Bagaimana hendak mengetahui bahawa anda dalam mode Ketosis?

Ketosis? apa benda tu?


malas nak ulas dalam term terlalu bersifat sains bombastik, 'Ketosis' diibaratkan mode lemak sediaada dalam badan digunakan akibat ketiadaan karbohidrat & gula dalam badan. kesannya, penurunan badan yang signifikan akan berlaku, sekalipun anda kurang melakukan aktiviti senaman fizikal.



bagi mencapai mode ketosis, individu perlu menghadkan jumlah pengambilan karbohidrat kepada 20g sehari (fasa induksi atau induction). fasa ini boleh diteruskan (minima 2 minggu) sehingga individu tersebut mencapai berat ideal yang dikehendakinya. paling terbaik, rujuk BMI anda. Diet yang diamalkan ini dikenali sebagai 'Low Carb, High Protein' atau ada juga yang memanggilnya Diet Protien. bila menyebut Low Carb ini, umum akan pasti mengaitkan dengan Diet Atkins. ini diambil sempena nama pengasasnya Dr. Robert Atkins.



Disamping kejayaan beliau menghasilkan keberkesanan diet Atkins, beliau menghembuskan nafasnya secara penyakit jantung. tapi bukan, itu yang kita hendak cerita. out of topic. haha



Sebelum memulakan diet Atkins, anda haruslah komited dan sanggup tidak mengambil Karbohidrat (Carb) dalam tempoh mungkin sekitar 2 bulan? hahah ada beran? paling elok, mulakan pre-diet dengan menghindari nasi (carb) beberapa hari sebelum memasuki fasa induksi (makan minimum 20g carb/sehari). Bagi aku, semasa masa pre-induksi sahaja berat badan (seperti gambar di atas adalah 82kg atau 83kg) INGAT!! fasa induksi ini adalah selama 2 minggu paling kurang. Ini bagi memastikan badan anda memasuki mode 'Kerosis' iaitu pembakaran lemak dalam badan berlaku dan dibuang dari badan. Seperkara lagi, anda harus mengambil air masak dalam kuantiti yang banyak, iaitu 1 liter untuk setiap berat badan 25kg. Secara puratanya, anda perlu meminum 4 liter sehari hahaha.



setelah hampir 3 minggu mengamalkam diet aktins ini, berat badan dah statik ke 75kg. okeylah tuuu.... sebab semenjak masuk raya hari tu, berat badan terhenti pada 85kg. Puasa pun tak kurus-kurus. agaknya intake lagi lagi banyak kot hehehe. So, ringkasnya, aku dah turun sebanyak 10kg dalam tempoh tadi. Bravo!!! bravo!!!

Rujuk kepada kiraan BMI Culculator. Nampak 75kg ni adalah berat yang ideal. 👍




Okey, last sekali baru kita cerita bagaimana hendak mengetahui badan anda benar-benar dalam mode ketosis, iaitu pengambilan carbs yg benar2 minima dan lemak badan dibakar sebagai sumber tenaga? Anda perlulah membeli Alat ini:



Ia mengesan katone dalam badan melalui urine.



Ermmm.... agak high level katone level aku ni. Mmg high level ketosis aku ni...hahaha. seelok-eloknya adalah pada paras nombor dua dari kanan tu.

aku pun tak bercadang nak stay lama dalam mode katosis fasa Induction ni lebih lama. sebab? ada pendapat yang menyatakan Katone ni dalah toksik dan tidak boleh lama berada dalam badan. seperti kata Abang Kevin ler. oleh itu, buah pinggang perlu bekerja keras dengan memproses bahan buangan. agak tidak baik untul buah pinggang katanya.

Minggu depan, aku akan memasuki fasa 2 diet atkins, iaitu boleh meningkatkan pengambilan carbs dalam kuantiti 20-40gram sehari.

untuk maklumat lanjut megenai Diet atkins, bolehlah google web atau ke FB : Kelab Diet Atkins Malaysia.

Perhatian!!!

Ini adalah pemahaman aku sendiri hasil ujikaji selema beberapa minggu. Kesan & Reaksi mungkin berbeza mengikut individu. Sebaiknya, dapatkan nasihat pakar seperti doktor sebelum memulakan sesuatu diet atau ubat-ubatan. SekianG


- Posted using BlogPress from my iPhone 

AirAsia Free Seats

Assalamualaikum...

