Pages

Larian pagi Ahad bersama yang tersayang.

I just completed an activity with RunKeeper http://runkeeper.com/activity?userId=37992911&trip=537064843
Nak di jadikan cerita, ini adalah aktiviti yang dah lama tertangguh. Actually, masa set dalam runkeeper, suppose jaraknya adalah 5KM, tetapi tak tahu kenapa hanya 4km sahaja untuk 3 pusingan.
So, nanti kenalah tengok balik apa masalahnya. Hehehe

Frust + Menyesal + Terkilan = SEDIH

Assalamualaikum...

Tak nak cakap banyak sebab tengah sedih.. cuma ape yang boleh dikatakan "Menyesal dan Terkilan" aja... fon kesayangan jatuh.. kecederaan nampak mcm sikit tapi skrin tak function.. nak tekan ape pon xlaku dah..


Dapat pengganti pon tetap tak sama sebab budget ciput... so pakai ajela...

Ok bye!!!!

10KM - Presint 15 ke Presint 9, cari sarapan. 😝

Ini merupakan larian 10KM yang pertama pernah direkodkan dalam Nike Running. So, lebih kepada 1st record laa...

Menurut cuaca, hari ni agak redup dengan suhu paling tinggi pun mencecah 32 darjah celcius je.


Upsss!!! Nampak ke kat atas tu Liverpool vs Manchester comming up?? Heheh


Bermula larian seawal jam 6.30am



Sememangnya best suhu pada jam ni. Tenang je, sambil dengan lagu di Spotify. Memang best


Menghala ke Persimpangan Alamanda. Jumlah kereta pada masa ni agak kurang. Cuma sekali sekali kena jenguk juga lah arah kita, takut-takut malang tak berbau.


Mengampiri kawasan berjalan kaki di sekitar presint 1. Kawasan ni memang sedap dilalui semasa belum matahari naik. Senario biasa, anda akan melihat pekerja kontraktor pembersihan diturunkan oleh bas pengangkutan dalam jam 7 pagi.











Sampai di masjid putra dan cerah dah. Kat sini memang best gak suasana sebab berhampiran tasik kan. So, feel larian dia lain lah sikit..heheh






Opis.. Oangghumah 😊








Half way point. Bila sampai kat atas jembatan tu, bersepah sampah yang ditinggalkan oleh makhluk-makhluk yang bersantai di sini pada malam tadi... Apa daaa... Huh!!





Bomba....


Dah akhirnya sampai di destinasi yang dituju. Menu pilihan aku adalah Lontong Kering hehehe.


Matahari pada pagi ni agak unik. Tidak terik & kelihatan berwarna merah. Nampak macam jerebu... Tapi ....





Ini lah rekod trek larian di Putrajaya pada pagi ni. Memang best


Jumlah masa 57 minit.


1Km paling laju mengambil masa 4 minit 53 saat sahaja. Erkk???


Jarak aku yang paling jauh setakat ni. 10.3Km outdoor 😝

- Posted using BlogPress from my iPhone

Taman Tasik Taiping!!!


Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Semoga semuanya sihat-sihat di pagi hari Jumaat yang penuh Barakah ini. Hari ni sambung kerja, cuma orang rumah tak sihat sikit sejurus pulangd dari Taiping. Actually sebelum tu pun dah ada demam dan batuk-batuk. So, hari ni jumpa Doc dan dapatkan ubat yang perlu. Sementara tu, jom baca kisah larian aku yang tak seberapa di Taman Tasik Taiping ni. heheeh
 
Centre Point Taman Tasik Taiping

Tasik ni terletak betul-betul di hadapan Hotel Flangminton. Tak jauh daripada itu, adalah Zoo Taiping. Satu pusingan bersamaan dengan 1 KM lebih...atau hampir dekat 2KM. Agak susah nak culculate actually, sebab banyak pilihan jalan yang boleh diambil.


