Fogging Again...

Semalam dapat notis dari Jabatan Kesihatan Putrajaya nak buat fogging kat kawasan P15H1.. ini disebabkan ada satu kes demam denggi yang berlaku di kawasan nih...


Lepas aje turn rumah aku diaorg ni masuk dah sembur-semburan.. asap berkepul-kepulan...then en husband bawak gi lepaking kat Taman Rimba Alam tu...dan inilah hasilnya...




Pemandangan mengadap Presint 15 Apartment

Pemandangan sekitar Putrajaya
 
Bukan main suka lagi ek...

Day 3 : Bukit Gambang Resort City

Hari ke tiga nih kebanyakkan aktiviti adalah bebas.. sehingglah time untuk check out... memandangkan takde aktiviti apa nak buat dan en husband pun decide lepas sarapan pagi nak terus balik.. aku pun setuju aje sebabnya sampai awal boleh la basuh basuh dan tambah plak esok dah mula sekolah takut plak jalan jem menuju ke KL...
sempat lagi possing sebelum balik...
Singgah sekejap di Gift Shop nak beli fridge Magnet
Ini hasil yang dapat dirembat
Alhamdulillah sekitar jam 12.30 dah sampai di rumah.. syukur selamat semuanya... jumpa lagi ya BGRC.. pasti.. dan akan bawak family plak bercuti di sana nanti.. Insyallah...


Day 2 : Bukit Gambang Resort City

Di hari ke 2 ni terdapat pelbagai aktiviti yang perlu staff hadiri antaranya ialah Solat Subuh berjemaah di Surau BGRC.. seawal 5.30 pagi en husband dah bangun dan bersiap untuk solat berjemaah.. balik aje terus bersiap untuk Senamrobik 1 Malaysia.. ehhehe ingat nak join gak tapi kesian nak kejutkan si kecik...

Senamrobik 1 Malaysia
Dalam kol 7.00 baru kejut kan ain.. bersiap untuk pergi sarapan pagi... dan ternyata menu paginya juga pelbagai... selesai sarapan terus ke padang yang telah disediakan untuk acara sukaneka... pelbagai aktiviti telah dijalan.. mcm biasa ain hanya masuk acara rebut gula-gula.. 

Acara yang sesuai untuk Ain buat masa nih...
dan en husband hanya jadi penonton setia orang bermain sukaneka.... hahahha...






Selepas aje no cabutan bertuah en husband dipanggil... kitaorang pun gerak meninggal padang.. hadiah ambil kemudian... hehehhee aktiviti seterusnya diaturkan sendiri.. yang mana kitaorg terus menuju ke Gambang Waterpark... sorry tak ambik gambar sebab takde org nak jaga camera.. hehehhe.. tumpang gambar orang2 ajelah...
Coco Beach

part ni yang best bila air tu tumpah...
Kalau ikutkan jadual, selepas lunch aktiviti sukaneka diteruskan di waterpark.. tp memandangkan cadangan en husband untuk merehatkan badan pada sebelah petangnya, maka kami sepakat utk pergi sendiri ke waterpark.. jadi petangnya dah boleh berehat kerana sebelah malam ada acara makan pulak...

Berikut ditampilkan beberapa gambar acara sukaneka bertemakan air yang dicilok dalam Facebook kawan-kawan en husband...





Bangun dari tido terus bersiap untuk bawa Ain main games yang ada di bawah blok.. dah janji dari semalam.. kesian plak kalau tak bawak... bila dah bawak baru dia puas hati.. hehehe... itupun susah nak ajak naik...





Malam pula macam biasalah Majlis Penutup dan Makan Malam... yang menarik kali ni tak perlu susah-susah nak beratur ambil makanan.. sebabnya makan ala-ala steamboat.. so kene masak-memasak la pulak.. tapi still ok dari kene beratur ambil makanan.. hehehe

Ain dan Abang Haikal
Makan tak toleh kiri dan kanan..
Dewan Ballroom yang selesa...
Happy bila ada kawan ek..
Walaupun tak berapa nak kenyang tapi boleh laa...
En husband plak tetiba nak join games Teka Kata.. kebetulan plak malam tu ada satu acara berkumpulan.. dan tak sangka-sangka bleh plak juara.. dapat la baucer Tecso RM50.00... mcm tetau plak kiteorg nak shopping barang dapur balik dari Gambang nih.. hehehhe

Walaupun en husband tidak menang hadiah cabutan bertuah Utama.. tapi si kecik AIN dapat plak cabutan bertuah untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun.. alhamdulillah... hadiahnya nanti ambil di opis yer.. hehehe tapi yang lawaknya bila nama diumumkan dia yang sendiri naik pentas ambik hadiah tu.. rupa-rupanya memang dia dok merayau-rayau kat depan pentas tu.. macam tetau aje nak dapat hadiah..

dan AIN ingat dapat kertas basikal aje.. hehehhe.. terus ain jadi glamer sebab bebudak opis en husband sakat nak mintak basikal kat dia.. hehehhee






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...