Beberapa gambar semasa di Floria Putrajaya 2013 semalam. Memandangkan kenderaan banyak dan masalah parkir, maka kami berhenti berhampiran dengan masjid besi sahaja untuk melihat bot-bot berhias mengikut tema negeri masing-masing. Maaf, gambar gelap... Nampaknya i5 masih gagal, erkk..... i5S kot? Heheh
Pages
▼
PERINGATAN ALLAH MELALUI FENOMENA JEREBU
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“PERINGATAN ALLAH MELALUI FENOMENA JEREBU”
(25 JUN 2013 /16 SYAABAN
1434H)
Maksudnya: “Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhanmu kemudian
bertaubatlah kepada-Nya, supaya Ia menghantarkan hujan yang lebat kepadamu serta
menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu yang sedia ada; dan janganlah kamu
berpaling kepada orang yang berbuat dosa.”
Sidang
Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan dengan diri
saya dan juga para jemaah sekalian agar kita benar-benar bertakwa kepada Allah
SWT dengan menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Semoga dengan itu kehidupan kita senantiasa di bawah lindungan Allah SWT.
Sidang
Jemaah Yang di Rahmati Allah,
Pada hari ini kita
diperlihatkan dengan kuasa Allah SWT yang Maha Agung iaitu kejadian jerebu. Fenomena
ini berlaku disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera pada kepekatan
yang tinggi sehingga menjejaskan kualiti udara. Begitulah kehebatan
kekuasaan Allah SWT yang mampu mengubah segalanya pada bila-bila masa yang
tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat Qada’ dan Qadar Allah SWT. Firman
Allah SWT di dalam surah Yasin ayat 82:
Maksudnya: “Sesungguhnya kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu,
hanyalah Ia berfirman kepada benda itu: Jadilah engkau! Maka jadilah ia.”.
Oleh itu jika
berlaku kejadian jerebu, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul
kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi ianya berlaku atas sifat wajib
bagi Allah SWT iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak
dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini.
Sidang
Jemaah Yang di Rahmati Allah,
Setiap perubahan yang
berlaku terhadap cakerawala mengandungi hikmah yang tersendiri. Begitu juga
perubahan yang berlaku kepada fenomena cuaca, sudah pastinya mengandungi hikmat
yang tertentu, antaranya memberi peringatan kepada hamba-Nya agar tidak melampaui batas dan sentiasa
bermuhasabah. Jika kita lihat di dalam al-Quran, banyak menceritakan fenomena
alam yang berlaku. Antaranya peristiwa banjir besar, kemarau yang berpanjangan,
gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya. Benar, semua fenomena alam ini
menceritakan tentang kekuasaan Allah SWT dan mengajak umat-Nya untuk berfikir
dan merenung tentang hubungan antara seorang hamba dengan tuhannya dan hubungan
antara seorang manusia dengan alam tabii. Oleh itu, marilah sama-sama
kita mengambil peringatan dan kembali melakukan muhasabah diri di atas tindakan
dan perbuatan kita selama ini. Firman Allah SWT di dalam surah al-Ankabut ayat
40:
Maksudnya: “Maka
masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang
Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan
dengan letusan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia
di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah
tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri
sendiri.”
Sesungguhnya
fenomena jerebu merupakan peringatan Allah SWT untuk seluruh manusia agar patuh
dan setia di atas perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya dan akan berlaku
sepanjang zaman sebagai amaran Allah SWT di atas segala ketelanjuran yang
dilakukan oleh hamba-Nya.
Sidang
Jemaah Yang di Rahmati Allah,
Kita dianjurkan
oleh Rasulullah SAW ketika berlaku jerebu untuk melakukan solat istisqa’,
kita juga diwajarkan berpuasa dan meninggalkan segala
kezaliman serta dianjurkan beramal soleh seperti berdoa, berzikir,
bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara
mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama
Islam. Daripada ‘Aishah RA berkata: Orang-orang mengeluh
kepada Rasulullah SAW kerana lambatnya hujan. Baginda lalu memerintahkan agar
disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan di tanah yang lapang (untuk dikerjakan
solat secara berjemaah) dan ditetapkan kepada orang-orang itu supaya keluar
bersama-sama (untuk melaksanakan solat) pada hari yang ditentukan.
Mengakhiri
khutbah, mimbar mengharapkan kejadian fenomena jerebu ini akan menguatkan lagi
keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Marilah sama sama kita berdoa kepada Allah SWT semoga jerebu yang berlaku
ketika ini tidak mengakibatkan berlakunya malapetaka alam seperti perubahan
angin dan kemarau berpanjangan yang akan
memungkinkan kesan kepada alam sekitar dan memberi kesan kepada perubahan tabii
alam, tumbuh-tumbuhan serta kehidupan di dunia. Sehubungan dengan itu, marilah
sama-sama kita berdoa agar pencemaran udara akibat jerebu yang sedang melanda
akan semakin pulih dan seluruh rakyat di negara kita terpelihara dari wabak
penyakit akibat kesan sampingan darinya. Sesungguhnya kuasa Allah SWT mengatasi
segalanya.