Permandangan? sememangnya ala-ala tasik la kan. Bagi pelari, boleh memilih untuk berlari di laluan pejalan kaki yang bersebelahan dengan jalan raya utama, selain belari di sebelah laluan dalam yang merentasi tasik. Kalau penat, ada bangku untuk berehat. Orag jual air takde, so dinasihatkan bawa stock air sendiri. 

Mengenai bentuk trek, mamng agak kecik dan beralun. ada juga batuan yang tidak rata yang boleh menjejaskan tapak larian anda. so hati-hati.

Kehijauan sememangnya adalah daya penarik utama kawasan ini. Jumlah pelari/ Orang bersenam juga agak ramai terutama pada sebelah petang. since aku berlari pada hari bekerja, kelihatan banyak juga manusia yang kebanyakkannya orang dewasa. Sesekali anda akan nampak jugaa pasangan kekasih (agaknyalah) yang sedang memadu janji di tepian tasik ini. Agaknya pengaruh Hindustan kot..ayooooo..


 Pokok ni sememangnya mendapat perhatian aku.. batangnya disebelah kanan, manakala dahannya menghala ke kiri dan seakan mencecah tasik. Ia membuat laluan pejalan kaki ini redup...emmm..
 Target aku? tak banyak. just improve 5KM untuk jangka masa bawah 30 minit. ermm...ternyata gagal lagi. lepas je 2KM..dah start berjalan. so, banyak buang masa disebabkan berjalan kaki secara berselang-seli. Memang niat nak push jauh...tapi sebab nak drive balik ke rumah dan belasah mee udang mak jah. so, balun relex-relex je laaa....heheh

 Tenang bukan?
 Next target, aku nak cuba buat 5Km dalam 20-25minit. masih susah nak pecahkan angka ni...adoiiii
So, inilah cacatan peribadi aku kat Taman Tasik Taiping. Just 30 minit sahaja..ermmm....

Wedding Double Trouble

Assalamualaikum...

Pada hari yang sama gak 14 Mac 2015 sejurus selepas tamat larian yang konon-konon tu, kita bersiap-siap plak nak pi jemputan Majlis Kawin opis kawan husband...

Majlis Pertama : Masjid Tuanku Mizan


Majlis bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang... acara nikah jam 11.30 pagi.. so kami sampai time nikah ajelah..



Kat Masjid besi ni pada hari yang sama rupanya ramai pasangan yang bernikah.. hari tu tak silap aku adalah dalam 4-5 pasangan bernikah.. pihak pengurusan masjid memang sediakan tapak untuk majlis tersebut...


Selesai akad nikah, bergambo pastu chow ke majlis kedua.. perut masih kenyang so tak makan pon majlis sini...



Majlis Kedua : Taman Equestrian Putrajaya

Selesai majlis pertama kami menuju pula ke lokasi majlis kedua... majlis perkahwinan anak kepada teman opis en suami... sampai kene posing dulu.. then baru makan.. memang time untuk isi perut sebab dah kol 12.30 tengahari...




Ada live band


Pandangan dari jauh

SELAMAT PENGANTIN BARU

Exercise Buang Terbiat Namanya...

Assalamualaikum...

Ni citer sabtu lepas.. nak tergelak plak bila tengok tajuk entry nih.. keje ni en suami dah penah buat dulu sekali.. la ni dia ajak plak pn isteri join sama.. konon-kononnya macam gegonise larian sendiri sehinggalah ke finisher line...

Seawal jam 6.30 pagi kami laki bini ni dah mulakan larian dari rumah.. suasana masih gelap lagi hanya bertemankan cahaya daripada lampu jalan.. fuyoo ayat...

Jauh nak kejor mamat nih


Perjalanan diteruskan menuju ke Presint 1 dari Parcel E sehinggalah ke JPM..





Kemudian terus menyusuri jambatan menuju ke JANM sehingga ke MOF...

Bersemangat kakak ni lari



Balon panas baru nak naik

Then sampailah ke finisher line.. iaitu car park belakang Menara Ikhlas... memang kete di tinggalkan disitu pada hari Jumaat...hahahhaa



Balik lari akak bedal nasi lemak sebungkus.. hahaha....