Lai lai lai.. mali mali... jom beli tiket murah.. hehehe.. bila tiap kali AirAsia buat 'Free Seats' nih mula la akak menggelabah dok pikir mana nak pi.. rasa tak tentu arah plak... hehehe.. sanggup akak tunggu kol 12 pagi nak book...


Alhamdulillah sempat gak akak grab somewhere untuk tahun depan.. Insyallah....korang jangan risau masih ade lagi seat kosong..

Memang la kadang-kadang kita takboleh nak tau tarikh kita pilih tu ok ke tak tapi Insyallah kita ada banyak masa untuk plan dan yang penting kumpul duit.. hehehe... Pilihan ditangan memasing.. tepuk dada tanya selera...




Menu Diet Atkins Part 5

Assalamualaikum..

Menu seterusnya..hahahha dah takde modal nak tulis dah...


BREAKFAST


Telur Dadar Sardin

Bahan-bahannya :

2 biji telur
1 tin sardin kecil
Bawang merah
1 biji limau kasturi
Sayur yang ade
Mayonis kewpee
Garam

Caranya :

1. Basuhkan ikan sardin dengan air. Dadukan bawang merah dan lenyek bersama sardin.
2. Sangaikan ikan sardin bersama bawang tadi. Perahkan limau kasturi untuk hilangkan bau hanyir.
3. Kocakkan telur. Campurkan dengan garam dan sardin yang telah disangai.
4. Masak bahan yang telah disatukan dalam pan.
5. Hiaskan dengan sayur dan mayonis.



LUNCH


Ikan Kembung Masak Asam

Bahan-bahannya :

2 keping ikan kembung sederhana besar
3 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai
Serbuk kunyit
1/2 biji tomato
Asam jawa
Garam
Minyak olive oil
Air

Caranya :

1. Racik bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dicincang.
2. Masukkan air asam jawa, serai dan serbuk kunyit. Tambah air untuk lebihkan kuah.
3. Bila dah mendidih masukkan ikan kembung dan tomato. Tambah sedikit garam.



DINNER


Ayam Grill Cordon Blue

Bahan-bahannya :

1 keping ayam chicken chop
Lada hitam
Lada sulah
Garam
1 keping cheese
Sayur bayam
Mayonis kewpee

Caranya :

1. Perapkan ayam dengan lada hitam, lada sulah dan garam.
2. Panggangkan ayam di atas pan sehingga masak.
3. Bila dah masak potong ayam ditengah jangan sampai terputus.


4. Masukkan cheese sebagai inti di tengah-tengah isi ayam tersebut.


5. Panggang balik supaya cheese menjadi cair.
6. Celur sayur bayam dengan air panas. Racik dan gaul dengan mayonis.




Menu Diet Atkins Part 4

Assalamualaikum

Mari kita sambung kembali menu yang seterusnya...

BREAKFAST



Tuna Roll

Bahan-bahannya :

2 biji telor
1 tin tuna in water
Cili padi
Bawang merah
Timun

Caranya :

1. Kocakkan telor dan masak seperti telor dadar.
2. Lenyekkan tuna bersama dengan bawang merah dan cili padi.
3. Sangaikan bahan yang telah dilenyek tadi.
4. Letakkan tuna di atas telur tadi dan gulungkan. Hiaskan dengan timun.


LUNCH


Ikan Siakap Stim Limau

Bahan-bahannya :

1 ekor ikan siakap
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Serai*
Cili padi*
Perahan jus limau
Garam

Caranya :

1. Racik bahan yang bertanda *.
2. Letak ikan siakap yang telah dibasuh ke dalam kuali atau pemanggang ajaib.
3. Masukkan bahan yang telah diracik bersama air. Ikut nak banyak mana kuah.
4. Masukkan garam dan perahan jus limau.
5. Tutupkan kuali dengan tudungnya dan tunggu hingga ikan masak.


DINNER


Burger Daging Patties

Bahan-bahannya :

1 keping burger daging First Pride Cabo 0g
Tomato
Salad
Mayonis Kewpee

Caranya :

1. Panggang daging burger di atas pan.
2. Hiaskan dengan salad dan tomato.
3. Makan bersama mayonis.



Hari Berkabung Negara

Assalamualaikum..

Al-fatihah... semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...



