Pages

Live Blog : Di Bukit Uhud

Meningati kebesaran kisah Perang Uhud. Di sini juga terletaknya makam para sahabat yang terkorban syahid di dalam peperangan tersebut.


Menghampiri makam, ada diperingatkan agar tidak melakukan amalan khurafat seperti mengambil tanah bukit ini untuk tujuan amalan tertentu dan sebagainya.



luas bukit ini adalah sepanjang 7KM dan terdapat beberapa hadith yang menggunakan nama bukit ini seperti;

Diriwayatkan hdith dari Suhail hadith dari bapanya hadith dari abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa mensolatkan atas jenazah (umat Islam yg iman) tetapi tidak mengikuti mayat (yakni, tidak menemani mayat ketika di bawa ke perkuburan untuk disemadikan) maka baginya pahala satu 'qirat'; maka jika mengikuti dia (akan mayat ke kuburnya), maka baginya pahala dua 'qirat'.' Dikatakan (yakni, ditanyakan oleh sahabat): 'Dan pa dia dua 'qirat' itu?' Bersabda Nabi (s.a.w): '(Satu 'qirat' itu) Paling kecilnya (atau sekecil-kecilnya) kedua-dua (Qirat) itu adalah semisal gunung Uhud.' [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]









- Posted using BlogPress from my iPhone 

Live Blog : Di Ladang Kurma




Dari masjid Quba' menuju ke ladang kurma.


- Posted using BlogPress from my iPhone 

Live Blog : Ziarah Sekitar Madinah

Jam bermula 7.30am bermulalah perjalanan kami dari hotel. Akan melawat sekitar Madinah.



- Posted using BlogPress from my iPhone 

Live Blog : Suasana Sebelum Subuh Pada 31/01/2014



Alhandulillah, hari ini adalah subuh pada hari Jumaat. Berikut adalah suasana di masjidil Nabawi sekitar jam 5.20am. Subuh adalah pada 5.44am sebentar lagi.





- Posted using BlogPress from my iPhone 

Live Blog : Sepetang Asar di Al Masjid-e-Nabawi



Berikut adalah laluan kami dari Hotel Mubarak Silver ke Al Masjid-e-Nabawi dari laluan tepi hotel, lebih cepat dan terus ke laluan masuk lelaki.

Alhamdulillah walaupun berjalan kaki sekitar 10 minit sebelum masuk waktu, tetapi tempat insyallah ada





Bekas plastik kasuk jangan lupa bawa, kasi letak kasut tuan-tuan bersama.

Apabila pulang akan kelihatan para penjual dah mula berniaga.



- Posted using BlogPress from my iPhone 

Live Blog : Lawatan Dalam (Hari Pertama)




Alhamdulillah. Selesai berehat dengan tidur sebentar pada awal pagi tadi (jam 2 waktu tempatan). Jet Leg ke kot? hehehe. patutnya awal lagi dah mengantuk, tapi sebab dah over prime time, jadi kesukaran juga untuk melelapkan mata. Tapi apapun, syukur ke hadrat Allah SWT atas keizinanNya, kami dapat menjejakkan kaki di Tanah al-Madīnah al- Munawwarah ini.



Hotel Mubarak Silver ini tidak jauh dari Masjid Nabawi, kira-kira 200-300 meter sahaja. Namun kalau berjalan kaki, tak sedar jauh kerana disekelilingnya banyak terdapat orang berjual beli seawal sebelum fajar lagi.

Subuh di Madinah pada pagi 30 Jan 2014 adalah pada jam 5.45am. so tak banyak beza dengan waktu Malaysia. Kami berkesempatan untuk menunaikan fardhu Subuh di Masjid Nabawi ini. Alhamdulillah, walaupun kami mula keluar hotel pada jam 5.30am. oleh itu sudah semestinyalah, kami dapat bersolat di ruang luar sahaja kerana telah jemaah penuh.


Suhu pasa masa ini amat sejuk. di nasihatkan kepada bakal tetamu, bawa lah baju sejuk. lebih-lebih lagi apabila angin bertidup.... fuhhh...






Jarak waktu antara azan dan Solat agak panjang sedikit berbanding kita di Malaysia. Mungkin untuk mrmberi peluang kepada semua jemaah untuk bersama-sama menunaikan solat serentak.

Seperti yang dimaklumkan di sini tiada bacaan Qunut subuh, dan tiada doa selepas selesai solat. Juga selepas itu, ada solat Jenazah dilakukan.

Selesai solat, kami bersarapan di hotel dan bersiap sedia utuk lawatan di MajidilNabawi sekali lagi dengan iringan pegawai Andalusia.



