Kita masih lagi dalam mood Hari Raya... masuk aje hujung minggu banyak rumah yang akan buat open house.. kita pon sakan pergi menghadiri jemputan daripada kawan-kawan dan sedara mara.. pelbagai juadah yang kita makan... memang sedapkan... ade orang yang makan banyak tapi maintain aje badan.. yang senang naik berat badan tu siap la hehehhe...
Ni ade sikit menu yang nak akak kongsikan kalau-kalau ada yang nak turunkan sikit berat tu selepas sakan makan di Hari Raya yang mulia ini.. hahhahaha
Bahan-bahan yang digunakan adalah kurang karbohidrat bersesuaian bagi mereka yang mengikuti Diet Atkins.
BREAKFAST
Telur Dadar
Bahan-bahan :
2 biji telor
Sedikit bawang
4 hiris cili merah
Sejemput daging cincang
Secubit garam dan lada sulah
Caranya :
1. Campurkan semua bahan yang disenaraikan.
2. Masak diatas pan tanpa minyak. Kalau nak letak sedikit minyak pon boleh. Guna olive oil.
LUNCH
Makanan ni aku dah buat siap-siap utk 3 hari waktu bekerja. Pack kan dalam bekas kecik yang orang selalu jual kek coklat moist RM5 tu.. Pastu simpan dalam peti ais. Pagi panaskan dan bawak ke pejabat.
Daging Rempah Sayur
Bahan-bahan :
Daging potong kecil
Sedikit brokoli
Sedikit cili banggala merah
Jintan manis*
Jintan putih*
Ketumbar*
Bawang merah*
Bawang putih*
Serai*
Halia*
Garam
Sedikit minyak olive oil
Caranya :
1. Kisar semua bahan yang bertanda *.
2. Gaul bahan yang dikisar pada daging yang telah dipotong kecil bersama sedikit garam.
3. Perap semalaman untuk daging mesra dengan rempah.
4. Panaskan minyak. Kemudian masukkan daging untuk digoreng.
5. Bila daging dah kering bersama rempah masukkan sayuran.
DINNER
Ayam Panggang
Bahan-bahan :
Seketul ayam
Salad
Sebelah tomato
Serbuk lada hitam
Sedikit garam
Caranya :
1. Perapkan ayam dengan serbuk lada hitam dan garam.
2. Panggang di atas pemanggang ajaib.
3. Hiaskan dengan salad dan tomato.
4. Boleh cicah bersama Tobesco atau Nandos hot peri-peri.
Wahhhhh...hebat la kak lin...lepas ni mesti gojes bila dah kurus knnnnn...kelas kau ja...
ReplyDeleteHehehe....chaiyok...chaiyokkk....smoga kita bertiga berjaya turunkn berat badan kita nnti....
InsyaALLAH....amin...
Bertiga?????? hehehe welcome to the club.. ala ni lebih kepada kesihatan.. Insyallah... semoga dipermudahkan segalanya...
ReplyDeleteYo laaaaaa.....den pun tgh berdiet ni....keh...keh...keh...chaiyok...chaiyok....
ReplyDeleteHeheheh bagus-bagus.. Usaha tangga kejayaan.. baca info dulu untuk dapatkan lebih banyak maklumat.. kalau nak rujuk pakar En Yazid pon boleh.. hahahhahaha
ReplyDelete