Pages

Alif Ceria's Ihtifal & Year End Concert 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada para pembaca sekalian.

Apa khabar? diharapkan anda semua dalam keadaan yang sihat dan diberkati oleh Allah hendaknya.
Bercakap mengenai masa, pejam-celik-pejam-celik sekejap je dah nak habis tahun. Kini kita dan mula menghampiri musim tengkujuh bagi kebanyakkan negeri di sebelah Pantai Timur kebanyakkannya. Plan kami nak gi trip holiday di belah sana pun mungkin tertangguh akibat fenomena ini.

Okey, bukan ini yang hendak diceritakan sebenarnya. Sebab pada Sabtu lepas 15 November 2014 telah berlangsung Majlis konvokesyen @ Ihtifal Alif Ceria dan persembahan kanak-kanak ini bagi mengakhiri sesi tahun 2014. Majlis ini diadakan di Dewan Auditorium Jurutera, Falkuti Kejuruteraan, Universiti Pertanian Malaysia... Kali ini berlainan sedikit dimana acara diadakan 2 sesi.. dah macam konvo universiti pulak ada banyak sesi...


Alhamdulillah kami bersyukur kerana Ain telah menamatkan sesi prasekolahnya dengan begitu baik sekali.. ternyata kami amat berpuas hati dengan perkembangan Ain dari semasa ke semasa sejak dari berumur 4 tahun lagi... memang tak salah kami memilih Alif Ceria...

Tempat permainan kanak-kanak juga disediakan bagi mereka yang membawa anak-anak lain untuk menghilangkan keboringan.. hehehhehe.. begitu juga dengan jualan-jualan kecil..


Sebelum majlis bermula, kami dihidangkan dengan gambar-gambar aktiviti budak-budak ni sepanjang sesi persekolahan...

Kemudian diikuti pula dengan upacan owner tadika iaitu Puan Zarima dan Puan Liz...


Seperti tahun-tahun sebelumnya, apa-apa acara yang diadakan oleh Alif Ceria memang tidak menghampakan... banyak persembahan yang diberikan kepada anak-anak tadika ini.. memang mengcuit hati tengok gelagat mereka di atas pentas...

















Selesai semua persembahan, tiba masa untuk acara penyerahan anugerah kepada semua pelajar 6 tahun... comel sungguh budak-budak nih pakai jubah.. hehehhe..









Sebagai penutup acara, mereka menyanyikan lagu perpisahan.. rasa sedih aje tp bebudak ni mana paham pun.. ceria aje memanjang.. hahahaha







2 comments:

  1. ohh..kiranya dh nak masuk tahun 1 lah ni ye thn depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah tu la.. hopefully jd bertambah rajin belajar dan momentum pembelajaran makin meningkat.. Insyallah..

      Delete