Trip to Beijing - Day 4

Hari ke 4 ni plak melawat ke Zoo Beijing.. kat sini dapat tgk panda yang leh gak tahan malasnya.. makan tido makan tido aje keje dia.. hehhehee..


Kendian gi plak Beijing Museum.. dek kerana kepenatan semalam masih belum terbalas.. makanya layan museum ni ala-ala aje gitu.. punya la besar museum dia ni.. ade dlm 6 tingkat rasanya.. setiap tingkat tu lain-lain bahan sejarahnya


Then pi lunch n solat.. after that pi plak World park.. tempat ni terdapat pelbagai replika bangunan yang ada kat dunia nih.. seperti Taj Mahal, Eiffel Tower, White house dan sebagainya la.. konon2 mcm dah pi round satu dunia la.. hehhee kawasan sketnye besar.. jenuh nak menghabiskan lawatan akhirnya tak terhabis gak.. hehehe.. Then pi dinner n balik rehat...

Trip to Beijing - Day 3

Hari ke 3 ni semua di bawa melawat ke Istana Maharaja... kami semua telah di ingatkan oleh Micheal bahawa perjalanan ini mengambil masa 2 jam.. sesiapa yang larat boleh ikut serta.. jika tak larat surrender awal2 sbb once dah masuk tak boleh patah balik sbb bas akan hantar di pintu masuk dan tunggu di pintu keluar.. kene melalui 9 pintu untuk sampai ke pintu keluar.. kira-kira 2 jam kene jalan kaki.. waduh..waduh..waduh..



Sebelum sampai ke Istana Maharaja, melawat dulu Tian An Men.. kalau kat Malaysia ni ala-ala Dataran Merdeka gitu.. kat sini la berbagai upacara rasmi kerajaan akan di adakan..


Dibelakangnya pula adalah Istana Maharaja.. terdapat 9 pintu maharaja.. eemm tak ingat sangat kawasan2 kiranya istana ni dipecah kan kepada 9 bahagian, ada tempat maharaja berehat, tidor, kewasan gundik, permaisuri, balairong dan sebagainya la.. hehhe besar tu... last sekali taman permaisuri.. yang menariknya maharaja ade byk bilik tido dan takde siapa pun tahu maharaja tido di bilik mana.. ini semua taktik agar maharaja tidak dibunuh.. at last maharaja mati gantung diri dia sendiri.. hehhehee.. kendian kami sume di bawa lunch n solat..


After date di bawa ke kawasan Hutongs.. kawasan ni kira penempatan awal penduduk di Beijing.. kira org dolu2 la.. kami di bawa jln2 keliling kampung hutongs ni naik beca.. hehhe gerun gak sbb jalan dia sempit dah tu plak bukan main laju lagi.. sian pakcik yang kayuh aku tu..hehhehe..



Kendian bawak plak kat Herbal Medicine.. sini diaorg promote ubat herbal untuk buang toksin dalam badan dan minyak panas sesuai untuk urut kaki.. di samping tu ade dokter yang akan check up kite melalui nadi dan bagitau ape penyakit yang kite hadapi.. aku dengar aje la namun nak buat rawatan tu idak la.. duit tak cukup.. hehhe.. tapi best sbb dapat urut kaki.. hilang sket letih selepas berjalan pagi tadi..


Then di bawa untuk dinner kendian tu pergi tengok Shaolin Kung Fu Show.. tersengut-sengut ngantuk keletihan.. hehheheh.. then balik hotel..


Bersambung..

Trip to Beijing - Day 2

Hari ke 2 nih kami semua di bawa ke Jade canter.. ramai pelancong di bawa ke sini beserta dengan penerangannya.. aku tak berminat pun nak beli jade nih.. tambah pulak duit shopping cukup2 aje... hehhee..



Kendian singgah pula di Crystal Center.. kristal cina ni lebih kurang macam kristal korea.. shinning dia sama.. mcm biasa penerangan diberikan sebelum serbu kat shop dia.. aku tangkap satu cincin kristal.. menarik.. ala2 daimond habib jewel gitu.. hehehhe



Kendian ke kilang tembaga plak.. kat kilang ni diaorg buat tembaga betul2 handmade punya.. corak nya plak diukir n tampal.. kendian diwarnakan pulak.. begitu rumit sekali dan hasilnya begitu menakjubkan... kendian lunch di tempat sama dan solat sekali di sini..



Bila matahari dah terik barulah trip semua di bawa ke Great wall.. ingatkan tak sejuk rupanya teramat sejuk jugak.. beserta ngan angin yang kuat.. bila tgk org mendaki rasa seronok sgt tapi hanya mampu tahap satu aje.. hehehe semput den.. hahaha.. bukan aje penat tapi sejuk gilos.. tapi mmg best la terpegun sekejap tgk salah satu keajaiban dunia nih...


Bersambung....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...