Pages

Mendobi dengan Putra Clean Express

Assalamualaikum..

Alhamdulillah akhirnya dah buka dobi self servis kat area rumah kami.. Macam-macam brand ada utk francais business ni.. Yang kat umah kami ni nama dia Putra Clean Express...


Ini merupakan pertama kali kami mencuba.. Kebetulan hari hujan dan mendung.. Memang sesuailah untuk cecuci baju sebakul.. Cuci tu tak kisah sgt boleh buat dirumah aje tp yg penting dryer tu.. Amat membantu bila sepanjang hari hujan sajok..


Bagi pengguna pertama kali bole baca arahan yang disertakan.. Yg tak bestnya hanya duit syiling 50 sen baharu sahaja boleh digunakan.. So kalau tak de boleh tukar kat mesin bawah ni...


Kalau terlupa bawa sabun dan softener pon boleh beli kat sini gak... Detergent Rm1.50 softener Rm1.50.. Better bawak sendiri yer..


Untuk cucian bayaran dikenakan sebanyak Rm4.50 utk minimum 10kg.. Dryer plak Rm3.50 utk minimum 10kg...


Ada juga disediakan utk muatan yg lebih besar...


Kali ni kami cuba utk dua sesi ni.. Next time kita pakai dryer ajelah ek.. Sambil tunggu leh pekene roti canai kat kedai mamak berhampiran.. Jln kaki aje selang dari 3 lot kedai...


Balik rumah boleh la lipat.. Selesai... Hehhehe


3 comments:

  1. Assalamualaikum, bole cuba mendobi layan diri di Dandy Laundry, kuarters apartment fasa 11, presint 9. FREE detergent, pelembut fabrik dan pembasmi kuman. Mesin basuh muatan hadapan 9kg & 14kg, rm4 &rm5.50. Mengering 30 minit muatan 9kg/14kg/16kg dgn hrga rm4/5/5.50. Masa tambahan 10sen seminit. Terima syiling lama & baru 10sen, 20 sen &50 sen. Like fb Dandy Laundry COL utk info.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam En Dandy.. insyallahhh.. kawan-kawan yang tinggal di sekitar presint 9, fasa 2 boleh lah cuba yer... :)

    ReplyDelete
  3. Salam boleh sy tau mcm mana nk apply mesin syiling tu tanpa perlu membuka dobi?

    ReplyDelete