Pages

Trip Japan : Day 4 – Hakone, Gotemba



Amboi makin menjadi-jadi plak kemalasan untuk mengupdate blog nih… harap korang bersabar ajelah ek.. memang banyak entry yang tertunggak nih… adoiii…

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah masuk hari ke 4 kami di negara matahari terbit.. kami dah pandai sesuaikan diri.. keadaan dalam rumah pon dah ok sbb dah pandai guna aircond sebagai heater.. mujur member dari rumah lagi satu dapatkan info translate tulisan jepun kat remote aircond tersebut.. barulah rasa hangatttt.. baju yang jemur dlm bilik pon cepat kering sebab hangat.. hehhehehe



Pagi ni sarapan ala kadar sahaja.. selebihnya kami tapau nasi goreng untuk dibuat kudapan.. 

Plan hari ni nak jalan jauh sket.. memandangkan plan asal dah lari so kami kene decide mana satu tempat nak pegi… sama ada Snow Yeti Town main salji atau Hakone trip.. bincang punya bincang kami pilih untuk ke Hakone Trip..

Keluar rumah dah lambat.. pastu pujuk member rumah lain ajak join.. pujuk punya pujuk akhirnya dia dapat gak pelepasan dari suami.. yelah suami dia dah tak larat jalan, anak plak batuk2, kesian plak dia datang jepun duduk aje kat rumah..

Janji jumpa kat tengah jalan.. puas dah posing tak gak muncul.. at last sampai gak dia.. hehhehe…




Then kami menuju ke subway station… mula-mula kami kene pergi ke Odawara Station seperti route ni :



Tiket subway kene beli ye sebab 3 Day Metro Pass dah expired.. hehehhe… jauh juga perjalanan ke Odawara Station ni… Nampak rumah-rumah orang Jepun ni.. kiranya kita akan menuju ke kawasan luar Bandar….





Sampai aja di Odawara Station kami pi isi perut dulu dengan bekal yang dibawa kat salah satu café yang ada dictation tersebut… selesai makan kami pegi beli Hakone Free Pass di Odakyu Sighseeing Service Center.. harga tiket seperti berikut :



Terpulang korang nak beli kat mana.. better beli kat station Odawara ni sebab harga lebih murah.. dah alang-alang nak ke Odawara station tu beli terus ajela..  



Actually pass ni untuk 2 hari.. kalau bermalam di Hakone boleh naik semua public transport kat area Hakone secara percuma selama 2 hari.. tapi kami pi 1 day aje.. start dari Odawara Station semua transport adalah percuma kalau ada pass nih..



Setelah mendengar ceramah simple oleh staff Odakyu nih kami pun mulakan perjalanan… dah tengok sightseeing Hakone Trip nih memang banyak kenderaan kene naik.. pass yang dapat tu jaga bebaik jangan hilangkan kalau tak sesia saja.. moh kita teruskan perjalanan...




Dari Odawara Station kami kene naik Hakone Tozan Railway menuju ke Gora Station.. 






Memang shahdu naik train ni.. romantic sungguh train nih.. lalu kawasan hutan pastu lereng-lereng bukit.. pastu siap boleh reverse bagai train nih.. memang lawak.. memasing mcm kehairanan dan tengok sana sini mungkin pengalaman pertama kot…








Sampai di Gora Station kami kene tunggu cable car pulak.. 






Cable car ni bermula dari Gora Station menuju ke Sounzan Station… perjalanan cable car ni mcm menaik bukit ala-ala Bukit Bendera tu.. mendaki ke atas.. sepanjang perjalanan tu Nampak salji yg dah mengeras.. rasa teruja sangat… kami masih belum ada peluang nak pegang salji lagi…








Sampai di Sounzan Station plak kami dikehendaki naik bas menuju ke Owakudani Station.. masa beratur nak naik bas kami dah terbau sulfur yg kuat.. masa kat office Odakyu tadi kami diberitahu yang ropeway ni hanya bermula di Owakudani Station menuju Togendai Station saja.. sepatutnya boleh naik terus dari Souzan Station tapi operasi tutup disebabkan asap sulfur terlalu kuat.. tak dapatlah kami nak tengok view kawah dari atas…




Bergeraklah kami naik bus pula.. dah la laluannya berliku-liku.. tapi bila tengok pemandangan kiri kanan jalan yang diselaputi sajli memang syok sekali..





Sampai di Togendai Station kami beratur naik Ropeway pulak…






Sepanjang perjalanan Ropeway nih dapat juga nampak Mt. Fuji.. memang cantik view dari atas nih…






Sampai di Togendai Station kami kene beratur pula untuk naik Cruise.. fuh memang mencabar betul sightseeing nih… dalam 10 minit kene tunggu cruise sampai…






Teruju sangat nak naik cruise nih.. dari jauh dah Nampak cruise ala-ala Pirate of the Caribbean tu… bila dah boleh naik tempat yang kami tuju adalah deck atas sekali.. siap ada lift lagi dalam cruise nih.. 



Duduk deck atas barulah dapat rasa fefeeling belajar dilautan luas.. padahal tasik aje iaitu Lake Ashinoko… besar gak tasik nih… Bila dah gerak posing sakan la.. mcm org jakun plak.. hehehhee







Pastu turun ke bawah untuk lihat keadaan setiap deck…





Cruise ni bergerak sehinggalah ke Hakone-machi Station… memang best tengok view tasik nih bila dok kat deck atas.. dengan angin yang sejuk menerpa pipi.. memang feeling…Bila dah sampai kat Hakone-machi Station terpulang kepada memasing nak pi ke mana.. 



Kami meneruskan perjalanan ke Gotemba Premium Outlet pula… sebelum tuh moh kita main salji jap..Dah puas genggam dan baring kat salji mcm org jakun... 






Then kami pi cari bus menuju ke Gotemba.. bus nip on free jugak..Kami kene turun kat satu tempat ni untuk transfer ke bus yang lain… yang menariknya bus diaorg ni siap ada TV yang memaparkan station yang akan lalu.. so kalau nak turun boleh la picit loceng..







Perjalanan ke Gotemba agak jauh jugak dengan jalan yang berliku.. Nampak mcm scary aje.. hari pon dah makin gelap… kami sampai di Gotemba Premium Outlets sekitar jam 6 lebih…








Orang memang tak ramai maybe hari bekerja dan dah malam.. kami ada masa 2 jam aje sebabnya outlet tutup dalam kol 8 mlm… mcm-mcm jenama ada tapi kami keluar masuk kedai aje.. jgn tidak kami beli la jam swatch sorang satu sbb dapat offer 4 jam dengan harga ¥10,000 sahaja.. murah jugak la bila convert ke RM.. design memang banyak untuk dipilih….

Masa pon dah tamat, then kami naik shuttle bus menuju ke Gotemba Station… Kami naik JR line dengan route seperti berikut :



Niat bersama nak pegi Ameyoko Street tapau makanan, bila dah perjalanan jauh pastu memasing mengantuk so terus ajelah balik ke rumah memasing.. hehehhe memang hari yang memenatkan sebab naik turun pengangkutan tapi pengalaman memang menarik.. kami sampai guesthouse dalam pukul 10 lebih… sempat singgah Family Mart kat Asakusa Station… balik rumah mandi, makan pastu tido… penatnyaaaa….. J


3 comments:

  1. Siapa muka tutup tu..kenapa ada perjanjian gelap ke

    ReplyDelete
  2. Hehehe dah tuan yg empunya badan tak nak muka ditayangkan.. Kalau ada pic lain xpe.. So kenela gelapkan..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete