Bila sampai hari nak pegi tu en suami mcm malas aje sbb katanya citer tak bape nak mantop... memandangkan dah beli tiket so layankan ajelah... masa tengah tunggu panggung ready utk masuk saje je tgk list movie yang ada.. sekali tgk citer MAIL LAMBUNG ngan citer ABRAHAM LINCOLN: VAMPIRE HUNTER ade plak... ish hangin aku.. apsal masa aku beli online ticketing takde citer tu plak... tanye budak yang jaga pintu masuk wayang tu pun dia tak sure pasal bende tu.. hangin tol aku....dan ternyata bila masuk panggung gelak tersipu-sipu kitaorg dibuatnya.. ape taknya adalah dalam 5-6 org aje.. hehehhe nampak sangat takde org nak tgk citer nih...
Kesimpulannya.. citer nih oklah ade banyak aksi gaduh-gaduh cumanya gaduh sebab pompuan.. eeemm pastu banyak adegan kiss yg dipotong dan agak 18sx.. mmg tak sesuai utk budak-budak...
Sinopsis filem Jiwa Taiko : Credit Buzzera
Jiwa Taiko mengisahkan tentang percintaan, persahabatan dan pertelingkahan. Kisah Jiwa Taiko bermula dengan seorang pemuda yang bernama Firman yang baru keluar daripada penjara ditangkap kerana melakukan jenayah bersama Pinto dan hanya Pinto dapat melepaskan diri daripada ditangkap.
Pinto adalah rakan Firman yang dikenali ketika Firman baru menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Setelah Firman dikeluarkan dari penjara dan dijemput oleh Kak Pora iaitu rakan yang dikenali ketika dia di dalam penajara. Firman dibawa ke sebuah rumah yang dinamakan Wiracinta.
Di dalam rumah ini terdapat beberapa orang penghuni seperti Lara, Apple, Monika, Freez, Heidy, Haikal dan Tomi. Mereka adalah kawan yang sangat rapat dan selalu menjalani latihan silat bersama-sama. Perhubungan mereka menjadi semakin rapat seperti adik beradik dan muncul lagi seorang rakan yang bernama Trisya.
Trisya adalah seorang gadis kota yang sangat cantik. Firman mula jatuh hati kepada Trisya dan tanpa disedari, Lara terdahulu menaruh hati kepada Firman daripada Trisya. Lara sangat kecewa selepas Firman memberitahu kepadanya tentang dia telah melauhkan perasaan cintanya kepada Trisya dan Trisya menerimanya.
Selepas itu, Lara melarikan diri lalu terjumpa seorang pemuda bekas rakan Firman iaitu Pinto. Lara mengikut Pinto duduk di apartment mewah dan mereka terlanjur. Firman dan rakan yang lain mencari Lara kerana mereka rasa sangat risau setelah Lara tidak pulang. Freez memarahi Firman kerana tidak menghargai Lara sepenuhnya kerana Freez tahu Lara menaruh hati kepada Firman. Tanpa disedari Lara telah mengandungkan anak Pinto. Lara melarikan diri daripada Pinto kerana Pinto memaksa Lara menggugurkan kandungan.
Lara bersembunyi di suatu tempat yang sunyi lalu dijumpai oleh rakanrakannya. Lara dibawa pulang ke rumah Wiracinta dan dijaga dengan baik setelah mereka tahu yang Lara sedang mengandungkan anak Pinto. Firman dan rakan lain membawa Lara Ke Klinik untuk menggugurkan kandungan tetapi Lara tidak sanggup dan terus memeluk Firman.
Trisya mahu memutuskan hubungannya dengan Firman kerana bagi Trisya Firman patut bersama Lara di dalam keadaan Lara yang memerlukan orang di sampingnya. Firman tidak dapat menerimanya tetapi Firman hanya mengikut kehendak Trisya.
Pinto datang ke Wiracinta untuk mengambil Lara tetapi dihalang oleh Firman dan rakan-rakan. Pinto berjaya mengambil Lara, Kak Pora ditikam oleh pengikut Pinto. Firman dan rakan yang lain terus mengejar Pinto sehingga ke tempat Pinto dan bertarung. Setelah bertarung Firman mengambil Lara dan terus ke pantai bersama rakan-rakan yang lain. Setelah beberapa hari Pinto datang untuk membalas dendam, Pinto menyerang Firman dan mereka bergaduh sehingga Pinto mati di tangan Firman. Di dalam masa yang sama Lara selamat melahirkan anak. Selepas beberapa bulan berlalu mereka menjadi satu keluarga yang bahagia.