Assalamualaikum...
Beberapa minggu lepas Putrajaya dilanda jerebu yang teruk sehingga API mencecah lebih 100 ke atas.. beberapa hari juga sekolah tutup disebabkan jerebu.. sistem penerbangan juga effect bila jerebu ditahap yang teruk... kesian budak sekolah peperiksaan terpaksa ditangguhkan... Putrajaya yang cantik dan indah pon dah jadi malap dek kerana jerebu nih....
Bukan aja sekolah aje tutup malah larian yang telah kami register pon dibatalkan... kesian kat En Suami masih tak dapat lagi nak buat Half Marathon dalam acara yang berdaftar...
Larian pertama yang ditangguhkan ialah Mizuno Waverun 2015... acara ini pada mulanya hendak dibatalkan tetapi desakan daripada peserta maka larian ini ditangguhkan pada penghujung bulan November... larian ni En Suami aje yang masuk.. akak tak join sebab takde 5KM.. hahahhahaa..
Larian kedua ialah larian yang paling dinantikan iaitu BSN Putrajaya Night Marathon 2015.. setahun dah En Suami tunggu untuk sertai tetapi malangnya larian ini dibatalkan terus...
Tiga hari sebelum larian diaorg dah umumkan larian dibatalkan...
Semua medal dan finisher tee dah siap-siap bagi sewaktu pengambilan running tee sehari sebelum tarikh larian... En Suami masuk half marathon manakala akak dan Ain masuk acara 5km sahaja... nak buat macam mana kan dah batal redha ajelah...
Pada 25hb plak akak ada larian solo bersama WOW RUN di Cyberjaya... larian ni akak register sebab semua peserta adalah wanita sahaja..
Tambah plak dapat Muslimah running tee..
Dapat plak goodies yang macam-macam ada.. memang terbaiklah...
Penaja utama larian ini adalah Nashata.. kalau korang nak tau Nashata ini adalah syarikat yang mengeluarkan produk pakaian sukan muslimah.. boleh check it out kat website Nashata...
Walaupun larian dibatalkan tetapi acara lain tetap dijalankan... semua peserta boleh datang untuk sertai acara lain seperti Zumba, Fitness Challenge dan Dialogue Session... Marina Mahathir pun turut join sama...
Booth penaja juga ada di ruang legar.. pelbagai produk kesihatan dipamerkan.. serta koleksi baju sukan muslimah dari Nashata...
Nampak meriah sangat.. lepas tu memasing boleh ambik medal...
Insyallah kalau ada lagi tahun depan akak pasti akan join larian dari Wow Run ini...
No comments:
Post a Comment