Menu Diet Atkins Part 3

Assalamualaikum..

Hahaha terbanyak plak entry pasal menu untuk Arkiners nih.. hehehe.. Actually akak tengah cuba-cuba untuk menguna pakai diet ni.. review yang dibuat memang ternyata berat badan cepat turun tapi memang kene berpantang la..

Kalau kita follow rules yang ditetapkan dengan betul Insyallah... ok ni akak nak sambung balik menu yang seterusnya...

BREAKFAST


Telur Inti Sardin

Bahan-bahannya :

2 biji telor
1 tin sardin kecil
Bawang
Garam
Minyak olive oil

Caranya :

1. Buang tulang ikan sardin. Lenyekkan dan gaul dgn bawang.
2. Tumis sardin dengan minyak yg sedikit dan masukkan garam.
3. Pecahkan telur dan masak macam telur dadar nipis. Buat dalam 2-3 lapisan.
4. Lapiskan dengan inti sardin tadi.



LUNCH


Salmon Panggang

Bahan-bahannya :

1 keping ikan salmon
Brocoli
Tomato
Lobak Merah
1 biji telor
Garam
Minyak olive oil
Mayonis Kewpee

Caranya :

1. Panaskan minyak dan panggang ikan salmon di atas pan sehingga garing.
2. Rebus brocoli dan lobak merah separuh mentah.
3. Buat telor dadar dan potong seperti kentang goreng.
4. Hiaskan dengan sayuran dan makan bersama dengan mayonis.


DINNER



Sup Daging

Bahan-bahannya :

Daging
Kobis Bunga
Batang saderi
Tomato
2 bawang merah*
2 bawang Putih*
1/2 halia*
2 batang Serai
Rempah sup
Sedikit Jus limau kasturi
Minyak olive oil

Caranya :

1. Basuh daging dan rebus bersama dengan 2 batang serai.
2. Mayangkan bahan * dan tumis dengan minyak.
3. Bila daging dah empuk, masukkan bahan tumis bersama dengan sedikit rempah sup dan kobis bunga.
4. Masukkan garam, tomato, batang saderi dan sedikit perahan limau kasturi.





Menu Diet Atkins Part 2

Assalamualaikum...

Ok ni plak menu lain yang sesuai bagi Atkiners...


BREAKFAST


Pai Telor

Bahan-bahan :

2 biji telor
Daging cincang
Keju Mozarella
Cili padi*
Bawang*
Tomato*
Lada sulah
Garam

Caranya :

1. Potong secara dadu bahan yang bertanda *.
2. Campurkan kesemua bahan tersebut.
3. Curahkan bahan ke dalam mangkuk aluminium foil atau dulang cupcake.
4. Bakar dalam oven atau pemanggang ajaib.

LUNCH


Ikan Dori Panggang

Bahan-bahannya :

Ikan Dori
Brokoli
Tomato
Lobak merah
Lada hitam
Garam

Caranya :

1. Ikan dilumur dengan garam dan lada hitam.
2. Panggangkan ikan dalam pemanggang ajaib bersama dengan sayuran.

DINNER


Daging Bakar

Bahan-bahannya :

Daging
Lada hitam
Lada sulah
Bawang
Garam
Salad

Caranya :

1. Potong daging nipis dan perapkan dengan lada hitam, lada sulah dan garam.
2. Panggang daging di atas pan sehingga agak garing.
3. Kemudian masukkan bawang.
4. Makan bersama salad dan sos Nandos hot pero-peri.


Menu Diet Atkins Part 1

Assalamualaikum...

Kita masih lagi dalam mood Hari Raya... masuk aje hujung minggu banyak rumah yang akan buat open house.. kita pon sakan pergi menghadiri jemputan daripada kawan-kawan dan sedara mara.. pelbagai juadah yang kita makan... memang sedapkan... ade orang yang makan banyak tapi maintain aje badan.. yang senang naik berat badan tu siap la hehehhe...

Ni ade sikit menu yang nak akak kongsikan kalau-kalau ada yang nak turunkan sikit berat tu selepas sakan makan di Hari Raya yang mulia ini.. hahhahaha

Bahan-bahan yang digunakan adalah kurang karbohidrat bersesuaian bagi mereka yang mengikuti Diet Atkins.


