Serai hasil tanaman




Pagi ni, tamat lah sudah 'riwayat' pokok serai yang ditanam di belakang rumah. banyak juga hasilnya.

lama dah gak lah ditanam pokok serai ni. tak susah, cuma biarkan je membesar di atas tanah (bukan berpasu). tau-tau aje dah membesar. cuma yang tak tahan bila daunnya terlalu meninggi. agak menyemak.

namun, hasilnya!!!!! tak terkata. puas teramat sangat bila mampu melihat hasilnya. syukur alhamdulillah 😀😊

- Posted using BlogPress from my iPhone 

Live Blog : Selamat Tinggal Bumi Mekkah, Semoga diberi Keizinan Oleh Nya Untuk ke Sini Lagi Nanti



Alhamdulillah,
Syukur kita kepada Allah atas nikmat yang diberikan olehNya. Tanpa kita sedar berapa beruntungnya kita yang dilahirkan dalam keadaan Islam dan menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.

Coretakan terakhir ini dalam entry umrah adalah mengenai perjalanan pulang kami dari Tanah Haram. sebentar tadi, jam 3petang, Bas yang mengambil barang & penumpang telah tiba ke hotel. Kami dimaklumkan perjalanan ke Airport Jeddah mengambil masa 1.30 hingga 2 jam. Walaubagaimanapun, 40 minit diperlukan untuk melepasi tanah halal. Sehingga itu, pantang larang selepas tawaf wida' masih terpakai.

Sayu rasa hati ingin meninggalkan kota Mekkah ini. namun, itulah perjanjian. Semoga segala amalan & Ibadah Umrah kami akan diterima oleh Allah di diberikan ganjaran.

Berhubung keadaan di kota Mekah pada ketika ini, dikhabarkan Kerajaan Arab Saudi sememangnya sedang mengetatkan peraturan Visa Umrah. Mulai Februari 2014, Visa Umrah hanya berikan selepas 6 bulan mengerjakan Umrah. kemungkinan kerajaan Saudi ingin mengurangkan jumlah pengerja Umrah berikutan kerja-kerja pengubahsuaian Masjidilharam.

Dimaklumkan kerja-kerja pembesaran / pembinaan semula masjidilharam dan bangunan-bangunan sekitarnya akan selesai pada penghujung 2015 atau awal 2016. ketika itu, keadaan jemaah umrah/haji akan lebih selesa lagi, insyallah. Lebih menarik, dikatakan akan ada train dari Jeddah-Mekkah-Madinah bagi menambahbaik sistem pengangkutan.

Berbalik mengenai perjalanan kami, bas baru sahaja melepasi sempadan Tanah Halal tepat jam 3.45 petang. Ini bermakna, kami sudah berada di tanah halal dan tiada lagi keistimewaan sebagaimana berada di Tanah Haram.

dikongsikan gambar-gambar di sekitar perjalanan menuju ke Jeddah untuk tatapan pembaca bersama;


Ini pula adalah stesen keretapi yang berada di Jeddah.


Tangki-tangki minyak di Jeddah. Difahamkan harga ron95 Adalah sekitar 50sen/seliter manakala ron97 sekitar 60sen/seliter. Disel pula adalah 20sen/seliter.


Sambil dalam bas, sedap juga diperdengarkan lagu Hafiz Hamidun. tenang jiwa dengan kemerduan & harmoni melodinya.


- Posted using BlogPress from my iPhone 

Live Blog : Ziarah Sekitar Mekah dan Umrah kedua

Alhamdulillah.

Kini berada pada hari ke-2 di Mekah al-Mukaramah. hari ini seperti yang dijadualkan hari ini adalah ziarah luar dan mengadakan umrah yang ke-2. Kami dijangkakan akan tanah halal untuk jatuh niat umrah dan memakai ihram.


bertolak pada jam 8.00pm. berikut adalah pemandangan di sekitar perjalanan.


di jabal thur






di Jabal rahmah





di mina


Di Jamrah



Sekiranya ingin melakukan umrah, jemaah bolehlah keluar ke Ji'raanah yang juga selaluan dari Arafat tadi. Di sana terdapat Masjid untuk menukar pakaian & solat sunat ihram.