(KHUTBAH KEDUA)
Maksud: “Dan di antara tanda-tanda-Nya, bahawa Ia menghantarkan
angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan; dan untuk merasakan kamu dari
rahmat-Nya, dan supaya kapal belayar laju dengan perintah-Nya, dan juga supaya
kamu dapat menuntut kurnia-Nya; dan supaya kamu bersyukur”.
Sidang
Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Saya
berpesan dengan diri saya dan juga sekalian yang hadir supaya kita benar-benar
bertakwa kepada Allah SWT dan menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhi akan
segala larangan-Nya. Semoga dengan itu hidup kita di bawah lindungan Allah SWT.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran ayat 46 surah ar-Rum bahawa disediakan
kepada umat manusia di bumi Allah ini akan cuaca yang cukup selesa, aliran
angin yang membawa berita dengan limpahan rezeki, kapal-kapal dengan muatan
barang dagangan bergerak merentasi lautan menyuburkan lagi rezeki kurniaan
Allah SWT untuk dinikmati bersama. Semoga dengan pelbagai habuan yang
diperolehi itu, melahirkan rasa syukur kita
kehadrat Allah SWT.
Sidang
Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Pada
hari ini kita berhimpun dan berkumpul dengan penuh harapan agar doa, rayuan dan
taubat kita dimakbulkan oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT memulihkan cuaca yang
kita saksikan sekarang ini, supaya kita terus sentiasa dalam perlindungan dan
rahmat Allah hendaknya. Berdoalah wahai jemaah sekalian, semoga selepas
perhimpunan ini bermulanya aliran angin yang membawa hujan dan aliran air yang
mencukupi keperluan, cuaca dan peralihan musim yang lebih baik untuk dinikmati
bersama. Firman Allah SWT dalam surah Saad ayat 36:
Maksudnya: “Maka Kami mudahkan baginya menggunakan
angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang
hendak ditujunya”.
Mafhumnya: “Ya
Allah ampunkanlah sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat samada
yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia”.
Dia datang...
Yeahhh barang yang dinanti selama 7 minggu sudah mali... jap lagi nak pi ambik.. nak tau ape dia.. tungggguuuuuuuu....kendian update balik...
*Mood happy*
Taraaa ni dia set tefal bistro.. hahaha konon baru nak cuba2 guna tefal..
Aku kirim dari member yg dok kat UK.. itupun dia offer kalau ikut aku periuk biasa pun ok aje..
Bukan tefal aje ada macam2 lagi item kalau nak kirim dia belikan.. lawat aje facebook dia RBH ONLINE..
Dapat aje balik terus guna tuh.. ish ish tak menyabau si alin nih... masak ala kadar aje.. malam2 takleh makan berat2.. hehehe
Aku penah tanye sales girl tefal kat langkawi.. dia kata yg jenis bistro ke essential ke tu yg lama.. dah outdated.. hehe takpelah janji leh masak..
Lepas ni leh masak dengan penuh bersemangat la.. hehehe...
Lamb chop & chicken drumettes 'Jerebu'
Menu makan makan sempena cuaca jerebu, lamb Chop dan chicken drumettes 'jerebu' specially made by B.
chicken drumettes ni lak dibeli di Mydin Melaka. Hehe
Lamb Chop ni dibeli kat opis melalui pembekal yang dikenali. Memang sedap rasanya.
chicken drumettes ni lak dibeli di Mydin Melaka. Hehe
Yang ni pulak edisi makan malam Si kecil "Ain"
Jerebu di Putrajaya dari Taman Rimba Alam
Diambil pada pagi ini sekitar jam 7.30 pagi. Bacaan IPU di sini semalam adalah 93. Sederhana tetapi menghampiri 100 iaitu "tidak sihat").
API | Status | Areas | % |
0-50 | Good | 3 | 8% |
51-100 | Moderate | 38 | 74% |
101-200 | Unhealthy | 9 | 17% |
201-300 | Very Unhealthy | 1 | 1% |
>301 | Hazardous | 0 | 0% |
cam mana nak tengok pesta bunga, Floria ini?..hehe
Teduhan Kasih
Eeemmm rasanya cerita nih tengah hits sekarang nih.. Slot Akasia di TV3 jam 7 Malam.. aku pun tidak ketinggalan mengikutinya.. dengan gelagat si Ayu dan Along tu makin membara-bara aje hati aku nih..