BREAKFAST


Telur Dadar

Bahan-bahan :

2 biji telor
Sedikit bawang
4 hiris cili merah
Sejemput daging cincang
Secubit garam dan lada sulah

Caranya :

1. Campurkan semua bahan yang disenaraikan.
2. Masak diatas pan tanpa minyak. Kalau nak letak sedikit minyak pon boleh. Guna olive oil.

LUNCH



Makanan ni aku dah buat siap-siap utk 3 hari waktu bekerja. Pack kan dalam bekas kecik yang orang selalu jual kek coklat moist RM5 tu.. Pastu simpan dalam peti ais. Pagi panaskan dan bawak ke pejabat.

Daging Rempah Sayur

Bahan-bahan :

Daging potong kecil
Sedikit brokoli
Sedikit cili banggala merah
Jintan manis*
Jintan putih*
Ketumbar*
Bawang merah*
Bawang putih*
Serai*
Halia*
Garam
Sedikit minyak olive oil

Caranya :

1. Kisar semua bahan yang bertanda *.
2. Gaul bahan yang dikisar pada daging yang telah dipotong kecil bersama sedikit garam.
3. Perap semalaman untuk daging mesra dengan rempah.
4. Panaskan minyak. Kemudian masukkan daging untuk digoreng.
5. Bila daging dah kering bersama rempah masukkan sayuran.



DINNER


Ayam Panggang

Bahan-bahan :

Seketul ayam
Salad
Sebelah tomato
Serbuk lada hitam
Sedikit garam

Caranya :

1. Perapkan ayam dengan serbuk lada hitam dan garam.
2. Panggang di atas pemanggang ajaib.
3. Hiaskan dengan salad dan tomato.
4. Boleh cicah bersama Tobesco atau Nandos hot peri-peri.


Ape itu Diet Atkins ?

Assalamualaikum..

Ni akak nak tempek maklumat berkaitan dengan Diet Atkins. Info ni akak ambik daripada laman DISINI supaya mudah untuk mereka yang baru nak berdiet. Sebelum mulakan Diet Atkins ni sila mantopkan ilmu didada dulu yer... takut nanti lain pulak yang jadinya.. heheheh

Tepuk dada tanye hati.. sanggup ke tak sanggup berkorban.. jangan biarkan nafsu mempengaruhi kita.. Insyallah akan berjaya.. hehehehe

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.

Melalui ?low-fat? diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
Makanan Yang ?Diharamkan? Selama 2 Minggu Induction
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.
Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.
Contoh Menu
Pagi: 
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja. 
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja. 
- 0.5 karbohidrat
Tengahari: 
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) 
- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula). 
- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat 
0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi

Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.) 
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing
Snacks: 
1.) 1 keping Cheddar cheese 
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman: 
1.) Air biasa 
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.
Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet
Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.
Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.
Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.
Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.
Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.
Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain. 
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food 
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja. 
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.
Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula 
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.
Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

Disunting Daripada www.atkins.com

Satu Hari Di Hari Raya

Assalamualaikum...

Bersambung lagi cerita raya...

Pagi tu dapat tidur dalam 3 jam aje.. bangun pagi mandi sunat syawal solat subuh then sambung masak kuah lodeh dan sambal udang.. yang nak pi solat makan ala kadar dulu untuk alas perut...kol 8 pagi gerak pi solat raya.. budget tak ramai orang sekali tu diaaa dah macam kat Masjidil Haram plak.. penuh dengan orang Arab, Indonesia dan Bangladesh.. hehehe meriah sungguh...







Balik dari solat mula la sesi bermaafan macam biasa tiap-tiap tahun.... kali ni Ain pandai atur strategi.. dia tak nak melalak bila tgk org nangis so dia yg pertama salam..














Selesai bermaafan masa untuk makan la... lama tak makan lodeh dengan ketupat nih... sedapnya...


Lepas makan then touch up ape yang patut sebab nak keluar ke rumah mertua plak... Semua adik beradik belah husband berkumpul di rumah adik ipar aku... dah borak-borak n makan-makan then balik semula ke rumah aku..






Sempat jugak kitaorg bergambar sakan di Masjid Putra dan Taman Rimba Alam...












Lepas bersihkan diri dan solat then kami gerak ke Sungai Buloh pulak beraya ke rumah Pak Anjang adik mak aku...








Habis sudah Raya Pertama... :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...