Misi Larian 15K yang gagal...


Menggunakan Trek yang sama, iaitu dari Parcel A ke PICC. Hajat nak buat 20KM dengan menggunakan slow pace long distance...tapi masuk je secound round, kaki dah kebas minta slow down. Semangat memang tinggi. tapi apa kan daya, kederat tiada...so, end up hanya dengan 13.4KM sahaja.

Bahan-bahan sebelum larian;

1. Nescafe secawan
2. Bryani ayam (makan malam)
3. 100 Plus 2 tin (semasa larian).

Avarage pace hanya sekitar 7 something. sebab nak push jarak yang paling jauh, so pace belakang kira. ermm..

Banyak juga runners lain yang berlari pada waktu malam ni. Cuma yang menghampakan adalah lampu di jempatan ke dataran putra sekitar jam 10 dah light off. Cam mana nak wat LSD kalau awal dah tutup yeop????!!! tak menyahut saranan langsung aaaa...

so, better luck next time.

Saje cari pasal - Join Challange Larian Bulan Mei Di Strava :)


Kalau bercerita pasal Apps Phone untuk track larian, rasanya Strava antara yang paling sempoi. Walaupun pada asalnya dia lebih menekankan kepada pelumba basikal. Namun, keupayaan dia untuk menganalisa prestasi larian anda pada jalan-jalan tertentu sememangnya mengagumkan. Ia akan mempamerkan rekod larian anda berbanding pelari-pelari yang terdahulu sebelum anda. Setidak-tidaknya anda tidaklah buta sangat bila berlari...dan ada hala tuju. bagus bukan?

Cerita pasal kisah bulan Mei, aku dah subscribe Mei Challange untuk jumlah larian terkumpulan. So, aku akan compete dengan beberapa pelari lain di serata dunia. Memang secara automatiknya ia akan memotivasikan diri untuk terus belari, so...siapa kata anda perlukan trainning plan untuk perlari? just lari je....hahah

Kalau ikut trend sebelum ni, ada lebih kurang 70,000 orang yang menyertai cabaran larian pada bulan April 2015, seperti berikut;


Memandangkan aku baru bermula larian pada pertengahan April, so tak boleh nak compare sangat larian pada bulan ni. Tambahan pula compete dengan pelari2 dari pelbagai kategori. 

So, kalau berminat dan hendak mengukur prestasi larian anda, boleh lah mengada-ngada dan clik pada link ni... selamat menyeksa badan anda. TQ


Ain Dah Iqra' 4

Assalamualaikum..

Rabu lepas masa ambik Ain di KAFA bukan main senyum lebar lagi.. Rupanya dia dpt hadiah daripada Ustazah Fatin.. Merangkap guru kelas KAFA dan guru mengaji selepas waktu KAFA..

Katanya ustazah bagi hadiah sebab Ain dah masuk Iqra' 4.. Alhamdulillah..  semoga Ain cepat naik Quran yer...

Terima kasih kepada Ustazah Fatin sbb bg Ain hadiah sebagai pembakar semangat untuk lebih maju ke hadapan...



Poney Warehouse Sale

Assalamualaikum..

Hari ni cik kak tu cuti peristiwa sbb Sabtu lepas sekolah dia ada hari sukan.. So dengan ibu dia sekali kene cuti peristiwa..  Selalu bawak aje ke opis tp kali ni malas plak..

Kebetulan semlm scroll dlm fb terjumpa plak ort share post pasal poney buat warehouse sale kat Serdang Perdana..

Kol 10 pagi dah terpacak depan kedai dia.. Bawak kak nam tu sekali.. Memang serius murah la.. 3 item rm50.. Dapat grab byk seluar.. Tshirt aje dpt satu lengan panjang yg lain byk nampak ketiak.. Hahhaha

Sales ni berlangsung seperti berikut :

Tarikh : 24/4/2015 - 4/5/2015
Masa: 10 pagi - 7 petang
Alamat: Lot 13, Jalan SP 2/7, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan

So korang masih lg sempat untuk borong.. Geram betul tgk baju baby...


Ini antara item yg sempat di grab.. Kalau ikut nafsu bahaya so cukup la tu...


Yang ni permintaan si kak nam lorat nak skirt ala2 bellarina..  Rm5 sehelai..  Balik rumah terus pakai tu.. Hehehe


Langkah & Kayuhan Ceria Putrajaya

Assalamualaikum..

Ni first time kami join aktiviti yang diadakan setiap bulan di Putrajaya.. Selalunya Langkah Ceria dan Kayuhan Ceria diasingkan..  Tp memandangkan byk sgt event di Putrajaya ni maka aktiviti ni dibuat bersekali...