Drama bersiri yang dipetik dari novel "Teduhan Kasih" ternyata telah mendapat tempat di hati penonton.. tak sangka plak kaum lelaki pun layan dan turut sama memberi komen di Facebook..
Pelakon Sheery Ibrahim yang memegang watak Effa ternyata dapat menarik perhatian penonton walaupun jarang dilihat memegang watak utama dalam drama mahupun filem..
Drama ini juga boleh memberi pengajaran kepada orang ramai.. semoga kita semua dijauhkan dari perangai-perangai buruk sebegini.. hehehhee..
Drama bersiri yang dipetik dari novel "Teduhan Kasih" ternyata telah mendapat tempat di hati penonton.. tak sangka plak kaum lelaki pun layan dan turut sama memberi komen di Facebook..
Pelakon Sheery Ibrahim yang memegang watak Effa ternyata dapat menarik perhatian penonton walaupun jarang dilihat memegang watak utama dalam drama mahupun filem..
Drama ini juga boleh memberi pengajaran kepada orang ramai.. semoga kita semua dijauhkan dari perangai-perangai buruk sebegini.. hehehhee..
Save The Date
Assalamualaikum...
Yes 2014 Registration is coming.. kenalah spend duit for new registration nih... untuk si kecik belajar takpelah.. rancangan dulu kononya dah masuk Tadika Alif Ceria 4 & 5 Tahun dah pandai baca then umur 6 tahun nak masukan Ain ke Pra Sekolah kerajaan aje.. tapi rasanya tak jadi kot.. takut plak momentum pembelajaran dia drop.. so teruskan jugaklah dekat Alif Ceria nih.. tambah plak pembelajaranya semakin bertambah baik.. tak sabar plak nak tengok dia pandai baca jawi on 6 year.. kalah ibu & ayah dulu...
Now she can read on Malay & English.. syukur sangat.. thank you so much untuk semua teachers di Alif Ceria... Apa yang owner's tadika bagitau sebelum nih dah membuahkan hasil.. Alhamdulillah.. so tak sabar nak tunggu 1st July untuk register for 6 Year plak..
Yes 2014 Registration is coming.. kenalah spend duit for new registration nih... untuk si kecik belajar takpelah.. rancangan dulu kononya dah masuk Tadika Alif Ceria 4 & 5 Tahun dah pandai baca then umur 6 tahun nak masukan Ain ke Pra Sekolah kerajaan aje.. tapi rasanya tak jadi kot.. takut plak momentum pembelajaran dia drop.. so teruskan jugaklah dekat Alif Ceria nih.. tambah plak pembelajaranya semakin bertambah baik.. tak sabar plak nak tengok dia pandai baca jawi on 6 year.. kalah ibu & ayah dulu...
Now she can read on Malay & English.. syukur sangat.. thank you so much untuk semua teachers di Alif Ceria... Apa yang owner's tadika bagitau sebelum nih dah membuahkan hasil.. Alhamdulillah.. so tak sabar nak tunggu 1st July untuk register for 6 Year plak..
She will become a Senior Student |
the best gift for father's day....she won the reading competition
Hajat menikmati cheesecake terlaksana sudah....
Sudah seminggu lidah terasa nak menjamah cheesecake. Apa ke hal nye Yeop!!!
Okeh. Dipendekkan cerita Sayang saya pon meng-offer-kan diri untuk membuat sendiri cheesecake. Wow!!! Ini dah baik!!! Homemade.... Khamis lepas, dia pun menyediakan barangan yang diperlukan.
Melalui website yang digoogle, berikut adalah cara untuk menyediakan oreo cheesecake :
30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan. (aku cairkan guna mikrowave selama 10 saat)
Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - aku ganti dgn yogurt asli
2 biji telor - buang tali pusatnya
1 cawan oreo yang dicincang halus
1/4 cawan butter - cairkan. (aku cairkan guna mikrowave selama 10 saat)
Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - aku ganti dgn yogurt asli
2 biji telor - buang tali pusatnya
1 cawan oreo yang dicincang halus
Berikut pula adalah gambar peringkat penyediaannya:
Ain's reading competition.
About weeks ago, her teachers remind us about this competition. It's an inter-centre competition which is held yearly.
The main objective is to shows the progress of these kids. They'll be doing their spelling in different languages such as Bahasa, English and Arabic.
This year, it is at Bilik Seberguna, Kompleks Kejiranan Presint 8. As we've arrived at 8.30am, they already people waiting in that room. Although, the competition will start at 9.00am 😊
We wish Ain all the best. We are confidence that she'll do her best. ✌❤😊
here how's the competition goes...... <click here>