai Re-Induction, tapi aku malas nak guna term ini sebab pengulangan. Naik menyampahpun ada sebab sendiri yang cari pasal hahaha.

Okey! pada yang berpendapat kita mampu mengembalikan badan pada mode Katosis dalam masa 24jam selepas Cheat (Makan tak berpantang Carbs), aku rasa adalah fakta yang salah. Sebab ia bergantung pada jumlah pengambil Carbs yang dah terlebih langgar pantang itu sendiri. Kalau banyak ambil, seperti nasi dan roti...lagi lama lah ambil masa untuk kembali kepada mode ketosis.

Walaubagaimanapun, soal berat badan nampaknya ada positif, tidak naik-naik dan berlegar-legar pada 75kg. Selalunya diambil pada masa pagi sebab senang nak compare apple to apple. Ye lah! kalau setiap masa ambil bacaan sure lah berbeza sebab kita consume air dan makan atau sebaginya kan.

SekianG melaporkan untuk temnpoh DA yang dah masa bulan ke-2. Go Atkiners!!!

Sudah Mari!!!!!




Mesin penimbang berat badan digital sudah sampai. redeem dari Bonuslink. berbaloi lah jugak, nampak gak benda ni.



Sebelum ni menggunakan penimbang manual, leceh sikit sebab kena agak2 kat mana dia berhenti. tapi biasa lah dengan digital scales ni agak mudah lah sebab dia akan rekod berat yg sebenar dan display dalam nombor perpuluhan lagi.



Guna bateri, dan berbentuk glass yang boleh lah dikatakan menarik.


So, ini lah berat aku yang dicatatkan pada petang ni. seperti yang dinyatakan aku dah terkeluar dari mode ketosis semenjak hari Ahad lepas lagi.

nampaknya, berat semasa aku adalah 74kg ler, bukan 75kg seperti yang akan rasakan. heheh

so, tinggal lagi 4kg yang perlu disingkirkan. semoga berjaya.

- Posted using BlogPress from my iPhone 

Memperkenalkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. (



Apple baharu sahaja memperkenalkan 2 produk terbaru mereka iaitu;

* iPhone 6 - 4.5 inch (juga iPhone 6 Plus - 5.5inch)


* Apple Watch

Apple Watch kita review lain kali. Dalam post ni kita kasi cerita sikit pasal iPhone 6 yang sememangnya sudah hangat diperkara semenjak awal tahun ini lagi. dikuasakan dengan sistem operasi iOS 8 yang mana kebanyakkan pengemar iOS merasakan tiada keperluan untuk mengjailbreak phone mereka. Sebabnya? kesemua yang dikehendaki (tweaks) sudah tersedia. Mungkin ada benarnya pendapat mereka itu.

Clip pengenalan iPhone 6

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus
TV Ad




Reinduction bermula Untuk DA.





Okey! Holiday dah tamat. Makan pun dah banyak. Now! Jumlah intake Carbo (Karbohidrat) sudah melebihi 20gram/ sehari. Jumlah katone yang dikesan dari badan teramatlah sedikit. Menurun dari aras 'large' pada sebelum ini. Amat menyedihkan haha

Ini bermakna, kita perlu melalui proses Katosis semula. Tiada cara lain, iaitu memastikan intake carbo minimum iaitu tidak melebihi 20 gram sehari. So, reinduction bermula setelah 'cheat' semasa dalam tempoh bercuti yang lepas. Insyallah, dalam tempoh 2 hari, boleh kembali pada mode Katosis. Tapi dengan syarat clean diet dengan hanya memakan telur, daging & ayam serta plus sayur-sayuran hijau. Gula, sememangnya wajib dijauhi.

Good luck untuk aku. Akan dilaporkan perkembangan seterusnya. Go Atkiners!!!

- Posted using BlogPress from my iPad

kepok lekor amek nombor.





Okey! Mmg pernah dengar nama tempat ni. Dikhabarkan sesiapa yang hendak membeli kopok lekor perlu menunggu angka giliran masing-masing. banyak orang gamaknya. Tapi masa kami di kedai ini tadi, tak nampak pula banyak orang?

