Layan Movie : Jiwa Taiko

Hik hik hik dengar tajuk aje dah gelak... nak dijadikan citer konon-kononnya saje ajak en suami layan movie  sementara si kecik di kampung.. tambah pulak hari rabu kira murah la.. punyalah takde citer yang menarik so aku pun ambik ajelah citer nih...

Bila sampai hari nak pegi tu en suami mcm malas aje sbb katanya citer tak bape nak mantop... memandangkan dah beli tiket so layankan ajelah... masa tengah tunggu panggung ready utk masuk saje je tgk list movie yang ada.. sekali tgk citer MAIL LAMBUNG ngan citer ABRAHAM LINCOLN: VAMPIRE HUNTER ade plak... ish hangin aku.. apsal masa aku beli online ticketing takde citer tu plak... tanye budak yang jaga pintu masuk wayang tu pun dia tak sure pasal bende tu.. hangin tol aku....dan ternyata bila masuk panggung gelak tersipu-sipu kitaorg dibuatnya.. ape taknya adalah dalam 5-6 org aje.. hehehhe nampak sangat takde org nak tgk citer nih...


Kesimpulannya.. citer nih oklah ade banyak aksi gaduh-gaduh cumanya gaduh sebab pompuan.. eeemm pastu banyak adegan kiss yg dipotong dan agak 18sx.. mmg tak sesuai utk budak-budak...


Sinopsis filem Jiwa Taiko : Credit Buzzera



Jiwa Taiko mengisahkan tentang percintaan, persahabatan dan pertelingkahan. Kisah Jiwa Taiko bermula dengan seorang pemuda yang bernama Firman yang baru keluar daripada penjara ditangkap kerana melakukan jenayah bersama Pinto dan hanya Pinto dapat melepaskan diri daripada ditangkap. 


Pinto adalah rakan Firman yang dikenali ketika Firman baru menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Setelah Firman dikeluarkan dari penjara dan dijemput oleh Kak Pora iaitu rakan yang dikenali ketika dia di dalam penajara. Firman dibawa ke sebuah rumah yang dinamakan Wiracinta.


Di dalam rumah ini terdapat beberapa orang penghuni seperti Lara, Apple, Monika, Freez, Heidy, Haikal dan Tomi. Mereka adalah kawan yang sangat rapat dan selalu menjalani latihan silat bersama-sama. Perhubungan mereka menjadi semakin rapat seperti adik beradik dan muncul lagi seorang rakan yang bernama Trisya. 

Trisya adalah seorang gadis kota yang sangat cantik. Firman mula jatuh hati kepada Trisya dan tanpa disedari, Lara terdahulu menaruh hati kepada Firman daripada Trisya. Lara sangat kecewa selepas Firman memberitahu kepadanya tentang dia telah melauhkan perasaan cintanya kepada Trisya dan Trisya menerimanya.

Selepas itu, Lara melarikan diri lalu terjumpa seorang pemuda bekas rakan Firman iaitu Pinto. Lara mengikut Pinto duduk di apartment mewah dan mereka terlanjur. Firman dan rakan yang lain mencari Lara kerana mereka rasa sangat risau setelah Lara tidak pulang. Freez memarahi Firman kerana tidak menghargai Lara sepenuhnya kerana Freez tahu Lara menaruh hati kepada Firman. Tanpa disedari Lara telah mengandungkan anak Pinto. Lara melarikan diri daripada Pinto kerana Pinto memaksa Lara menggugurkan kandungan. 




Lara bersembunyi di suatu tempat yang sunyi lalu dijumpai oleh rakanrakannya. Lara dibawa pulang ke rumah Wiracinta dan dijaga dengan baik setelah mereka tahu yang Lara sedang mengandungkan anak Pinto. Firman dan rakan lain membawa Lara Ke Klinik untuk menggugurkan kandungan tetapi Lara tidak sanggup dan terus memeluk Firman. 


Trisya mahu memutuskan hubungannya dengan Firman kerana bagi Trisya Firman patut bersama Lara di dalam keadaan Lara yang memerlukan orang di sampingnya. Firman tidak dapat menerimanya tetapi Firman hanya mengikut kehendak Trisya.



