Hari ni merupakan hari last kami berjimba-jimba di tanah Saigon nih.. dan seawal pagi minah dah bagitau kami untuk siap-siap berkemas untuk check out dan akan check in ke hotel yang dekat dengan airport bagi mengelakkan jem memandangkan flight kiteorg esok awal pagi..
Agenda hari ni adalah shopping time tapi sebelum shopping kiteorg terjah ke museum refinication.. kira macam ala-ala white house la.. sebab skang ni kerajaan Vietnam dah pindah ke Hanoi jadi tempat tu dijadikan museum.. di situ terdapat bilik mesyuarat, bilik makan, bilik tido, bilik sembunyi, bilik peta dan macam-macam lagi la..
Selesai sesi lawatan kami di bawa ke Ben than market.. memang banyak kedai jual barangan Vietnam di sini tapi kami di bawa ke kedai yang minah boleh dapatkan harga borong.. sakan gak kitaorg memborong hand beg Vietnam.. memandnagkan masa agak terhad maka tak semua kedai yang kami singgah.. kemudian terus ke masjid untuk solat dan makan tengahari di belakang masjid..
Perjalanan diteruskan ke Minh Collection.. dapat jugak sehelai baju manik untuk mak tersayang.. selesai menerai dan menyoping baju, minah bawa pula ke kedai kain borong kat mana tah.. memang banyak gile kain pasang untuk diborong sampai rambang mata.. kain cotton aje kain lecra ade.. tapi aku tak beli pun tak tau nak jahit baju ape…jelajah dari satu kedai ke satu kedai sampai dah nak tutup kedai..
Kemudian minah bawa pula ke kampong halaman dia.. konon-konon nak ke rumah kak Rokiah yang kiteorg jumpa kat pasar malam Ben Than tu.. rupanya sepupu minah.. ingat nak borong baju manik di situ tapi hampa satu pun takde.. cis ape la kak rokiah ni kata suh datang umah banyak koleksi ada tapi hampeh.. sib baik dapat rembat telekung ngan mak minah.. em jangan tak caya kalau tengok kawasan rumah di sebalik lorong yang padat sekali ada TV PLASMA gitu.. family minah business bukak cybercafe lagi.. caya la..(sedap jugak popia telur mak minah)..
Then minah bawa kiteorg gi dinner kat restoren hari pertama kiteorg sampai itupun request dari kiteorg sebab nak pekena ayam goreng sos ikan dan teh bunga matahari.. kali ke dua makan tak berapa menyelerakan mungkin dah kepenatan.. tapi aku balun aje.. hahahha
Kemudian terus ke hotel baru untuk check in.. selepas check in minah bawak jalan ke pasar malam yang dekat ngan hotel tu kira jalan kaki la.. boleh di katakana setiap malam dan setiap tempat ade aje pasar malam.. agaknya la kot.. hehhe dah penat sakan jalan balik hotel berkemas dan tido.. esok dah nak balik.. uuwwaa tak cukup shopping lagi nih…