Seawal 6.45 pagi kami dah sampai diperkarangan event tersebut.. Sarapan pagi sebungkus roti cream dan air kotak disediakan kepada para peserta...

Jam 7.30 pagi bermula la acara.. Pelepasan pertama adalah kayuhan basikal 10km diikuti pula dgn 18km dan akhir sekali peserta langkah ceria..

Memang sempoi aje berjalan mengikut tanda arah yang dipacakkan.. Sampai di water station baru dapat no cabutan bertuah..  Dan sebotol air utk menghilangkan dahaga...

Sampai dikhemah penamat peserta boleh redeem no cabutan yang diberikan dengan burger dan sebotol air mineral.. Alhamdulillah kenyang...

Acara diteruskan dengan pemberian hadiah no cabutan bertuah..  Mcm biasa no kami belum bertuah lagi.. Tunggu Event yang akan datang ajela ek..  Insyallah..

Resepi: Apam Marmar

Assalamualaikum..

Semlm tangan ni gatal nak buat sesuatu..  Bila Google terjumpa plak satu resepi mudah nih.. Kebetulan bahan2 ada so terus panggil si minah lorat ajak buat bersama...

Apam Marmar
Sumber: CMG@myr

Bahan2 :
(tin 10 inci - ni ada lubang kt tengah) - tun guna loyang 7x7"

250 g tepung berserbuk penaik -tun guna tepung gandum biasa + 1 sk baking powder
200 ml santan- tun guna santan kotak
200 g gula halus
2 biji telur Gred A
1 camca teh vanila esen
1 camca makan ovallate- guna yg ada tanda halal, ye
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara2:

Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.

Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat. - mix sampai adunan jd putih gebu tau

Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.

Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.

Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.



Larian "Long Slow Distance" yang tak berapa menjadi.

Tarikh : 24 April 2015
Masa : 9.00 malam
Lokasi : Dataran Putra, Putrajaya
Jarak larian : (menghampiri) 10KM



Kalau sebelum ni sesi larian hanya tertumpu pada sebelah pagi dan petang, namun kini difikirkan lebih baik berlari pada masa malam. memangdangkan sesi latihan ini mengkehendakan jumlam masa yang agak lama dan tempo larian yang releks (tak laju). So, bentuk latihan yang diberi nama LSD adalah yang paling tepat.

Latihan Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance) merujuk kepada penekanan pada jarak dan bukan nya masa. pace antara 7 - 8minit/KM mungkin dianggap ideal dalam latihan LSD ni. Oleh itu, tak hairanlah kita akan memerlukan antara sejam lebih untuk menghabiskan larian berjarak 10KM. ye!! memang boring, tapi kalau dilakukan dalam kumpulan atau ditemani dengan seleksi muzik yang disukai, tak jadi masalah.

Formula LSD adalah, jangan berhenti, maintan tempo dan cuba berlari sejauh mana yang mungkin. Tujuannya adalah untuk build up endurance. Memandangkan buat masa ni aku masih lagi pada tahap 5KM, so LSD dengan jarak 10Km dah memadai lah kot. Dengan suasana malam di putrajaya yang begitu sesuai sememangnya membantu.

Trek

Dengan Strava, aku dan bikin satu treak dari Bulatan Putra ke PICC (sehala). Mula-mula cadangnya dua hala untuk mendapatkan 20KM..tapi tengok guard dah tutup jalan menghala ke Masjid Putra, dan lampu pun dah ada yang digelapkan...so agak tak bersemanggat aku....So, maybe aku akan park kat tempat lain pas ni.

Sepanjang larian anda akan menikmati pandangan malam di Putrajaya yang sememangnya menarik. cuma kena hati-hati bila melintas jalan lah, sebab masa jam 9 - 10 malam ni kenderaan masih banyak. Untuk makluman jalan berhadapan dengan Perbadanan Putrajaya ditutup untuk mengadakan aktiviti malam seperti roller blade dan sebagainya...so korang takde lah bosan sangat sebab boleh melihat pelbagai aktiviti malam manusia di sini.

Di jembatan berhmpiran PICC pula korang akan melihat kelibat manusia, duduk di sepanjang jembatan tersebut...

So, target aku akan repeat balik sesi ni dengan target ke 15KM pula. kena lebih kuat mental dan fizikal...sebab kali akan mula rasa senggal-senggal bila menghampiri 8KM ke atas. so, tunggu lah report yang seterusnya...

akhir kata....#RunForYourLife

3R International Marathon

Assalammualaikum..


