Keberangkatan kami semua dari KLIA ditemani oleh En. Abu Anuar dan seisi keluarga. Terima kasih kepada mereka kerana sudi meluangkan masa untuk turut berada bersama kami pada ketika itu.
Sekitar jam 11 pagi, kami sudah dibenarkan oleh pihak Andalusia untuk membuat drop luggage di Kaunter Group Check-in "K". Seterusnya petugas-petugas mengambil beg-beg yang akan di dropkan dan turut memberikan beg yang berisi sedikit makanan & juga surah yassin di dalamnya. Selain itu, tag individu yang tertera nama, maklumat flight, alamat hotel, contact person, nombor bas turut disertakan.
Juga kelihatan banyak penumpang sekapal yang turut menunggu di zon berdekatan. Sambil menunggu kaunter check in dibuka, bersembang-sembanglah dulu.
Tepat jam 12.30pm, satu taklimat diadakan oleh Petugas Andalusia. Maklumat bagaimana urusan daftar masuk ke pesawat dilakukan. ianya diakhiri dengan bacaan doa.
Passport diberikan kepada semua keluarga yang terlibat dan perlu diserahkan kembaki kepada pihak Andalusia sebaik tiba di Madinah nanti. Ini bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang timbul nanti di sana. Pihak Andalusia ada memaklumkan bahawa seat telah diaturkan mengikut keluarga, namun bagi penerbangan dari Mekah ke KLIA ianya tidak dapat diaturkan kerana pihak airline menetapkan turutan tempat duduk adalah mengikut abjad. haa???? Aku mula pelik...
Selepas itu, kami terus ke zon C3 dengan menaiki train. memang adventure... macam LRT jugak rasanya... cuma sedikit sahaja seat tempat duduk.
Tong pos pon ada di sana...
Surau ada disediakan di belah atas hujung, tetapi agak kecil sedikit. adalah lebih baik rasanya, kalau bersolat di kawasan luar sebelum zon ini. Okey Noted!
Jeng Jeng Jeng!!! kapal terbang dah kelihatan. Tapi sebelum dapat menaiki kapal terbang Saudia Airlines kena melalui sekali lagi pemeriksaan keselamatan. tali pinggang sekali lagi perlu ditanggalkan... aduh!! ikutkan je lah SOP ni... hehehe
Keadaan seat kapal terbang dengab formasi 3-4-3 amat selesa.. hahah dah macam main bola. kami dapat seat tengah yang berempat... cantek!!
Antara barangan yang kami dapat dalam kapal terbang ni;
Penutup mata, tisu dan berus gigi.
Selimut.
kit bagi kanak-kanak yang mengandungi penutup mata dengan gambar kartun, ubat & berus gigi, pensil box, game card, stokin....macam2
Headphone utk dengan audio.
Updated : Baru je lepas menjamah juadah makan tengah hari/ minum petang. lokasi sekarang ini adalah seperti berikut :-
Ini adalah menu makanan kami sebentar tadi;
Aku pilih Spegeti Kambing
Ain pilih nasi bryani + Ikan
Ibu pula, Nasi ayam (aku rasa mcm masi minyak jek)
Lepas je makan, Ain sambung main gami di monitor belakang seat. Manakala aku sambung draf posting blog dan pas ni sambung baca buku "umrah". Si Ibu?? membuta... hahaha
Updated : Jam 5.00pm waktu Madinah. kami baru sahaja selesai menjamu selera makan malam. Ada 3 menu yang ditawarkan. Satey daging (2 cucuk, satu lembu, dan satu ayan). Pasta (aku rasa marcaroni) dan nasi ayam.
Toilet fully occupied... hahah sojuk derrrr.... 8 jam perjalanan plus minus. oh ye, Jap lagi flight ini akan stop di Riyad untuk turun dan ambil penumpang. Petugas Andalusia tadi kata mungkin ambil masa dalam sejam gak. Kami diperingatkan agar tidak turun. maybe takut-takut tertinggal kapal terbang kot...
- Posted using BlogPress from my iPhone