Assalamualaikum...
Apa khabar semua?? Harap korang semua ceria-ceria selalu tambah pulak dah nak masuk tahun baru ni.. confirm dah ade pasang azam baru kan..?? azam lepas dah terlaksana ke semuanye..??? hehehehehe... Aku tak penah pulak pasang azam.. bila agak teringat nak buat or nak capai apa2 buat ajela.. hehehe
Bagi mereka yang dilanda musibah banjir tu harap banyak bersabar.. ada hikmah disebalik setiap dugaan yang diberikan...
Bagi mereka yang sedang sibuk menguruskan persiapan anak disekolah macam mana?? Alhamdulillah persiapan untuk Ain dah hampir 90%.. tup-tup dapat pulak surat dari UMNO ni.. korang ada dapat tak??
Nasib baik beg sekolah untuk kelas KAFA belum beli lagi.. boleh la guna yang diberikan ni nanti... jimat sket belanjanya.. harap-harap yang dapat percuma ni berbaloi la ek.. apa-apa pun terima kasih UMNO.. terima kasih Ku Nan.. rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari...
Pages
▼
Night at the Museum: Secret of the Tomb.
Filem sequal Night at the Museum yang ke tiga. Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai filem ini. Hanya biasa sahaja, memandangkan tiada isu utama yang hendak diketengahkan. Hanya kekuatan karekter watak-watak di dalam filem ini yang mampu menyelamatkan daya tarikan untuk penonton hadir ke wayang bagi menonton filem ini.
Berdasarkan permasalahan tablet of Ahkmenrah yang perlu dicharge dengan kuasa sinaran bulan (bagi membolehkan ia kekal bertenaga), yang kelihatan telah kehabisan power. Itu sahaja? Memang mudah kan. Memang tiada isu.
Juga ini adalah merupakan filem terakhir bagi Robin Williams and Mickey Rooney, yang telah meninggal sebelum filem ini dikeluarkan.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Giler menarik jualan buku Big Bad Wolf
Assalamualaikum...
Bunyi sememangnya memelikkan. Apa hal serigala lak perginya? Tapi hakikatnya inilah pesta jualan buku terbesar yang tidak harus anda lepaskan.
Bagi kebanyakkan umum yang sudah mengetahui, jualan buku pada sesi ni sememangnya murah dan terdapat banyak pilihan. So, untuk sekian kalinya kamipun pergilah ke sana. Ye! Memang betul, berbaloi-baloi.
Masuk je pintu mula, dah terbentang luas pilihan buku yang anda inginkan. Dari kanak-kanak hinggalah ke masakan terus ke hobi dan sebagainya.
Ruangan tempat berjalan kaki yang luas dan bakul letak buku jenis tarik. Hinggakan anda tak perasan yang anda sudah melangkah 7,000 langkah. 😊
Juga terdapat di bahagian atas. Boleh letakkan barang yang belum di bayar di aras bawah terlebih dahulu.
Sememangnya selesa. Katanya dibuka 24jam.
Sure kami akan ke sini lagi. Hasil tangkapan semasa adalah dalam 20 buah buku yang kebanyakkanya buku Ain dan ibu dia. Hehehe.
Pelbagai harga dan jenis.
Tak menyempat nak balik, terus baca kat situ gak.
Hasil tangkapan kami...
Untuk Ain |
Untuk Ibu & Ayah |
Untuk Ibu |
Untuk Ayah |
- Posted using BlogPress from my iPhone
Bagus sangat ke Jawbone Fitness Tracker ni?
Diringkaskan ia adalah alat untuk mengukur bentuk tidur kita dengan memberi laporan jumlah masa kita tidur, percentage tidur nyenyak dan berapa kali kita bangun? Kesemua ini diperoleh hanya selepas kita mengaktifkan mode tidur. Dia juga akan vibrate sebagai tanda alarm untuk kita masuk tidur (masa yang kita setkan) dan juga ada alarm bangun tidur. So, takde lah bising sangat kalau nak bangunkan kita tidur.
Minggu ni agak sibuk dengan kerja, so percentage kadar tidur mmg poor giler ah. So, ingat-ingat lah...hahah
Fungsi utama sebenarnya adalah tracker untuk jarak perjalanan kita dengan mengambilkira pattern kita berjalan. Ini bagus sebenarnya sebab kita digalakkan untuk bergerak sebanyak 10,000 langkah sehari. Lebih kurang 4 - 5 KM sebenarnya.
