Pages

Trip Gold Coast, Australia : Harbour Town

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... Syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di pagi Jumaat yang mulia ini.. minggu peperiksaan pon dah nak tamat lega rasanya.. lepas ni dah boleh melepak si kecik tu tgk cartoon.. tak sabar nak tunggu keputusan.. sama ada kekal prestasi ataupun menurun.. dah takde menaik sebabnya peperiksaan pertengahan dedua sekolah kedudukan pertama so sama ada kekal ataupun menurun.. stress aje muka minah tu.. hehehhe... tapi takpela memana pon takpe.. baru Darjah 1 kot... masih panjang lagi alam persekolah nak ditempuh.. ibu gertak aje tu.. hahahhaa

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Marilah kita sambung balik story mory kami di Gold Coast... malam terakhir sebelum check out esoknya akak dok sebok kemas beg.. susan sana susun sini.. nak pastikan semuanya muat dan boleh dibawa.. balik kami tak ambik luggage pun.. semuanya hand carry.. nak jimat punya pasal... semua cecair kene pastikan tak bawa.. hehehhee.. beg mmg tak bertambah sbb tak shopping pon.. sama aje jumlahnya sewaktu pergi.. hehehhe

Esok paginya selepas sarapan pagi dalam jam 8.30 pagi kami dah check out.. hari ni kene gerak awal sbbnya ada 2 tempat nak kene terjah... selesai check out kami minta pihak hotel untuk tumpangkan beg kami.. Alhamdulillah memang ada tempat utk letakkan beg.. so tak payah risau nak bwk beg ke hulu dan ke hilir...

Destinasi pertama kami adalah Harbour Town.. tempat ni ala-ala JPO tu la.. byk butik-butik branded.. niat shopping tu mmg takde saje je singgah at least dah tau mcm mana rupanya...

Berikut adalah route dari Trans-Link :





Memang mudah saja... naik tram pastu naik bus.. dah sampai... hehehhehe tapi kene pastikan bus stop yang betul ye.. kekadang tu nama sama tapi ada stop A sampai stop D.. hehehhehe







Bila dah naik bus tu tunggu ajelah.. bus akan stop kat Harbour Town Stop B.. dari jauh dah nampak lambang dia so dah bole get ready turun.. memang akan ada org turun gak so follow ajela.. hhehhehe





Alhamdulillah sampai gak kat Harbour Town nih.. so jom kita terjah...




Sampai awal ni org tak ramai lagi.. kedai pon ada yg masih lom buka.. hari Ahad lambat sket diaorg bukak... sempat lah posing-posing jap..





Mana ada yang dah buka kami terjah.. tengok2 je...






Banyak butik branded yang ada.. harga ada yg murah ada yang sama aje dengan butik kat Malaysia.. kalau currency menurun mungkin ok kot.. hehehhe






Dah puas jenjalan tengok sambil telan air liur kami pon beredar.. nak pegi ke Sea World plak.. bagi kami yang tak shopping ni memang cukup jalan 2 jam.. hehehhe.. dalam pada tak shopping tu dapat grab sket utk dibuat kenangan... hahahhaha




Moh kita ke Sea World plak kat next entry...


No comments:

Post a Comment