Bot berhias di Floraria Putrajaya 2013

Beberapa gambar semasa di Floria Putrajaya 2013 semalam. Memandangkan kenderaan banyak dan masalah parkir, maka kami berhenti berhampiran dengan masjid besi sahaja untuk melihat bot-bot berhias mengikut tema negeri masing-masing. Maaf, gambar gelap... Nampaknya i5 masih gagal, erkk..... i5S kot? Heheh




























PERINGATAN ALLAH MELALUI FENOMENA JEREBU


Diambil dari Teks Khutbah (JAKIM) Semasa Solat Istisqa' di Masjid-masjis sekitar Wilayah, Selepas Solat Zohor Pada 25 Jun 2013.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------




Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
PERINGATAN ALLAH MELALUI FENOMENA JEREBU
(25 JUN 2013 /16 SYAABAN 1434H)

Maksudnya: “Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada-Nya, supaya Ia menghantarkan hujan yang lebat kepadamu serta menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu yang sedia ada; dan janganlah kamu berpaling kepada orang yang berbuat dosa.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan dengan diri saya dan juga para jemaah sekalian agar kita benar-benar bertakwa kepada Allah SWT dengan menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga dengan itu kehidupan kita senantiasa di bawah lindungan Allah SWT.
Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah,
Pada hari ini kita diperlihatkan dengan kuasa Allah SWT yang Maha Agung iaitu kejadian jerebu. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera pada kepekatan yang tinggi sehingga menjejaskan kualiti udara. Begitulah kehebatan kekuasaan Allah SWT yang mampu mengubah segalanya pada bila-bila masa yang tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat Qada’ dan Qadar Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam surah Yasin ayat 82:

Maksudnya: “Sesungguhnya kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada benda itu: Jadilah engkau! Maka jadilah ia.”.

Oleh itu jika berlaku kejadian jerebu, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi ianya berlaku atas sifat wajib bagi Allah SWT iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini.
Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah,
Setiap perubahan yang berlaku terhadap cakerawala mengandungi hikmah yang tersendiri. Begitu juga perubahan yang berlaku kepada fenomena cuaca, sudah pastinya mengandungi hikmat yang tertentu, antaranya memberi peringatan kepada hamba-Nya agar  tidak melampaui batas dan sentiasa bermuhasabah. Jika kita lihat di dalam al-Quran, banyak menceritakan fenomena alam yang berlaku. Antaranya peristiwa banjir besar, kemarau yang berpanjangan, gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya. Benar, semua fenomena alam ini menceritakan tentang kekuasaan Allah SWT dan mengajak umat-Nya untuk berfikir dan merenung tentang hubungan antara seorang hamba dengan tuhannya dan hubungan antara seorang manusia dengan alam tabii. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil peringatan dan kembali melakukan muhasabah diri di atas tindakan dan perbuatan kita selama ini. Firman Allah SWT di dalam surah al-Ankabut ayat 40:

 Maksudnya: “Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Sesungguhnya fenomena jerebu merupakan peringatan Allah SWT untuk seluruh manusia agar patuh dan setia di atas perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya dan akan berlaku sepanjang zaman sebagai amaran Allah SWT di atas segala ketelanjuran yang dilakukan oleh hamba-Nya.
Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah,
Kita dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika berlaku jerebu untuk melakukan solat istisqa’, kita juga diwajarkan berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman serta dianjurkan beramal soleh seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Daripada ‘Aishah RA berkata: Orang-orang mengeluh kepada Rasulullah SAW kerana lambatnya hujan. Baginda lalu memerintahkan agar disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan di tanah yang lapang (untuk dikerjakan solat secara berjemaah) dan ditetapkan kepada orang-orang itu supaya keluar bersama-sama (untuk melaksanakan solat) pada hari yang ditentukan.