Aku dah setkan gelang ni agar vibrate dalam masa 15 minit sekiranya ada duduk pegun (static) kat atas kerusi. Ini memang tak baik ah, so kaedah ni akan motivatekan diri untuk lebih kerap berada dalam mode mobile. Agaknya keje kat pejabat memang wat kita dalam slow mode kan? relex je kot? hahaha
So, harap benda ni dapat menjelaskan lah fungsi benda yang pelik ini. Tata
Persiapan Sekolah Tahun 1
Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diberi rezeki untuk membesarkan amanah Allah ini.. Insyallah tahun 2015 ni bermula la cabaran Ain sebagai budak sekolah pula... diharap semoga Ain terus minat belajar dan mencapai kejayaan sehingga ke akhir hayat dia...
Beberapa persiapan telah dibuat untuk dia memasuki alam persekolahan... dia rileks aje yang terlebih excited ibu dia nih... rasa terharu sangat bila anak dah nak mula sekolah... tah mcm mana la agaknya kerenah dan gelagat dia bila dah mula sekolah nih... beli sikit-sikit dulu.. kalau nak beli semua sekaligus mau parak...
Ni pon 2 kali trip beli.. takat ni complete dah dengan 2 pasang kasut hitam, 3 helai stokin, 2 singlet, 2 pasang baju, 1 t-shirt putih, 1 seluar track suit, 2 helai tudung putih dan 1 helai tudung hitam.. ada rezeki lebih sket nanti nak tambah lagi baju sekolah tu.. tau2 ajelah budak2 nih bukan pandai jaga kebersihan sangat pon...
Oh ya sekolah Ain ni kene pakai kasut hitam.. mula2 pelik gak kenapa kasut hitam. Bila dah call sekolah baru dapat maklumat yang mana mantan Guru Besar sekolah sangat prihatin dengan penduduk di Putrajaya yang mana kawasan untuk menjemur terutama di apartment agak limited.. jadinya kalau tak basuh sangat pon masih tak nampak sangat kotorannya... hehehehehe...
Pastu beli la peralatan menulis pula.. beg dia yang pilih sendiri dengan syarat daripada kami 'No cartoon theme' hahahhaha... bekal dan tumbler tu memang dah ade hadiah harijadi daripada Cik Lang dan Mak Lang dia... memang simpan untuk digunakan tahun 1 nanti...
Bila kedai buku sudah dibuka bermula 1 Disember.. kami pon pegi la untuk membeli buku-buku yang diperlukan... ada buku yang wajib dibeli terutama buku latihan.. ada juga buku tambahan yang digunakan untuk revision dirumah.. mula-mula decide beli buku latihan yang wajib aje... bersama dengan lencana...
Rasa mcm tak complete aje selagi tak dapat buku teks... bila kawan kata dia dapat nasihat daripada cikgu disekolah anak dia supaya beli semua buku tambahan pembelajaran disebabkan baru ada anak pertama yang mula bersekolah, terus rasa mcm perlu gak untuk beli.. betul gak kata cikgu tu bila difikirkan.. bila nak pakai benda dah ada.. harga pon berpatutan gak... untuk Ain belajar apa salahnya kan...
Bila dah membeli kene membalut plak la kan... takpela demi anak kesayangan ibu yang sorang ni layankan ajela.. sayang pulak kalau tak dibalut.. lunyai nanti... hehehehe
Nanti dapat buku teks kene balut lagi.. rasa dah lama sangat tinggal zaman persekolahan nih... Ibu dan Ayah harap Ain dapat belajar bersungguh-seungguh yer.. kami doakan Ain jadi anak yang bijak, pandai, solehah, sopan santun, lemah lembut, berakhalak mulia, baik hati, mendengar kata dan berjaya didunia dan diakhirat... Insyallah...
Fitness Tracker, untuk apa?? berbaloi? trend?
Kebelakangan ini, upacara berlari dah menjadi satu kemestian. Setidak-tidaknya pun mengayuh basikal yang tidak bergerak tu. Minima masa pun hanya sekadar 15 minit cukup lah. Sekadar membakar lemak yang dah lama terkumpul ni.
Berbekalkan apps #MyfitnessPal yang free tu, sememangnya lah upacara memantau pemakanan dah agak lama berlangsung. tak tau sampai bila akan terhenti. Tapi, so far masih bersemangat lagi. Sebab kita boleh monitor intake makanan. Ini bermakna jumlah kandungan kalori yang diambil sememangnya dilihat dan difahami.
Tiba-tiba, terfikir lak sejenak. Kalau intake dia pantau...mcm mana pula dengan kalori yang terbakar? ye laa...takkan masuk je? abis yang keluar (aktiviti seharian kita) tak diambilkira pula?
So, kena ada mekanisme yang mengukur kadar pembakaran kalori melalui aktiviti seharian. Google-punya-google mmg ada!! cantek!!! ada beberapa pilihan yang boleh digunakan.