- Posted using BlogPress from my iPhone 

Setibanya di Masjidil Haram

Alhamdulillah,

Kami selamat sampai di hotel Malak Agiyad yang terletak dalam lingkungan 400 meter dari pintu masuk utama Masjidil Haram. Kalau di Madinah, jarak hotel ke Masjid Nabawi hanya 200 meter, tetapi di sini jauh lah sedikit. Namun, disebabkan bentuk perjalanannya yang lurus dan ditambah dengan jumlah jemaah yang ramai berpusu-pusu keluar dan masuk dari dan ke sana, maka ianya tidak terasa jauh.



Pengalaman yang hendak saya kongsikan adalah mengenai kali pertama melihat kaabah secara live di depan mata. subhanallah.


Seperti yg dimaklumkan, kami tiba di hotel pada jam 1.00am. kami mula menuju ke Baitullah sekitar jam 1.30am walaupun pada masa itu baru je lepas loading beg2 di bilik masing. Memandangkan kami masih dalam ihram pada ketika itu, adalah baik rukun-rukun lain di segerakan bagi mengelakkan terlanggar apa2 pantang larang dalam berihram. Dengan semangat yang berkobar-kobar kami terus menuju ke Masjidilharam dengan di bimbing oleh ustaz najimuddin.


Sedikit taklimat daripada ustaz mengenai di mana haru berkumpul sekiranya jemaah terpecah nanti memandangkan terlalu banyaknya orang pada ketika itu.

Rukun tawaf dimulakan di hadapan kaabah. Subhanallah!!! sememangnya inilah saat yang paling sayu aku rasakan. berada betul-betul beberapa meter dari kaabah yang juga merupakan kiblat seluruh umat islam di muka bumi ini. cabaran yang paling utama dalam bertawaf adalah jemaah dari negara lain yang dalam kumpulan besar. pergerakan mereka sedikit sebanyak menyukarkan anda. Namun ini tidak seharunya dilihat dari segi negetif. dan seperti yang telah diperingatkan bahawa kita sememangnya akan diuji dengan pelbagai ujian semasa di tanah haram ini dan kunci kejayaannya adalah 'sabar'. aku tak ada pun mengambil gambar kaabah pada pagi itu kerana aku merasakan inilah saat yang paling dekat di antara seorang hamba dengan penciptanya. mungkin aku merasakan ianya sukar digambarkan, cuma kalau tuan/puan berkesempatan untuk bertawaf, pasti akan memahami perasaan ini.



Semasa tawaf aku dan isteri memimpin tangan anak kami, Ain yang berusia 6 tahun ini. dia kelihatan tenang, namun sesekali gelisah bila dihimpit manusia yang yang lebih besar daripadanya adakalanya. Namun sekiranya kami bertembung dengan jemaah yang agak agrasif semasa tawaf (tolak menolak), sama ada aku atau Isteri akan salah seorang memimpin anak kami. Selepas itu kami berjalan tawaf bersama-sama semula. Perlu banyak bersabar ketika rukun ini kerana manusia terlalu ramai dan diluar kawal. Apapun, kami dipermudahkan.... menjelang sejam kemudian, kami selesai tawaf dan terus menuju ke Safa -Marwa untuk rukun saie.









Semasa saie, Ain dan mula keletihan. mungkin penat tak cukup tido. pada masa kiraan yang ke-4 aku dah terpaksa mendukung Ain dan menghabiskan lagi pusingan ulang-alik ini sehingga ke-7. Apa yang ingin aku katakan, ianya semamangnu meletihkan. tuanpuan perlu memastikan stamina di tahap yang terbaik dengan melakukan aktiviti kecerdasar sebelum menunaikan ibadat umrah. aku semenangnya tercunggapcunggap. namun seperti yang dinyatakan tadi, ianya sebahagian dari ujian yang sedikit kepada kita hambaNya.