Mengakhiri khutbah, mimbar mengharapkan kejadian fenomena jerebu ini akan menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Marilah sama sama kita berdoa kepada Allah SWT semoga jerebu yang berlaku ketika ini tidak mengakibatkan berlakunya malapetaka alam seperti perubahan angin dan kemarau berpanjangan  yang akan memungkinkan kesan kepada alam sekitar dan memberi kesan kepada perubahan tabii alam, tumbuh-tumbuhan serta kehidupan di dunia. Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita berdoa agar pencemaran udara akibat jerebu yang sedang melanda akan semakin pulih dan seluruh rakyat di negara kita terpelihara dari wabak penyakit akibat kesan sampingan darinya. Sesungguhnya kuasa Allah SWT mengatasi segalanya.
(KHUTBAH KEDUA)

Maksud: Dan di antara tanda-tanda-Nya, bahawa Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan; dan untuk merasakan kamu dari rahmat-Nya, dan supaya kapal belayar laju dengan perintah-Nya, dan juga supaya kamu dapat menuntut kurnia-Nya; dan supaya kamu bersyukur”.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan dengan diri saya dan juga sekalian yang hadir supaya kita benar-benar bertakwa kepada Allah SWT dan menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhi akan segala larangan-Nya. Semoga dengan itu hidup kita di bawah lindungan Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam al-Quran ayat 46 surah ar-Rum bahawa disediakan kepada umat manusia di bumi Allah ini akan cuaca yang cukup selesa, aliran angin yang membawa berita dengan limpahan rezeki, kapal-kapal dengan muatan barang dagangan bergerak merentasi lautan menyuburkan lagi rezeki kurniaan Allah SWT untuk dinikmati bersama. Semoga dengan pelbagai habuan yang diperolehi itu, melahirkan rasa syukur kita kehadrat Allah SWT.
Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Pada hari ini kita berhimpun dan berkumpul dengan penuh harapan agar doa, rayuan dan taubat kita dimakbulkan oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT memulihkan cuaca yang kita saksikan sekarang ini, supaya kita terus sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah hendaknya. Berdoalah wahai jemaah sekalian, semoga selepas perhimpunan ini bermulanya aliran angin yang membawa hujan dan aliran air yang mencukupi keperluan, cuaca dan peralihan musim yang lebih baik untuk dinikmati bersama. Firman Allah SWT dalam surah Saad ayat 36:

Maksudnya: Maka Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya.


Mafhumnya: “Ya Allah ampunkanlah sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia”.


Dia datang...

Yeahhh barang yang dinanti selama 7 minggu sudah mali... jap lagi nak pi ambik.. nak tau ape dia.. tungggguuuuuuuu....kendian update balik...

*Mood happy*

Taraaa ni dia set tefal bistro.. hahaha konon baru nak cuba2 guna tefal..


Aku kirim dari member yg dok kat UK.. itupun dia offer kalau ikut aku periuk biasa pun ok aje..

Bukan tefal aje ada macam2 lagi item kalau nak kirim dia belikan.. lawat aje facebook dia RBH ONLINE..


Dapat aje balik terus guna tuh.. ish ish tak menyabau si alin nih... masak ala kadar aje.. malam2 takleh makan berat2.. hehehe


Aku penah tanye sales girl tefal kat langkawi.. dia kata yg jenis bistro ke essential ke tu yg lama.. dah outdated.. hehe takpelah janji leh masak..


Lepas ni leh masak dengan penuh bersemangat la.. hehehe...

Lamb chop & chicken drumettes 'Jerebu'

Menu makan makan sempena cuaca jerebu, lamb Chop dan chicken drumettes 'jerebu' specially made by B.


Lamb Chop ni dibeli kat opis melalui pembekal yang dikenali. Memang sedap rasanya. 


chicken drumettes ni lak dibeli di Mydin Melaka. Hehe

Yang ni pulak edisi makan malam Si kecil "Ain"



Selamat menjamu selera...

