Menu Hari Ini - Nasi Minyak

Alhamdulillah berjaya gak aku torai ini menu.. tak penah-penah membuat nasi minyak tetiba aje buat.. kebetulan semua bahan-bahan ada.. sebelum tu aku google resepi ni :


Nasi Minyak

Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1/4 cawan minyak sapi
  • 2 biji bwg putih,dicincang
  • 2 biji bwg besar,dihiris
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 biji lada putih,ditumbuk
  • 2 cawan beras
  • 2 cawan air
  • 1 cawan susu cair/fresh milk
  • 2-3 titik pewarna kuning
  • 1/2 cawan kismis
  • 3 helai daun pandan
  • untuk menghidang, bawang goreng dan buah badam

Cara-cara

  1. Pijarkan minyak sapi dalam periuk.Goreng bwg besar dan bwg putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan lada putih.Goreng selama 5minit.
  3. Masukkan beras,air,susu cair,daun pandan yg disimpulkan serta pewarna kuning.Kacau supaya semua bahan serata.Tutup periuk dan tunggu hingga air kering.
  4. Masukkan kismis dan kacau rata.Setelah itu tanak nasi hingga betul2 masak.Ketika menghidang boleh letakkan bawang goreng serta buah badam. 

Paceri Nenas Simple

Bahan2 :
  • 1 biji nenas
  • 4 biji bawang kecil/shallots
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 1 biji cili merah
  • 1 batang kayu manis yg agak besar
  • bunga lawang dan biji pelaga
  • sedikit air
Cara masak :
  1. Panaskan minyak, tumis kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga
  2. Kemudian tumis pula halia, bawang kecil dan bawang putih yang dihiris, hingga hampir perang
  3. Masukkan nenas yang telah di potong dadu (buang empulur) dan cili merah yang dihiris halus, biar hingga nenas empuk, jika agak kering, tuang sedikit air
  4. Perasakan garam dan gulanya
dan inilah hasilnya...taraaa....tak tau apelah rasanya...


Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya 10 - 14 Ogos 2011


Tarikh : 10 - 14 Ogos 2011
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar
Ramadhan)*

Untuk makluman, pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Nike, Adidas, New Balance, Decellini, Arnold Palmer, Van Heusen, Polo Club, Snails, Jeep, Bebe Homes, Colours, Polka Dots, Disney Pooh, Baby looney Tunes, Panasonic, Bill Keith, Camel, Larrie, Crocodile, Nokia, Samsung, Nikon, Sony dan banyak lagi.

Hari pertama jualan aku dah serbu dah.. mmg dari awal dah niat nak pegi nak carik baju tambahan sket2 utk si kecik.. tahun lepas aku pegi agak menarik gak sbb dapat rembat baju disney untuk buat pakai harian dan pergi taska.. kali ni pun dapat jugak baju disney n poney.. dalam 15 helai gitu.. gila betul.. hehehe barang-barang lain aku tak pandang dah.. hehehe

Macam-macam ada jual kat situ.. yg lawaknya katil, mesin basuh, peti ais dan tv pun ada jual.. hehehe yang pastinya kene pegi awal jgn tunggu time lunch sbb akan sesak..

Selamat bershopping..!!!


Kakitangan awam dapat bonus raya

Syukur alhamdulillah bila dapat berita petang semalam.. syukur sangat-sangat.. terima kasih pada Kerajaan Malaysia kerana beri Bonus kepada semua kakitangan awam.. tak lupa juga kepada mak dan abah serta bapa mertua ku yang dah berpencen.. ada jugak duit tambahan untuk menyambut Aidilfitri..

Berita Harian Online | Kakitangan awam dapat bonus raya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...