Pinto datang ke Wiracinta untuk mengambil Lara tetapi dihalang oleh Firman dan rakan-rakan. Pinto berjaya mengambil Lara, Kak Pora ditikam oleh pengikut Pinto. Firman dan rakan yang lain terus mengejar Pinto sehingga ke tempat Pinto dan bertarung. Setelah bertarung Firman mengambil Lara dan terus ke pantai bersama rakan-rakan yang lain. Setelah beberapa hari Pinto datang untuk membalas dendam, Pinto menyerang Firman dan mereka bergaduh sehingga Pinto mati di tangan Firman. Di dalam masa yang sama Lara selamat melahirkan anak. Selepas beberapa bulan berlalu mereka menjadi satu keluarga yang bahagia.









Waduh kaget gue...

Ni kisah pagi tadi sebelum nak pi opis.. lepas aje bekpes aku pun bersiaplah pakai tudung bagai.. sekali terdengar bunyi benda jatuh dalam stor.. mula-mula mcm endah tak endah tapi hati nih kuat nak bukak stor tu... bila bukak aje pintu terus menjerit panggil en suami... adalah sekor cacing yang agak panjang tengah menggeletek sbb badan dia dah terkena gumpalan habuk...

belek punya belek en suami kata ni bukan cacing nih... dia pun capai spray nyamuk terus sembur.. lagilah bende tu melengkuk-lengkuk... eeiii meremang bulu roma ahkak okey...mula la mata ahkak nih melilau sana sini... en suami kata ni spesis ular tapi halus aje.. mungkin anak kepada ular lidi.. aduyaiii camno leh masuk situ plak... risau dah aku nih...


en suami pun hulurkan bekas puding kat spesis tu nak suh masuk dalam tu.. pastu buat lubang udara... melengkau-lengkau spesis tu dalam bekas tu...eeemm hati ahkak dah tak sedap nih.. en suami kata nanti dia ajak kekwn dia pi buat sport cek kat dalam stor tu kot2 ade sedara mara dia...

Fuh lega rasanya bila dapat msg dari en suami yang sanak saudara takde dalam stor.. abis dipunggahnya stor tu...mungkin tah mana sesat spesis tu... kata en suami mungkin juga spesis cacing liar.. em tahlah yang penting takde lagi.. risau gak ahkak nih bila si kecik dah balik rumah nanti.. hehhee

Day 4 : Padang - Bukit Tinggi

Hari terakhir.. uhuk.. uhuk... eh tp memang elok gak balik sebabnya duit dah habis.. hehehee... lepas sumenya siap then pegi isi perut dulu... dalam jam 9 pagi baru bergerak ke Airport... mujurlah trip kali nih takde beg tambahan.. mcm mana pegi mcm gitulah balik.. hehehhee....



On the way perjalanan tu si Aldi bawak kitaorang singgah kat satu tempat nih.. katanya nak bagi rasa makanan namanya Roti Neraka tapi rasa syurga.. kitaorang cam pelik aje dengar nama tu... rupanya ala-ala lempeng kelapa yang dibakar.. sedap.. mantop... nak-nak yang ada perisa pisang...







Kendian teruskan lagi perjalanan... sampai kat satu tempat tu sebelum Lembah Anai tetiba jem giler jalan situ.. lama gak tunggu.. Aldi dah risau aje kalau lambat ke airport.. aku pun risau gak.. memasing senyap aje dalam kete...


Aldi pun reverse n pusing balik.. konon2 nak ikut jalan lain... memandnagkan jalan lain tu ambil masa 3 jam.. si aldi punyalah memecut mcm F1.. hehehhe memasing dah risau menjerit2 bila selesih dengan kenderaan lain... sampai satu tempat tu aldi terima panggilan.. dan berpatah balik ke tempat asal... rupanya ada tanah runtuh... diaorg dalam proses nak clearkan tanah kat jalan raya tu... agak setengah jam jugalah menunggu.. bila dah boleh jalan tu terus aldi pecut lagi...




Alhamdulillah sampai jua di airport jam 12 gitu... selesai urusan check in baru la lega... memasing punya beg tak sampai 16kg pun.. hehehe perbelanjaan yang berkhemah... hahhahaha...perut lapar giler masa nih..


Jgn lupa yer bayar airport tax...




Sampai aje LCCT bila dah jumpa family then pegi isi perut dulu barulah berangkat balik sume... Alhamdulillah selamat semuanya... jumpa lagi ya Bukit Tinggi.....


Day 3 : Padang - Bukit Tinggi

Sorry ye semua lambat update.. ok sambung balik hari ke 3 di Bukit Tinggi.. se awal jam 8.30 pagi selepas selesai breakfast nasi goreng yang sama setiap pagi, kitaorang mula bergerak menuju ke Tasik Maninjau... orang yang paling happy mestilah aishah.. ape tak nya dari Malaysia lagi dah sebok nak ke sana.. ini sume gara-gara novel yang di bacanya...