Jerebu di Putrajaya dari Taman Rimba Alam


Diambil pada pagi ini sekitar jam 7.30 pagi. Bacaan IPU di sini semalam adalah 93. Sederhana tetapi menghampiri 100 iaitu "tidak sihat").


cam mana nak tengok pesta bunga, Floria ini?..hehe

Teduhan Kasih

Eeemmm rasanya cerita nih tengah hits sekarang nih.. Slot Akasia di TV3 jam 7 Malam.. aku pun tidak ketinggalan mengikutinya.. dengan gelagat si Ayu dan Along tu makin membara-bara aje hati aku nih..


Drama bersiri yang dipetik dari novel "Teduhan Kasih" ternyata telah mendapat tempat di hati penonton.. tak sangka plak kaum lelaki pun layan dan turut sama memberi komen di Facebook..


Pelakon Sheery Ibrahim yang memegang watak Effa ternyata dapat menarik perhatian penonton walaupun jarang dilihat memegang watak utama dalam drama mahupun filem..


Drama ini juga boleh memberi pengajaran kepada orang ramai.. semoga kita semua dijauhkan dari perangai-perangai buruk sebegini.. hehehhee..

Save The Date

Assalamualaikum...

Yes 2014 Registration is coming.. kenalah spend duit for new registration nih... untuk si kecik belajar takpelah.. rancangan dulu kononya dah masuk Tadika Alif Ceria 4 & 5 Tahun dah pandai baca then umur 6 tahun nak masukan Ain ke Pra Sekolah kerajaan aje.. tapi rasanya tak jadi kot.. takut plak momentum pembelajaran dia drop.. so teruskan jugaklah dekat Alif Ceria nih.. tambah plak pembelajaranya semakin bertambah baik.. tak sabar plak nak tengok dia pandai baca jawi on 6 year.. kalah ibu & ayah dulu...


Now she can read on Malay & English.. syukur sangat.. thank you so much untuk semua teachers di Alif Ceria... Apa yang owner's tadika bagitau sebelum nih dah membuahkan hasil.. Alhamdulillah.. so tak sabar nak tunggu 1st July untuk register for 6 Year plak..

She will become a Senior Student


the best gift for father's day....she won the reading competition


okay.. so, here is how's the reading competition go...

3 categories, 30 participants, and 3 judges
with her best buddy, Aishah
get ready kids...
the first reading contestant





Singing Performances
arabic
Ain won the #1 reading competition - english language.
Below are some clips to watch :



   
   
   
 

Hajat menikmati cheesecake terlaksana sudah....


Sudah seminggu lidah terasa nak menjamah cheesecake. Apa ke hal nye Yeop!!!

Okeh. Dipendekkan cerita Sayang saya pon meng-offer-kan diri untuk membuat sendiri cheesecake. Wow!!! Ini dah baik!!! Homemade.... Khamis lepas, dia pun menyediakan barangan yang diperlukan.

Melalui website yang digoogle, berikut adalah cara untuk menyediakan oreo cheesecake :

30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan. (aku cairkan guna mikrowave selama 10 saat)

Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - aku ganti dgn yogurt asli
2 biji telor - buang tali pusatnya
1 cawan oreo yang dicincang halus

Berikut pula adalah gambar peringkat penyediaannya:






Sedikit bantuan dari junior chef 😀




End produknya adalah seperti ini :


Thanks sayang.... 












Ain's reading competition.


About weeks ago, her teachers remind us about this competition. It's an inter-centre competition which is held yearly. 



The main objective is to shows the progress of these kids. They'll be doing their spelling in different languages such as Bahasa, English and Arabic.

This year, it is at Bilik Seberguna, Kompleks Kejiranan Presint 8. As we've arrived at 8.30am, they already people waiting in that room. Although, the competition will start at 9.00am 😊 


We wish Ain all the best. We are confidence that she'll do her best. ✌❤😊

here how's the competition goes...... <click here>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...