Nak dijadikan cerita kedai ni berada di jalan dalam perjalanan menuju ke Airport. Masa kami hendak membeli tadi pun, jumlah belian dihadkan sebabnya dah ada banyak orang yang menempah. Dikhabarkan anda perlu book 2 hari lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan heheh

Apa yang menarik adalah Kepok Lekor Vacum (dipack) supaya tahan lebih lama. Lupa nama kedainya adalah BTB 2209. Bukit Tok Beng

- Posted using BlogPress from my iPad

Ter'cheat' dalam Diet Atkins??!!!




Dipendekkan cerita, Tepung adalah antara bahan-bahan yang 'terlarang' dalam Diet atkins. Ini adalah kerana ia 'confirm' menyumbang Carbo melebihi daripada 20gram sehari (Syarat intake keperluan minima carbo sehari semasa sesi Indusksi)


Mana boleh tahan beb!!! ICT, Ikan Celup Tepung mmg terlalu menggoda hahah.

Ramai yang memanggil tindakan ini sebagai 'Cheat' dalam Diet Atkins. Akibatnya!!! akan pasti berlaku kenaikkan berat badan dalam beberapa hari ini. AMEK KO!!! hahahah



Dah la, sebelum tu kami singgah di Warang Aziz Satar di Kuala Kemaman untuk menikmati juadah Sata dan Pais pelbagai bentuk. Memang terasa ada gula dalam makanan tersebut! aduh!!! hahah. Selain tu, pekena pula Air Kelapa. rasanya mmg tak lulus Diet Atkins. hahaha



Ada pendapat yang menyatakan cheat sehari tidak membawa kesan, asalkan ada dalam mode Katosis. Kerana anda masih boleh kembali ke mode ini dalam tempoh 24jam. Namun, tiada bukti yang boleh menyokong dakwaan ini. entah laaa...

Rasanya, corrective action adalah dengan bersenam, mana ada cara lain dak??




- Posted using BlogPress from my iPhone 

Segmen Giveaway Merdeka-Hari Malaysia

Assalamualaikum...

Apa khabar semua..?? Hopefully semuanya sihat-sihat belaka dan ceria dalam ape jua keadaan..

Bila dah ceria dan bertenaga barulah boleh join giveaway kan.. hah ape lagi moh join giveaway nih...


Jom kekawan semua ape tunggu lagi... untuk menyertai boleh klik SINI.

Semoga berjaya...

Alternatif untuk tepung buat roti.

Bagi yang mengamalkan diet rendah Karbo, pemakanan berasaskan gandum sememangnya sesuatu yang wajib dielakkan. Namun, keinginan untuk memakan juadan gandum-base bukanlah satu halangan, dengan menggantikan Flaxseed sebagai tepung, anda mampu merasai kenikmatan roti yang diidam-idamkan (terutama pada fasa induksi) heheh.



Sebenarnya, banyak kelebihan flaxseed ni, terutama untung jantung. so, bolehlah google untuk mengetahuinya.



rupanya sebelum dikisar adalah seperti lain-lain bijirin. takde apa istimewanya rupa benda ni.



Selepas dikisar, ia akan kelihatan seperti fiber yg terdapat pada roti fiber. tetapo tidak terlalu lembut seperti tepung asli.

Tapi, seandainya anda memakan bahan yang dibuat dari flaxseed ni, pastikan anda meminum air dengan secukupnya. ini kerana bahan ini kaya dengan serat.

contoh roti yang boleh dibuat dengan menggunakan flaxseed;



Bahan kering
1. Flaxseed yang telah dikisar kering (2 cawan)
2. Baking Powder (1 sudu besar)
3. sebuk koko (1 sudu besar)
4. garam (1/2 sudu kecil)
5. gula stevia jenis serbuk (4 sudu besar)

bahan basah
1. Butter (5 sudu besar dicairkan)
2. telur (3 biji & 2 biji telur putih)
3. air (setengah cawan)

cara-cara membuat.

campurkan semua bahan2 kering hingga sebati dan kemudian disatukan dengan bahan2 basah. kacau dengan sebati dan seterusnya masukan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 175c selama 30 minit.



hasilnya??



selamat menjamu selera.






- Posted using BlogPress from my iPhone 