Bandung.. oh Bandung !!!

 * Ain dah ready nak jumpa Awan Dania *

Hehehe.. tiket yang dibeli setahun lepas akhirnya tiba jua masanya.. alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan lancar.. dan selamat pulang ke tanahair..

Trip kali ni aku bawak Mak ku, Abah ku, Suami ku, Anak ku, Adik perempuan ku, Adik lelaki ku dan adik ipar ku.. turut serta juga family kawan suami ku.. dan juga family kawan opis ku.. fuh mcm rombongan cik kiah..

Ni la first time aku bwk family jalan ke luar negara bagi rasa macam mana suasana negara orang.. ternyata mereka bersyukur dengan kehidupan di Malaysia..

Bertolak pada 3 April 2011 dan pulang pada 9 April 2011.. lama kan..?? hahaha alang-alang pergi biar lama sket.. kali ni aku book bilik besar kat orange homes sumbat 7 org.. save sket budget..

Transport plak aku ambik pregio leh muat 10 org.. kira total budget hotel + transport untuk 1 pax = RM274.40 aje.. murah kan..?? hehehe boleh untuk mereka2 yg gaji ciput macam den nih.. hehehe..


Macam biasa rombongan di bawa melawat Tangkuban Perahu, Strawberry Park, lunch di Kampung Daun dan serbu Pasar Baru serta Factory Outlet.. Dapat gak merasa makan di Restoren Kampung Daun yang boleh tahan mahal gak harga dia.. hehehe ..
 
Pergi kali ni puas gak sebab dapat ulang Pasar Baru 3 kali pastu dapat beli baju raya ain, husband n aku sekali.. kira selesai dah soal baju raya.. hehehe..

cuma di Jakarta hanya dapat pergi Mangga Dua aje.. tu pun tak abis round disebabkan kesuntukan masa.. perjalanan pergi balik aje dah 6 jam.. lain kali kene bermalam gak di Jakarta tu baru puas.. hehehe.. Lain kali..??? eemm ada lagi ke..?? insyallah ade bulan 10 ni nak bwk rombongan lain plak.. hehehhe..

Memang seronok shopping di bandung nih.. mujurla duit cukup-cukup untuk beli benda yang perlu aje.. kalau ikut nafsu ish..ish..ish.. tambah plak bawak si anak dara tu lagi la susah nak membelek barang.. hehehe

- aReLyNn -

Majlis Keraian BPTM

Agak dah lama kelab KESUTMA tidak membuat sebarang majlis bagi meraikan staff.. makanya pada 3 Mac 2011 lalu adalah satu Majlis yang agak gilang gemilang dan julung kalinya di adakan di luar kawasan opis.. Majlis yang selalunya di buat waktu lunch di opis di tukar ke Restoren @ MAEPS, Serdang.. sajian makanan ala buffet steamboat.. RM21.10 per pax.. em ok gak sekali sekala buat kat luar..





Walaupun agak sukar nak arrange dan manage time sebab time very limited 5 - 7 pm.. akhirnya majlis berjalan jugak dengan lancarnya.. official time 5 - 7 tapi boleh dok lepak sampai melantak hingga kol 11 malam.. dah buffet namanya so leh le makan seberapa banyak yang nak..



Majlis kali ni merangkumi majlis bagi meraikan Pegawai yang bertukar ke luar, Pegawai yang menyambut hari jadi bulan JAN - MAC dan Pegawai yang akan bersara. Ok gak suasana n makanan kat sini.. kebetulan kitaorg dibenarkan untuk membawa sang suami dan sang isteri tapi kena bayar ler.. hehehe..

 

- aReLyNn -

Akhirnya...

Ni nak bagitau ni.. akhirnya dapat gak aku tido atas katil ku bersama en abg setelah sekian lama dok tido berasingan dan menarik tilam ke bawah demi anak dara yang sorang.. dah sampai mana kene ajau tido katil sendiri.. hahahhaa akhirnya berjaya gak.. cuma sebelum nak tido kene layan.. belai2 sampai dia tertido..

* Dah macam asrama plak rasanya *

* Muka baru bangun tido * 

 
* Celah yang sempit tu pun leh jadi tempat main * 
 


Acara menarik tilam sebelum dan selepas tido dah takde dah.. so far alhamdulillah dah hampir seminggu ain tido di katilnya... nampak macam dah serasi.. tak lama lagi leh la separate bilik plak.. hahha bleh ke..?? tutup lampu semua pun dah bising.. hehehe..

- aReLyNn -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...