Pages

Selamat Pengantin Baru Aten & Amin

Assalamualaikum..

Masih lagi cerita dibulan raya... seminggu lepas raya aje mula la majlis kahwin sana sini.. minggu pertama raya dah pegi majlis kawin di Kuala Lipis.. minggu kedua raya majlis kawin sepupu rapat di Melaka.. minggu ketiga majlis bertandang rumah lelaki di Puchong pula... fuh memang pack dengan majlis kawin la..

Dah lama rasanya tak buat majlis kawin saudara mara terdekat ni.. maksud akak yang melibatkan kerahan tenaga.. hhahahhaa kerahan lah sangatkan... oklah terus kepada cerita sebenaraje...

Ini majlis perkawinan sepupu rapat di Melaka.. akad nikah pada 31 Julai 2015.. Alhamdulillah dengan sekali lafaz dah selamat Aten jadi isteri yer...


Lepas acara pernikahan selesai diikuti pula dengan acara berinai... 



Esoknya majlis persandingan pula... 






Sebelum pengantin lelaki dapat naik pelamin kene tempuh dulu kubu pertahanan...


Apalagi...Kasi tol sket baru leh jumpa bini.. hahahhaha.. dah puas hati baru leh jumpa...


Alhamdulillah dapat gak jumpa yer.. sib baik ada tol.. hahahha


Minggu berikutnya pula majlis bertandang rumah lelaki di Puchong.. sib baik dekat ngan umah akak boleh akak join sama... hehehehe






Selamat Pengantin Baru Aten & Amin
31 Julai 2015
Semoga kekal bahagia hingga ke 
akhir hayat...



No comments:

Post a Comment