Alhamdulillah selesai dah satu lagi larian bagi tahun 2015 nih.. Ini first time larian kami di Putrajaya.. dekat dengan rumah senang nak pergi dan laluannya juga baik.. cuma penat sket sebab nak naik bukit di jambatan depan PICC tu.. kami masih lagi memilih untuk 5km aja..

my performance thru "Strava"..




Larian kali ni kami bawak haluan memasing.. en suami dah pecut dulu.. so rekod dia 29 minit utk 5km.. akak plak 48 minit untuk 5km jugak.. ok la tu kan sbb ade bukit.. hehehhe.. seawal 6.15 pagi kami dah keluar rumah.. flag off jam 7.00 pagi...jam 8.30 dah sampai ke rumah..

Boleh tersengih lagi akak ni bila sampai finish line

Event kali ni secara overall nampak ok cuma tak berapa sangat berbaloi dengan bayaran yang dibuat.. ramai gak orang complain dalam facebook.. kami redha ajelah sebab dah bayar.. org byk complain sebab takde goodies pack kat finisher line.. hehehe







Man United Supporters Peace Run Postponed

Assalammualaikum...


Ni ada makluman terbaru bagi kaki-kaki running.. semalam dapat info dari Group Perbadanan Putrajaya dalam Facebook berkenaan dengan tarikh larian Man United Supporters Peace Run yang sepatutnya diadakan pada 16 April 2015 ditunda pada 17 Oktober 2015.


Jauh tu ditunda... memandangkan tarikh baru tu kami tak available so tunggu ajelah diaorg refund balik duit... berdasarkan komen dalam FB ada gak diaorg bgtau yang "Jumlah penyertaan baru mencecah 1K.. kebetulan pula MU ni adalah kelab bola peminat PM jadinya dia nak join sama.. pengajur terpaksa tunda disebabkan nak dapatkan lg ramai penyertaan.." tak tau la betul ke idak statement tu... tah dari sumber mana pon tak sure..

So sape yang nak refund balik boleh hubungi no tersebut.. tp baru ni aku ade call pihak pengajur.. dia kata "Dalam masa terdekat ni diaorg akan email ke semua peserta yang dah buat payment sama ada nak teruskan or nak refund.. bila dah jawab email tu diaorg akan pulangkan duit mengikut prosedur yang sepatutnya." so tunggu ajelah email dari diaorg...

So bagi mereka yang belum mendaftar jom pakat ramai-ramai daftar sebelum quota habis... anda boleh klik di sini http://event.themarathonshop.com.my/putrajaya_2015_man_united_supporters_peace_run-list.aspx

Majulah sukan Untuk Negara


3R International Marathon, Collection Kit.

3R International Marathon akan diadakan di Putrajaya pada 19 April 2015.
Peserta diberi pilihan untuk ambil kits collection samaada pada hari ini, berhadapan dengan The Marathon Shop, Lot 10. Ataupun minggu depan di Putrajaya sendiri.
Sebab kami lama tak ke KL, so decide ambil seawal pagi jam 9 di Lot 10. Masuk je bangunan tu, gelap gelita hahaha. Tak buka lagi lampu keseluruhan. Organizer baru nak bersedia nak combine kan barangan kits. Carik baju sana, cari number bib sini. Just imagine, keadaan agak gelap....so mmg menarik lah. Hajah
Dipendekkan kan cerita, jenis baru sememangnya tanpa lengan (sama seperti yang diiklankan).  So tak boleh nak cakap banyak sangat pasal ni. Cuma, brand mmg kualiti ah NB. Cuma agak terkejut bila jenis baru diasingkan satu wanita dan satu lelaki. Oh!!!! Baru tahu, sebab menurut mereka cutting baju wanita lain sedikit. So, kalau sape yg nak jenis baju berlainan, memang x dpt lah sebab dia dah set ikut jantina. Just genius.
So, diringkaskan....agak menyesal gak sebab ke Lot 10 kerana parking mahal gilerrr...RM 10 per entry. Masyukkkk..
So, apa yang boleh diperkatakan pasal larian 3R ni ek? Layankan je lah.....RM60/pax.

E-Day @farsha_ina

Assalamualaikum..

Alhamdulillah selesai sudah Majlis merisik dan bertunang adik bongsu.. 


Majlis dibuat secara kecil-kecilan sahaja.. Keluarga serta jiran terdekat depan belakang dan kanan rumah... Jiran kiri belum ada lagi.. Hahaha




Selamat bertunang Ina & Mie..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...