Pages

Trip Japan : Day 6 – Nakamise Street, Osaka, Dotonbori




Hari ni kami dah kene check out dan bergerak ke Osaka… sedihnya nak tinggalkan Tokyo rasa mcm tak puas aje explorer Tokyo nih.. banyak tempat yang tak sempat nak pegi…

Beg semua dah siap kemas dalam kol 11 akan gerak.. pagi-pagi lagi dah bangun sebab nak pi singgah Nakamise Street jap beli souvenir Tokyo.. kol 9.00 pagi dah terpacak.. kami pergi berdua aje.. yang lagi sorang dok kemas rumah apa yang patut.. hehhehe




Sampai pagi kat sini orang dah mula ramai.. dengan cuaca yang sejuk hujan renyai-renyai plak tu… sepantas kilat kami mencari apa yang nak dibeli untuk keluarga dan rakan..



Jalan sepanjang Nakasime Street ni memang rambang mata.. rasa mcm tak cukup masa aje nak pi satu kedai ke satu kedai.. rasa menyesal plak tak pi awal sebelum ni padahal dekat aje dengan guesthouse..




Kami jalan sampai la ke Sensoji Temple.. tengok Temple dari luar aje.. nak masuk memang tak sempat la…





Selesai beli kami balik semula ke guesthouse.. ambik barang dan check out terus… boleh plak hujan turun renyai-renyai.. so redah ajelah dengan beg berat memasing…




Paling kesian member dengan family dia la.. mula-mula diaorg ajak naik taxi untuk ke Tokyo Station bila tanye orang tempatan siap terkejut lagi sbb katanya harga mahal.. sudahnya kami redah juga la ke station Asakusa Ginza Line.. sempat lagi tapau kebab kebetulan jumpa kat area Asakusa…

Sampai juga kami kat Tokyo Station… route dari Asakusa ke Shin-Osaka :



Bila dah naik bullet train baru la lega sket.. boleh rehat sebab perjalanan 3 jam.. kami menuju ke Shin-Osaka Station…

Perut pon dah lapar time tu.. sib baik tapau kebab tadi.. lega rasanya..


Sepanjang jalan hujan aje sampai la kat Osaka.. sejuk bukan main lagi…  kami tiba di Shin Osaka jam 3 lebih petang.. hujan masih turun renyai-renyai.. kami terpaksa berpisah.. member and family kene ambik train lain untuk ke Guesthouse manakala kami kene menapak terus mencari Guesthouse.. dalam hujan kami redah jugak.. beg dah sarat baiklah kami gerak cepat…

Alhamdulillah akhirnya sampai jugak.. mujur tak jauh sangat dan ada lift.. kesian kat member guesthouse dia takde lift.. tingkat 4 plak tu.. dengan keadaan suami dia.. tak boleh nak buat apa.. bertabah ajelah…

Bila dah selesakan diri marilah kita rehat dan tido.. hehehhe… bangun tido perut lapar plak.. moh kita bedal maggi plak…



Dalam kol 7 lebih kami keluar rumah.. target area Dotonbori dan Shinsaibasi-Suji…. Kami naik train dari Shin-Osaka Station seperti berikut :



Mahal gak tiket subway di Osaka ni berbanding Tokyo… selang 7 station aje tiket dah ¥280 sehala…



Sampai di Namba Station kami main redah aje.. sambil jalan sambil tanye orang.. akhirnya jumpa gak sungai… dan jumpa Glico Man.. terus bergambar tanpa berlenggah lagi.. hehehhehe


 


 Orang toksah kata la memang ramai gak.. jalan masih basah lagi sbb hujan sepanjang hari.. baru perasan yang kat area Dotonbori tu agak kotor sket berbanding dengan Tokyo.. air tin bersepah.. mungkin sebab ramai orang luar kot…






Dah puas bergambar kami meneruskan perjalanan di sepanjang Shinsaibashi-Suji… kedai dah banyak yang tutup so next day kita akan repeat lagi nanti..



Kami jalan sepanjang laluan kiri dan kanan kedai sehingga sampai ke Shinsaibashi Station.. Then kami naik semula subway untuk pulang ke Guesthouse…



Bersambung….

No comments:

Post a Comment