Selesai, kami bertahalul. kami lelaki semua mencukur kepala licin... heheh


Alhamdulillah selesai sudah umrahku yang pertama. semoga ianya akan diterima oleh Allah dan diberi ganjaran Insyallah. Allahuakbar!!



- Posted using BlogPress from my iPhone 

Perjalanan dari Madinah ke Mekah

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, perjalanan kami ke Mekah Al Mukarammah telahpun bermula pada 2.30petang (waktu tempatan) tadi.

Agak lewat sedikit kerana kami hanya benar-benar bertolak pada jam 3.30petang menuju je Bir Ali dari Hotel Mubarak Silver,Madinah.

Jumlah kenderaan (bas) di Bir Ali sangatlah banyak kerana di sinilah Jemaah Umrah dari Madinah menjatuhkan niat Umrah di Miqat (Persempadanan) menuju ke Kaabah di Mekah.


Orang punyalah ramai di sini. manakan tidak, di sinilah bermulanya rukun niat umrah yg pertama.

Katanya, Bir Ali bermaksud telaga Ali. Ali adalah seorang saudagar kaya dari Sudan yang mewakafkan kemudahan telaga itu bagi kegunaan musafir yg melintas kawasan tersebut.

Updated :


baru selesai makan malam + solat jamak maghrib dan isya' di R&R yang diberi nama Wadi Qudaid. Sedap makanan di sini iaitu nasi arab + ikan kerapu goreng dan 2 jenis ayam bakar + grill.


Baki perjalanan ada lagin150Km dan kemungkinan sampai lagi 2 jam lebih, Insyallah.

Kami makan nasik arab tadi secara dlm dulang berlima setiap meja.


Disebabakan aku minum Nescafe tadi, sekarang mata taknak lak mengantuk... hehe

Juga di dalam hati tidak sabar untuk melihat kaabah live di depan anak mata. Teruju hendak melihat akan kebesaran yang Maha Esa. Allahhukbar.


Menurut Ustaz Najmuddin, Kami akan di bawa terus ke hotel dan diberi masa sekitar 1 jam untuk bersiap-sedia sebelum kembali berkumpul untuk ke Kaabah untuk menunaikan rukun umrah yang lain iaitu Tawaf, Saie dan Tahalul. Bagus juga, elok selesaikan awal-awal, mudah, bukan apa.... takut ada terlanggar pantang larang dalam berihram, kang tak pasal-pasal kena bayar dam. so, sehingga update yang seterusnya.... doakan kami ye, Insyallah.

- Posted using BlogPress from my iPhone 

Live Blog : Subuh Terakhir di Masjid Nabawi Pada Umrah Ini

Alhamdullillah, hari ini adalah hari ke-4 kami berada di bumi Madinah Al-Munawarah. Semoga diberi keizinan oleh Nya untuk berada di bumi ini pada masa akan datang lagi.


Seperti biasa, cuaca pada subuh ini agak sejuk. suhu sekitar 18 darjah celcius. Dengan tiupan angin, sungguh nyaman udara pada subuh itu.


Semakin menghampiri ke Masjid Nabawi, kedai-kedai di sekitar bangunan masih belum dibuka, Namun si peniaga yang membentarkn tikar / Kereta tolak, sudah beroperasi.


Sungguh cantik permandangan di kala fajr menjelang. Aku sememangnya, tidak pernah jemu melihat 'payung-payung' yang kembang di sekitar perkarangan luar masjid. Lagi menaranya, sememangnya ku tenung tak jemu-jemu.


Kelihatan para jemaah, berpusu-pusu ke masjid sebelum Azan dilaungkan. Situasi ini jarang-jarang kita dapat lihat di Malaysia.




Sungguh berasa bertuah kerana berkesempatan menunaikan solat di masjid ke-2 terpenting di dalam sejarah Islam. Ya Allah, kau izinkanlh agar hambaMu ini boleh berada si sini lagi pada masa akan datang. Jangan lah ini menjadi saat yang terakhir kami berada di Masjid Nabawi ini, Bumi Madinah umumnya. Kau Makbulkanlah Ya Allah. Amin

- Posted using BlogPress from my iPhone 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...