TP-Link Wireless Adapter (150mbps) model TL-WN727N

Memandangkan sekarang di Malaysia kita sudah ada pelbagai jenis pembekal perkhidmatan internet (ISP) berkelajuan tinggi seperti UniFi dan sebagainya, maka aku merasakan TV berskrin besar perlu di sambungkan dengan bekalan internet bagi mengoptimumkan potensi TV tersebut.

Bagi maksud tujuan itu, kita sudah semestinya memerlukan Tv tadi dihubungankan dengan PC sebagai player utama. Kenapa PC kerana keupayaan CPU untuk memainkan pelbagai jenis codec movie dan keupayaan surf internet. Kalau anda menggunakan Laptop yang kebanyakkan sudah dilengkapi dengan fungsi wifi, sudah tentu tidak ada sebarang masalah. Namun, sekiranya anda menggunakan CPU, anda akan mengalami masalah dengan capaian internet kerana anda harus mempunyai wifi adapter samaada PCI atau USB.

Dalam kes aku, aku memilih USB sebab ianya kecil dan mudah untuk disetup. Kali ini aku memilih TP-Link Wireless Adapter (150mbps) model TL-WN727N. Harganya cuma RM19.90 dan warranty 2 tahun. Ok lah kan...


Semasa pembelian aku pastinya benda ni compitable dengan windows 8 bagi tiada sebarang masalah di kemudian hari. TP-Link menawarkan banyak variasi untuk hardware ini, namun aku memilih yang minimum iaitu 150mbps... Sebab aku tak fikir akan aku banyak transfer data dari network sendiri. Sebaliknya hanya connection dari wifi router sahaja. Memadailah kot...





Iron Man 3


Hari ni sempat juga melayan filem citer Iron Man 3 dengan family aku. Mula-mula memanglah excited nak menonton memandangkan sudah agak lama juga tidak ke panggung wayang. Tapi lepas menjeling ke trailer dia di www.imdb.com, seakan macam boring pulak. Seperti tidak menarik cerita ni. Aku kalau citer fiction dah masuk lebih elemen hati dan perasaan over limit, memang aku 'potong'.


Ok, berbalik kepada soal jalan cerita kisah iron man 3, plot jalan ceritanya tak banyak yang berubah, masih lagi soal musuh lama yg kembali ingin membalas dendam. Nampak sangat klishe' dan tipikal kisah superhiro yang semestinya 'Mengkehendakkan' watak orang jahat sebagai sparring partner. HaHa


Di sinilah akhirnya aku 'terkena', hanya kerana penulis mewujudkan watak orang jahat yg berimejkan seakan terrorist yg kebetulan berjambang (bernama The Mandarin). Seperti biasa aku terus menjangkakan bahawa ini adalah salah satu lagi propaganda Barat yang sinonim mengaitkan keganasan dengan dunia Islam. Aku mulai boring pada saat ini....


Di pertengahan cerita aku baru paham yang kisah ini sebenarnya membawakan mesej bahawa persepsi dunia yang sebenarnya mengaitkan keganasan dengan dunia Islam. Hakikat sebenarnya, si jahat tadi hanya mengambil kesempatan mentaliti usang ini dengan menunjukkan bahawa pihak ke-3 boleh mengambil kesempatan dengan melakukan keganasan (yang sebenarnya projek asal mereka yang tak menjadi, bukan matlamat untuk mewujudkan senjata) dan dalam masa yang sama si penjahat terlepas tangan dengan mewujudkan watak kambing hitam seperti imej osama bin ladin (the Mandarin) dan seangkatan dengannya.

Selebihnya, filem ini memenangi hati aku dari segi efek yang melampau kebatasan otak aku yang normal ini. Aksi penumpang airforce 1 yang tercampak keluar seramai 11 orang mendapat tempat untuk dinobatkan sebagai babak yang tidak patut anda lepaskan hanya untuk ke toilet.

Pergi lah menonton filem ni di layar besar. Memang berbaloi

p/s :---> tak sabar nak menonton cerita The Avangers 2 pulak. Macam mana keadaannya disebabkan oleh Iron Man yang dah seakan 'bersara'.







Items dari Groupon dah sampai.

Semalam atau kemarin dpt sms dari Groupon menyatakan barang yg dibeli akan dipos pada 10hb Mei. Tapi pagi ni, apabila sampai opis dah nampak ada kotak.

Mak aiii... Laju nye, hari ni pos, semalam sampai..hahah mcm janji ahli politik.

Antara item yg telah dibelikan oleh Sygku adalah ;

1. Screen proctector iphone 5 (2 sides)
2. Car charger dan cable
3. Writing pen utk iphone 5.
4. Cover phone (hitam)

Semua ini dengan harga RM49. Hehehe  Sangat BERBALOI




Surabaya Day 4 : Icon Surabaya dan Last Day Jalan

Ok ni last entry pasal Surabaya...

Selepas breakfast, kami bergerak keluar menuju ke icon Surabaya... tujuan.. apa lagi bergambor la.. kalau datang Surabaya nih memang wajib bergambar kat sini..

Info : Surabaya

Ikan "Suro" (hiu) dan "Boyo" (buaya), dari dua nama itulah nama kota Surabaya berasal. Legenda ikan suro dan boyo yang bertarung di Kalimas Surabaya begitu melekat dan berarti bagi warga asli Surabaya. Tidak heran jika kemudian ikan suro dan boyo (buaya) dijadikan lambang kota Suroboyo, ya.. Surabaya. Seperti yang tampak di depan Kebun Binatang Surabaya, patung ikan suro (hiu) dan boyo (buaya) menjadi monumen bersejarah yang mencerminkan legenda tersebut. Patung ini pun menjadi salah satu Ikon Surabaya.






