Kursus @ De Rhu Beach Resort Kuantan

 Minggu lepas aku gi Kursus Latihan Teknikal GFMAS dan Bina Pasukan di De Rhu Beach Resort Kuantan. Actually aku ni bukan la 100% peserta kursus pun.. kira merangkap urusetia kursus la.. dah kalau urusetia tu dapatlah bawak family sekali.. tempatnya agak menarik kawasan yang luas.. pool yang besar dan sesuai untuk buat hari keluarga.. cuma yang tak best adalah servicenya dan bilik yang takde carpet, lap kaki, tuala muka..




Dah kalau namanya urusetia tu agak bz sket la dari peserta.. bukan bz apa pun cuma nak settlekan goodies beg peserta n penceramah dan juga hadiah untuk cabutan bertuah.. tp yg bestnya makan berhidang.. hehhee




Kalau dah bawak family tu kene gakla ambik masa sket bwk ain gi mandi pool.. kesian plak kalau tak bawak.. asyik dok tgk kat tingkap bilik aje.. hehehe...





Majlis makan makan pun disambut dengan begitu best sekali.. walaupun takde orang VIP ternyata mmg sporting betul peserta kursus.. masing-masing ada persembahan yang nak kene buat.. urusetia pun tak pasal-pasal kene buat satu persembahan..






Ain pun bukan main seronok dapat join ngan kawan-kawan dia..








Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...

Menu Hari Ini - Nasi Mandhi

Hehe takde la menu untuk hari ni.. actually dah buat semalam dah.. lama simpan niat nak buat asyik tertangguh aje.. so semlm kuatkan semangat untuk buat.. kebetulan bahan-bahan sume dah ade.. so gi carefour just beli lemon n cili hijau aje.. jom layan resepi ni...


Bahan-bahan ayam:
 1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250′c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.

Ini hasilnya :


Susun lemon dan bawang besar
Letak ayam yang dah diperap atas susunan tadi

Selepas dibakar.. actually ayam ni ala-ala kabsah tp aku wat ala grill

Nasi:
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Ini hasilnya :

Selepas nasi masak kene letak arang utk dapatkan aroma arang

Keluarkan arang dan masukkan pewarna kuning

Sekali terlebih kuning plak

Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ini hasilnya :

Blend cili hijau dan tomato bersama jus lemon
kalau nak sedap sket tambah cili sos n gula sket

Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.

Ini hasilnya :
Sangat sedap bersama ulam ini.. :)

so apa lagi cuba la.. mudah saja.. asalkan cukup bahan... hehehe..

Full credit to : Blog lizarazak

Cerita Hujung Minggu...

Weekend lepas family aku datang ke rumah.. dari hari Jumaat mak n abah sampai.. tghari plak Amat n Jujue datang.. kitaorg plan nak tgk wayang citer Al - Hijab.. seraaammm then diaorg bermalam di rumah aku..




Esoknya pegi rumah owang kawin.. kat Dewan Kompleks Sukan Kelana Jaya.. majlis kawin anak kepada kawan mak aku merangkap anak kepada makcik yang menjaga aku sewaktu kecik-kecik dulu.. begitu la kot.. tapi aku mana nak ingat pun.. baby masa tu.. so layan kan ajelah...










Sampai rumah sekitar kol 3 lebih n lepak sambil borak-borak.. pastu petang gi pasar malam kat rumah lama aku di Bandar Seri Putra.. bukan main jauh lagi gi pasar malam.. tp serius mmg best pasar malam sini.. tudung murah-murah.. pastu pelbagai makanan dan jalan pun santai sebab gerai kiri dan kanan di sepanjang jalan.. berbanding dengan pasar malam Bandar Baru Bangi tu byk sgt lorongnya.. tak larat nak gi sana sini...


Hari Ahad plak selepas sarapan pagi kitaorg gi Kedai 1 Malaysia di Presint 2 kat KPDNKK.. ok gak kedai ni.. walaupun kecik tapi selesa.. kita kene support product 1 Malaysia nih.. murah sket.. hahahha...








Tengahari kitaorg lunch kat Mr Kabab & Briyani.. abah yang teringin nak makan kat situ.. aku kalau makan kat situ biasa la Poori.. best oooo korang penah makan ke...?? cicah plak dengan dhall pastu dengan air Mango Rani.. fuh mavorlesssssss...

Presint Diplomatik

Poori with Dhall

Rani Manggo Juice





Layan Movie : Al - Hijab

 Jumaat lepas kitaorang pi layan citer Al - Hijab.. sekali dengan adik aku Amat dan isteri dia Jujue.. jgn tak tau Ain pun ikut sama.. punya la semangat kuat betul dia.. sebelum tgk dah declare tak takut.. tapi bila tengah2 citer siap menyorok belakang seat lagi.. hehehhee.. overall mmg seram giler la.. byk suspen pastu hantu dia plak memang real.. hehehe...



Jom layan sinopsis citer nih...

Pengarah             : Pierre Andre
Syarikat Penerbit : Empat Semudra Plantation Sdn. Bhd.
Bahasa                : Bahasa Melayu
kategori               : Filem Cereka
Klasifikasi           : PG 13
Genre                 : Seram
Tarikh Tayangan  : 06 Oktober 2011
Durasi                 : 90 min
Audio                 : Dolby
Format               : 35mm

Sinopsis Al-Hijab

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin.

Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka.

Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya.

Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu? 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...