Macam biasalah kitaorang telah di remind yang perjalanan ke sana agak mencabar.. makanya budak berdua yang tak tahan nih sudah telan pil mabuk a.k.a pil tahan muntah... hahhahaa 


Memang ternyata agak menggerunkan tapi seronok gak sbb dapat tengok keadaan penduduk kampung.. suasana tenang menghijau...  Sampai di satu tempat kami berhenti untuk melihat pemandangan dari atas bukit.. aku pun lupa ape nama tempat nih... katanya amat cantik untuk ambil gambar... kat sini dapat rasa udara redup yang segar.. barulah terasa sejuk...





Perjalanan diteruskan ke kawasan lain pula.. sampai di satu tempat berhenti lagi.. di sini ada satu perusahan IKS membuat keropok.. ape lagi borong lah untuk di bawa ke opis dan kudapan dirumah... Tengah dok syok sakan bergambar tetiba teringin plak nak bergambar dengan budak sekolah nih.. dah kebetulan memang diaorg tengah lepak situ.. ponteng sekolah lah tu...





Dah selesai snap sana sini... kitaorang terus bergerak ke tasik Maninjau... sampai di Kelok 44 kami berhenti untuk hirup udara segar sambil minum kopi panas.. depan mata terbentang tasik yang begitu luas dan indah... memang sungguh indah ciptaan Allah... Ada kisah disebalik kejadian tasik nih.. tapi malas nak citer.. mcm biasalah korang google ajelah ek...








Kemudian kami meneruskan perjalanan sehingga ke kelok 38 sahaja.. ambil gambar.. sambil borong buah tangan hasil penduduk tempatan... kemudian bergerak balik menuju ke kawasan bandar... perjalanan sehala mengambil masa hampir 1.30 jam...





Kira kelok 44 ni adalah paling atas sekali... begitu tajam kelok nih.. bayangkan nak kene tempuh berapa kelok untuk sampai ke bawah tasik... tapi kitaorang buat keputusan tak nak ke bawah sebabnya ambil masa yang lama.. memandangkan ari ni hari last jadinya separuh masa lagi nak pi abiskan duit kat Pasar Atas.. ish ish ish.. itulah kaum wanita...

Kemudian kami di turun di tepi Ramayana Mall... memandangkan semlm tak masuk so wajib masuk mall hari nih... puas dah pusing sana sini memang tak menarik pun.. hehhehe tak macam kat bandung...





Bila perut dah berkeroncong kitaorg terus keluar dari mall dan menuju ke restoren KFC.. teringin plak nak makan ayam goreng...


Selesai mengisi perut then terus menuju ke Pasar Atas... jom abiskan duit.. hehehhee...








Bila dah tak tau nak beli apa lagi aku cuba call si Aldi supaya boleh pulang awal ke hotel sebab dah keletihan.. call punya call tak dapat-dapat... ish mana plak budak nih... kitaorang pun lepak kat dataran Jam Gadang tu... mcm tetau plak mamat nih yang kitaorg tengah tunggu dia... yang dia plak saje pusing kot-kot ternampak kitaorg..


Then dia bagi suggestion untuk pergi ke SPA... ape lagi setuju ajelah mereka-mereka ini.. hehehe yang sorang buat facial, yang sorang potong rambut dan yang sorang buat hair SPA.. yang aku ngan si pija dok melaguk aje.. hehehe..


Dah nak dekat setengah jam baru si Aldi tu offer nak hantar ke bilik... ceh hampeh tol.. dari tadi tak nak bagitau.. hehehe aku pun balik la ke hotel... mandi.. kemas bagasi.. dan berehat.. syoknyaaaa...

Malam kitaorang jalan-jalan kat bawah konon-konon nak merasa sedap mana Mertabak Mesir tu.. hehehe...



 
Mertabak Bandung ni kuih apam tau.. jgn silap plak
Mcm aiskrim malaysia tapi pakai lidi..
 

Malam nih kitaorang decide nak makan aje maggi cup yang di bawa untuk abiskan stok.. sbb beg dah tak muat kalau nak bawak balik semula ke Malaysia... makan bersama dengan mertabak mersir.. sedap jugak sebab daging dia seketul-seketul... selesai makan memasing nak kemas beg sebab esok dah nak pulang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...