Day Trip Bukit Tinggi, Pahang



Throwback citer lama yang mana kitaorg semua tak pernah pun jejak kaki ke Bukit Tinggi, Pahang.. yang lawaknya Bukit Tinggi, Indonesia aku penah sampai tapi di Malaysia tak sampai-sampai gak.. so kitaorg decide saje nak terjah best sangat ke idak.. tengok orang ambik gambar macam cantik aje tempat tu.. konon-konon nak bermalam tapi tak jadi sebab dekat aje boleh balik hari...

Kebetulan Mak, Abah dan adik aku datang dari Melaka so kitaorg plan nak ke sana.. Bermula konvoi dua kereta menuju ke gombak.. siap bawak sweater lagi kalau-kalau sejuk ke..

Perjalanan lancar takda jem.. sampai pintu gerbang kene bayar pulak tiket masuk.. ingat masuk percuma aje.. hahahha so bayar ajelah Dewasa RM13.00, Kanak-kanak RM8.00.. hampeh betul...


Bila dah masuk parking terus berjalan menuju ke jambatan.. orang boleh tahan gak ramai.. cuaca panas pulak ingat sejuk macam genting.. hehehe



Memang cantik bangunan yang ada disitu macam jalan-jalan kat oversea pulak.. Kawasannya takda la besar sangat hanya jalan dekat-dekat kawasan tu aja.. restoran toksah cakap la memang penuh dengan orang...







So kami lepak-lepak bergambar aje... agak dah boring kami pon keluar dari kawasan tu... konon nak pi Japanese Village tapi tak jadi sebab kami decide nak pegi ke Genting Premium Outlet..




Sebelum naik ke atas kami singgah makan di kedai mamak kat bawah.. perut dah kenyang baru lah sedap nak pusing-pusing outlet nanti...

Sampai di GPO fuh nampak dah kabus.. sojuk weh.. masa tu pon dah nak pukul 4 petang... orang memang ramai gak la...







Kami pon bukan nak shopping pon saje je jalan-jalan tempat baru... sama aje rupanya dengan JPO.. tapi best la shopping sini sebab sejuk.. hahahhaha.. dah puas pusing kami gerak balik ke Putrajaya..


Family Day MOF 2016


Sepanjang bekerja di bawah MOF hampir 16 tahun ni tak pernah pulak join family day yang dianjurkan tiap-tiap tahun.. sebelum ni buat di Kelab Tasik Cyberjaya .. agak malas jugak la nak join kalau panas-panas tu...

Untuk tahun 2016 ni pulak diaorg buat kat Dewan A MAEPS.. wow dalam dewan.. sejuk.. tak panas.. apa lagi join la... tambah plak masa tu mmg musim panas bahang bukan main lagi... nak gak merasa mcm mana family day kementerian...

Jom kita throwback gambar-gambar semasa Family Day MOF 2016..

No Cabutan tak ada ong.. hehehe

Dewan yang luas dan selesa... 

Sampai kene daftar dulu mengikut jabatan masing-masing

Dapat goodies beg

Peraduan Teka Kacang

Makan pagi buffet nasi lemak dan kuih muih


Makan tengahari nasi tomato tapau ikut pax family dan satu pack KFC utk 1 staff sahaja.

Acara sukaneka...

Perasmian oleh KSP

Banyak game untuk anak-anak



Mini Zoo pon ada..
 










Snow Walk @ I City, Shah Alam


Jom kita bersiaran kembali... actually entry yang akan di post ni semuanya entry yang tertunggak.. dah setahun dok senyap sunyi sepi konon-konon bz.. jadinya update ajelah ape yang ada ye.. hehehe

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Takde plan pon nak pi Snow Walk kat I City ni.. tujuan asal pegi GM Klang nak beli cadar patchwork.. lepas selesai shopping apa yang patut kami singgah di I City nih.. memang tak penah sampai pon.. banyak kali gak plan nak gi belah malam asyik tak kesampaian aje..

Bila dah sampai belah siang apa yang ada pon.. bukan menyala pon lampu-lampu.. hari panas pulak tu apa lagi jom la masuk Snow Walk boleh gak sejukkan badan...


Tiket masuk ke Snow Walk memang tak ingat dah.. hehehe.. kalau boleh rujuk kat website I City.. baju sejuk disediakan.. kasut rasanya ada ke tak ek lupa pulak.. hehehhe




Overall, pada kami Snow Walk ni biasa-biasa aja.. sesuai untuk merasa kesejukan ala-ala berada di oversea pada musim winter cuma takde salji utk dikepal-kepal aje.. hahahhaa..







Cantik jugak belah dalam sebab ada lampu-lampu... gelongsor pon ada.. ini kira gelongsor yang biasa-biasa.. yang gelongsor tinggi pon ada tapi tak berani nak main..












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...