Larian "Long Slow Distance" yang tak berapa menjadi.

Tarikh : 24 April 2015
Masa : 9.00 malam
Lokasi : Dataran Putra, Putrajaya
Jarak larian : (menghampiri) 10KM



Kalau sebelum ni sesi larian hanya tertumpu pada sebelah pagi dan petang, namun kini difikirkan lebih baik berlari pada masa malam. memangdangkan sesi latihan ini mengkehendakan jumlam masa yang agak lama dan tempo larian yang releks (tak laju). So, bentuk latihan yang diberi nama LSD adalah yang paling tepat.

Latihan Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance) merujuk kepada penekanan pada jarak dan bukan nya masa. pace antara 7 - 8minit/KM mungkin dianggap ideal dalam latihan LSD ni. Oleh itu, tak hairanlah kita akan memerlukan antara sejam lebih untuk menghabiskan larian berjarak 10KM. ye!! memang boring, tapi kalau dilakukan dalam kumpulan atau ditemani dengan seleksi muzik yang disukai, tak jadi masalah.

Formula LSD adalah, jangan berhenti, maintan tempo dan cuba berlari sejauh mana yang mungkin. Tujuannya adalah untuk build up endurance. Memandangkan buat masa ni aku masih lagi pada tahap 5KM, so LSD dengan jarak 10Km dah memadai lah kot. Dengan suasana malam di putrajaya yang begitu sesuai sememangnya membantu.

Trek

Dengan Strava, aku dan bikin satu treak dari Bulatan Putra ke PICC (sehala). Mula-mula cadangnya dua hala untuk mendapatkan 20KM..tapi tengok guard dah tutup jalan menghala ke Masjid Putra, dan lampu pun dah ada yang digelapkan...so agak tak bersemanggat aku....So, maybe aku akan park kat tempat lain pas ni.

Sepanjang larian anda akan menikmati pandangan malam di Putrajaya yang sememangnya menarik. cuma kena hati-hati bila melintas jalan lah, sebab masa jam 9 - 10 malam ni kenderaan masih banyak. Untuk makluman jalan berhadapan dengan Perbadanan Putrajaya ditutup untuk mengadakan aktiviti malam seperti roller blade dan sebagainya...so korang takde lah bosan sangat sebab boleh melihat pelbagai aktiviti malam manusia di sini.

Di jembatan berhmpiran PICC pula korang akan melihat kelibat manusia, duduk di sepanjang jembatan tersebut...

So, target aku akan repeat balik sesi ni dengan target ke 15KM pula. kena lebih kuat mental dan fizikal...sebab kali akan mula rasa senggal-senggal bila menghampiri 8KM ke atas. so, tunggu lah report yang seterusnya...

akhir kata....#RunForYourLife

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...