Pages

Trip Gold Coast, Australia : Persediaan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dapat kita bersua kembali dalam alam maya ini walaupun jerebu masih melanda negara.. hehehhe... Baru hari ni ada kekuatan utk menghapdate blog yang semakin bersawang ini..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baru-baru ni kami 3 beranak telah terbang ke salah satu tempat di bumi kangaroo iaitu Gold Coast dari 15 Oktober 2015 hingga 18 Oktober 2015...kenapa Gold Coast??? Eeemm kalau dah bawak si anak dara tu kene la tempat yang penuh dengan keseronokkan kaedahnya.. layan ajela....

Berikut adalah persediaan yang kami buat sebelum berangkat...

1) Beli tiket flight return
2) Book hotel
3) Renew passport
4) Buat budget
5) Beli online tiket themepark
6) Apply ETA
7) Tukar duit
8) Web check-in


Tiket Flight

Percutian kami ni dah rancang setahun yang lepas yang mana time AirAsia buat offer pada Ogos 2014.. setelah pikir panjang kami pon grab la.. Return tiket RM733.00 seorang..




Bila currency makin menaik hati ni berbelah bagi antara nak pergi atau tidak.. bila fikirkan tiket dah beli macam sayang plak kalau tak pergi... so kami decide pergi jugak..

Setahun kami peruntukan masa untuk membuat persediaan terutama dari segi kewangan dan belajar cara untuk pergi ke satu destinasi ke destinasi yang lain... maklumla kali ni nekad utk berjalan sendiri...


Booking Hotel

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.... kami book hotel menggunakan perkhidmatan Booking.com.. bila baca review blogger yang pernah pergi kebanyakkan mereka duduk di Islander Resort.. so kami decide utk stay situ memandangkan lokasinya yang strategik... untuk 2 malam kami dapat harga RM745.00 untuk Apartment 1 bilik..



Renew Passport

Pastikan passport valid 6 bulan bagi tarikh perjalanan anda... bagi kami ni yang belanja utk 3 org kenelah buat persiapan secara berperingkat.. kalau sedepuk mau pengsan.. hehehhee...Then bila ada duit sket kami tempah pula tiket themepark secara online.. mujurlah debit card boleh digunakan untuk transaksi luar negara... harga renew passport kanak-kanak RM100.00, dewasa RM200.00 untuk 5 tahun..

Budget

Sebelum nak beli apa-apa kene buat budget dulu.. mana yang lebih berbaloi.. sewa kereta ke atau jalan sendiri tanpa agent.. so ni budget yang dah dibuat... so kami pilih naik public transport...




Purchase Themepark Ticket

Setelah kajian dibuat kami ambik offer yang boleh dikatakan berbaloi gak iaitu AUD84.00/pax utk 3 themepark (Movie World, Sea World dan Wet n Wild) selama 7 hari.. padahal pegi sekali masuk aje tp kira murahlah berbanding beli per day punya entry... berminat boleh usha kat Holiday Tickets...




Wet n Wild kami tak masuk la so burn ajela.. leceh nak mandi bagai... Kalau dah sampai Aussie memang tak sah kalau tak jumpa sedara Kangaroo.. so kami pilih untuk ke Currumbin Wildlife Santuary dekat ngan airport so sekali jalan aje... So boleh beli kat Experience OZ... dapat pakej murah berjumlah AUD102.90







Buat Itinerary

Bende ni memang penting supaya perjalanan kita nanti lancar dan tak membuang masa.. itinerary ni dibuat pun base on route yang seperjalanan so takdela element patah balik yang boleh membuang masa...




Belajar Route

Ok bab ni plak memula ambik masa.. kene study dalam blog2 org yang pernah pegi.. akak banyak refer pada blog JM.. tp memandangkan JM pegi 2013 so ada sedikit perubahan sebab dah ade TRAM... cara paling mudah just refer aje Translink punya schedulu.. dia akan bagi no bus dan station tram mana yang akan kita gunakan.. memang sangat mudah... nak senang siap2 download apps Translink kat phone..





Apply ETA

Bila dah nak dekat tarikh berangkat tu kami apply ETA.. ETA ni mcm Visa gak la.. nak masuk Australia kene ada Visa ni.. kami apply melalui Poto Travel aje.. kalau ikutkan boleh apply online atau dengan travel agent lain.. kami pilih Poto Travel ni sebab ada cawangan di Putrajaya.. so kalau ada masalah senang nak rujuk.. tp memang mudah aje.. melalui email buat payment dah selesai.. esoknya dah dapat ETA.. tp yg lawaknya pakai Ms Word aje.. mcm tak yakin.. tapi bedal ajela... kene bayar RM35.00 seorang


Melalui Poto Travel

Caranya :
1. Scan atau photocopy passport
2. Sediakan flight detail itirenary (pergi sahaja)
3. Payment receipt (bukti pembayaran) RM35 kepada akaun poto travel
4. Email semua dokumen tadi (passport, flight itirenary dan payment receipt) termasuk contact detail kepada ticketing@pototravel.com.my
5. Dah siap dan mereka akan call dan email ETA tadi
6. Cetak ETA dan kepilkan dalam passport. Mudah bukan.

Boleh call dulu sebelum buat payment.

Pejabat HQ :
68-3-1, Aras 1, Dataran Shamelin,
No 68 Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
Tel No : +603-9200 6640
Email : info@pototravel.com.my
RHB Bank : 264 179 0000 5069
Maybank : 5144 0480 2849

Cawangan Putrajaya :
No 64B, Tingkat 2,
Jalan Diplomatik,
Putrajaya Diplomatik, Presint 15,
62050 Putrajaya.
Tel No : +603-8888 8640
Email : putrajaya@pototravel.com.my
Maybank Akaun : 5144 0462 2776

Public Bank : 398 768 2903

Melalui Online

Permohonan secara online melalui imigresen Australia dikenekan service fee AUD20 di https://www.eta.immi.gov.au/ETA/etas.jsp

Tukar Duit

Bila dah nak pegi so kene la tukar duit.. waktu currency 3.03 tak nak tukar masih nak tunggu 
dengan harapan akan lagi turun.. tetapi non hado.. so kami redha aje tukar dengan currency
waktu tu 3.14... tukar pon cukup2 aje dengan harapan shopping ala kadar...


Web Check In

Bila dah sampai masa jangan lupa nak check in dalam web Air Asia.. siap2 beli makanan nanti lapar..
hehhehe... jgn plak lupa cetak boarding pass tu.. nak senang check in jugak utk balik...




Oklah sampai sini dulu.. sambung lagi yer...


2 comments:

  1. Salam Sis...thank you for the details! seronok baca. boleh jadikan panduan buat kami nanti kalau nak berjalan ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. aik baru entry bersediaan dah seronok..?? hehehe kalau dapat pegi lagi seronok.. akak ni pon rasa mcm nak pegi lagi aje.. hehhee tq sbb baca nanti akak sambung lagi yer..

      Delete