Disebelah icon Surabaya nih ada Kebun Binatang a.k.a ZOO.. tapi kitaorang tak masuk pun hehehe...




Selesai bergambar kami menuju ke Amanda kedai brownis beli ole-ole untuk di bawa pulang..



Then kami di bawa ke UFO iaitu Factory Outlet.. tak la menarik sangat pun FO kat sini.. biasa-biasa aje.. lagi best kat Bandung..







Selesai shopping kami menuju ke Museum House of Sampoerna.. tempat pembuatan rokok.. memang kagum tengok diaorang buat & pack secara manual.. pantas...dah macam robot plak aku tengok...










Sesi lawatan dah abis.. then menuju ke Jambatan Plaza Merah pula untuk shopping.. pada aku tak berapa nak menarik pun kalau nak dibandingkan dengan Pasar Baru Bandung atau Tanah Abang Jakarta.. aku cuma beli baju batik dan baju tidur batik jawa untuk mertua aku.. selebihnya lepak di Mc D sebab ain tido kepenatan...






Selesai semuanya bershopping kami pergi dinner kat D'cost Seafood.. dari kat Bandung lagi kami tak pernah try tempat nih.. ok gak makanan kat sini ala-ala makanan sunda... western pun ada.. tempatnya luas dan bersih.. harga pun leh tahan murah.. lain kali harus singgah tempat nih bila gi Bandung lagi....





Dah kenyang kami terus pulang ke bilik.. berkemas plak sebabnya esok pepagi dah nak berangat ke airport..

Selesai...



Surabaya Day 3 : Shopping Time!!!

Asalammualaikum..

Ok sambung balik citer pasal Surabaya nih... waduh bila mau abis nih... capek udah nih...

Selepas bergerak dari Gunung Bromo, perjalanan kami menuju ke Kota Surabaya.. dalam perjalanan kami singgah untuk makan tengahari.. kemudian menuju ke Masjid Cheng Hoo...

Info : Masjid Cheng Hoo


Masjid Cheng Hoo Surabaya adalah Masjid bernuansa Muslim Tionghoa yang berlokasi di Jalan Gading, KetabangGentengSurabaya atau 1.000 m utara Gedung Balaikota Surabaya. Masjid ini didirikan atas prakarsa para sespuh, penasehat, pengurus PITI, dan pengurus Yayasan Haji Muhammad Cheng Ho Indonesia Jawa Timur serta tokoh masyarakat Tionghoa di Surabaya. Pembangunan masjid ini diawali dengan peletakkan batu pertama 15 Oktober 2001 bertepatan dengan Isra' Mi'raj Nabi Muhammad SAW. Sedangkan pembangunannya baru dilaksanakan 10 Maret 2002 dan baru diresmikan pada 13 Oktober 2002.
Masjid Cheng Ho, atau juga dikenal dengan nama Masjid Muhammad Cheng Ho Surabaya, ialah bangunan masjid yang menyerupai kelenteng (rumah ibadah umat Tri Dharma). Gedung ini terletak di areal komplek gedung serba guna PITI (Pembina Imam Tauhid Islam) Jawa Timur Jalan Gading No.2 (Belakang Taman Makam Pahlawan Kusuma Bangsa), Surabaya. Masjid ini didominasi warna merah, hijau, dan kuning. Ornamennya kental nuansa Tiongkok lama. Pintu masuknya menyerupai bentuk pagoda, terdapat juga relief naga dan patung singa dari lilin dengan lafaz Allah dalam huruf Arab di puncak pagoda. Di sisi kiri bangunan terdapat sebuah beduk sebagai pelengkap bangunan masjid.Selain Surabaya di Palembang juga telah ada masjid serupa dengan nama Masjid Cheng Ho Palembang atau Masjid Al Islam Muhammad Cheng Hoo Sriwijaya Palembang.






Selepas bergambar kami meneruskan perjalanan ke kawasan Tanggulangin.. kawasan nih terkenal dengan barangan kulit.. so kat sini bolehla borong hand bag dan kasut kulit..




Bila anak-anak dah tunjuk muka boringnya then next stop ialah Butik Rania Zahra.. butik ini menyediakan kelengkapan haji dan umrah, jubah, telekong berkualiti dan baju kebaya sulam yang bermacam-macam.. harga agak mahal sedikitla tapi kualiti mungkin ok kot...



Konsep kedai nih memang menarik.. masuk kene bukak kasut.. pastu pelanggan boleh bersila menjulur kaki sambil tengok apa-apa yang berkenan... bapak-bapak biasa la rehat sakan bawah aircond.. yang anak-anak berlari sana sini.. mujurlah kawasan nih besor...





Banyak gak abis duit kat sini beli mini telekong untuk aku dan mak aku.. then beli baju ala-ala raihan untuk abah aku... mungkin sebab harga dia mahal dan kualiti ok..

Then kami terus ke Royal Plaza untuk dinner.. bagi bapak-bapak boleh la pergi massage yer di sini.. murah aje.. satu badan baru Rp100,000....







Pusing-pusing kat sini tak tau ape nak cari.. melayan bebudak aje...lepas settle bapak-bapak berurut kitaorang dinner aje kat Pizza Hut.. memang tetap best dari pizza kat Malaysia.. lepas kenyang balik tido ler.. esok tinggal satu hari aje lagi...

Bersambung....








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...