Kali ini, rombongan di bahagikan dua antara lelaki dan perempuan. Namun perjalananya adalah sama iaitu perkuburan Baqi', Makam Rasulullah, Raudah. Sememangnya saat yang ditunggu-tunggu.















Okey, nak masuk waktu zohor iaitu pada 12.30t/hari di sini. Jumpa lagi... tata

- Posted using BlogPress from my iPhone 

Live Blog : Dari KLIA ke Madinah



Keberangkatan kami semua dari KLIA ditemani oleh En. Abu Anuar dan seisi keluarga. Terima kasih kepada mereka kerana sudi meluangkan masa untuk turut berada bersama kami pada ketika itu.


Sekitar jam 11 pagi, kami sudah dibenarkan oleh pihak Andalusia untuk membuat drop luggage di Kaunter Group Check-in "K". Seterusnya petugas-petugas mengambil beg-beg yang akan di dropkan dan turut memberikan beg yang berisi sedikit makanan & juga surah yassin di dalamnya. Selain itu, tag individu yang tertera nama, maklumat flight, alamat hotel, contact person, nombor bas turut disertakan.


Juga kelihatan banyak penumpang sekapal yang turut menunggu di zon berdekatan. Sambil menunggu kaunter check in dibuka, bersembang-sembanglah dulu.







Tepat jam 12.30pm, satu taklimat diadakan oleh Petugas Andalusia. Maklumat bagaimana urusan daftar masuk ke pesawat dilakukan. ianya diakhiri dengan bacaan doa.






Passport diberikan kepada semua keluarga yang terlibat dan perlu diserahkan kembaki kepada pihak Andalusia sebaik tiba di Madinah nanti. Ini bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang timbul nanti di sana. Pihak Andalusia ada memaklumkan bahawa seat telah diaturkan mengikut keluarga, namun bagi penerbangan dari Mekah ke KLIA ianya tidak dapat diaturkan kerana pihak airline menetapkan turutan tempat duduk adalah mengikut abjad. haa???? Aku mula pelik...



Selepas itu, kami terus ke zon C3 dengan menaiki train. memang adventure... macam LRT jugak rasanya... cuma sedikit sahaja seat tempat duduk.


Tong pos pon ada di sana...


Surau ada disediakan di belah atas hujung, tetapi agak kecil sedikit. adalah lebih baik rasanya, kalau bersolat di kawasan luar sebelum zon ini. Okey Noted!


Jeng Jeng Jeng!!! kapal terbang dah kelihatan. Tapi sebelum dapat menaiki kapal terbang Saudia Airlines kena melalui sekali lagi pemeriksaan keselamatan. tali pinggang sekali lagi perlu ditanggalkan... aduh!! ikutkan je lah SOP ni... hehehe




Keadaan seat kapal terbang dengab formasi 3-4-3 amat selesa.. hahah dah macam main bola. kami dapat seat tengah yang berempat... cantek!!




Antara barangan yang kami dapat dalam kapal terbang ni;

Penutup mata, tisu dan berus gigi.


Selimut.


kit bagi kanak-kanak yang mengandungi penutup mata dengan gambar kartun, ubat & berus gigi, pensil box, game card, stokin....macam2


Headphone utk dengan audio.


Updated : Baru je lepas menjamah juadah makan tengah hari/ minum petang. lokasi sekarang ini adalah seperti berikut :-


Ini adalah menu makanan kami sebentar tadi;

Aku pilih Spegeti Kambing


Ain pilih nasi bryani + Ikan


Ibu pula, Nasi ayam (aku rasa mcm masi minyak jek)


Lepas je makan, Ain sambung main gami di monitor belakang seat. Manakala aku sambung draf posting blog dan pas ni sambung baca buku "umrah". Si Ibu?? membuta... hahaha



Updated : Jam 5.00pm waktu Madinah. kami baru sahaja selesai menjamu selera makan malam. Ada 3 menu yang ditawarkan. Satey daging (2 cucuk, satu lembu, dan satu ayan). Pasta (aku rasa marcaroni) dan nasi ayam.




Toilet fully occupied... hahah sojuk derrrr.... 8 jam perjalanan plus minus. oh ye, Jap lagi flight ini akan stop di Riyad untuk turun dan ambil penumpang. Petugas Andalusia tadi kata mungkin ambil masa dalam sejam gak. Kami diperingatkan agar tidak turun. maybe takut-takut tertinggal kapal terbang kot...

- Posted using BlogPress from my iPhone 