1. Jam yang monitor heart rate
Rata2 dalam RM150 ke atas. rupa mcm jam biasa. tak terlalu trendy. dan nampak mcm jam biasa. jenis? google sendiri aaa. cuma make sure ada fungsi kiraan kalori kalau ada.. cuma aku tak minat sebab dia tak sync dengan #MyFitnessPal yang terkenal dengan pemantauan kalori pemakanan nya. so aku PASS
2. Fitbit Flex
Track Langkah, Tidur dan sebagainya. mcm jam biasa kecuali tidak display. size? one size fit all. rege? RM350 ke atas. beli mana? mmg online je aaa.. boleh sync dengan #MyFitnessPal untuk kiraan langkah seharian dan projection kalori terbakor. ha! cantek aaaa... dan bonus! ada alarm utk aktiviti tidur serta boleh pantau. Diplay indicator yang bercahaya tu menunjukan berapa percentage jumlah langkah yang anda dah capai... kalau full makna nya dah complete aaa
3. Nike Fuelband
4. Vidonn X5 Smart Bracelett
5. Jawbone UP24
Keje dia..sama. monitor steps, kalori burn, smart alarm, monitor tidor dan yang paling best dia ada apps boleh sync dengan #MyFitnessPal dan reporting yang amat baik. So, dia akan secara automatik memaksa kita untuk bergerak dari kerusi yang statik tu..hehehe
Cuzzie's Engagement Day - Aten Hana
Assalamualaikum...
Weekend ari tu kami balik Melaka untuk menghadiri Majlis Pertunangan Sepupu Aten dengan Amin... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. tak sabar rasanya nak tunggu majlis besar mereka nanti...
Aksi sehari sebelum majlis... hahahha
Ain & Badminton
Salam hujung minggu. Dah bersenam? Okeh! Jangan diabaikan aktiviti ni ye.
Gambar di atas adalah contoh riadah yang kami Ain jalankan bersama kami. Dia dah pandai dah main badminton, kalau pukul bulu tangkis dah boleh dah 2, 3 kali. Satu pencapaian.
Lately, kami akan cuba dapatkan slot untuk sedikit aktiviti mengeluarkan peluh bersama keluarga. Semoga aktiviti yang sedikit ini akan berpanjangan, insyallah.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Lately, kami akan cuba dapatkan slot untuk sedikit aktiviti mengeluarkan peluh bersama keluarga. Semoga aktiviti yang sedikit ini akan berpanjangan, insyallah.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Ain nak tonton filem Big Heros 6
Filem Big Heroes 6
Sejak singgah ke Sushi King yang ada wat promosi filem ni, Ain dah kecoh nak ajak tonton filem ni. Well, actually sebab ia adalah sejenis filem animasi..terus membuatkan aku potong. TETAPI atas sebab Ain nak tengok dan sememangnya nampak amat teruja, so kami ikutkan jua.
Tak kenal maka tak cinta, oleh itu marilah kita study sikit mengenai filem ini. (Cilok review dari orang lain ni)
Filem ini diadaptasi dari sebuah komik yang telah dibeli oleh Marvel Comics yang kini menjadi hak milik The Walt Disney Company. Namun, sebahagian besar jalan cerita telah diolah semula bagi menimbulkan kesan jalan cerita yang lebih menarik. Watak utama adalah Baymax menjadi robot yang sangat comel, naif dan sangat hebat. Sekali imbas mcm logo iklan tayar Michelin pun ada ek?
Kisah adik-beradik iaitu Hiro Hamada dan Tadashi Hamada yang berbakat dalam mencipta robot untuk berlawan. So, boleh dikatakan sebahagian besar kisah ini adalah berhubung Hiro dan Baymax! Untuk review seterusnya...kena tunggu lah ek selepas kami menonton filem ini k.
Sejak singgah ke Sushi King yang ada wat promosi filem ni, Ain dah kecoh nak ajak tonton filem ni. Well, actually sebab ia adalah sejenis filem animasi..terus membuatkan aku potong. TETAPI atas sebab Ain nak tengok dan sememangnya nampak amat teruja, so kami ikutkan jua.
Tak kenal maka tak cinta, oleh itu marilah kita study sikit mengenai filem ini. (Cilok review dari orang lain ni)
Filem ini diadaptasi dari sebuah komik yang telah dibeli oleh Marvel Comics yang kini menjadi hak milik The Walt Disney Company. Namun, sebahagian besar jalan cerita telah diolah semula bagi menimbulkan kesan jalan cerita yang lebih menarik. Watak utama adalah Baymax menjadi robot yang sangat comel, naif dan sangat hebat. Sekali imbas mcm logo iklan tayar Michelin pun ada ek?
Kisah adik-beradik iaitu Hiro Hamada dan Tadashi Hamada yang berbakat dalam mencipta robot untuk berlawan. So, boleh dikatakan sebahagian besar kisah ini adalah berhubung Hiro dan Baymax! Untuk review seterusnya...kena tunggu lah ek selepas kami menonton filem ini k.