Bahan bacaan dan peralatan mewarna Ain

Hari ini ada sesi perjumpaan ibu bapa dan teacher di Tadika Alif Ceria. Alhamdulillah, menurut teacher prestasi Ain agak bagus, dan sekarang dia beralih kepada tulisan dan pembacaan Jawi.

Sejurus kemudian selepas itu, kami ke Kedai Buku untuk mencari satu dua bahan bacaan yang bersesuaian.

Ada satu buku yang menarik minat aku. Pasal Steve Jobs. Tapi tak jadi beli, sebab penulis dia orang lain kot...



Lepas tu, adalah ternampak sebuah buku ni. Mamat ni ada datang Malaysia dulu. Kisah inspirasi kehidupan oleh seorang insan yang kurang upaya tetapi cekal menghadapi kisah hidupnya.....cewah!



Okey! Berbalik pasal buku-buku Ain, kami hanya beli bacaan mengenai kisah para Nabi. Nampak menarik dengan perenggan bacaan yang ringkas untuk setiap kisah. Hargapun berpatutan.



On the way balik, Ain ternampak buku (mewarna) Monsters University... Apa lagi, terjerit-jeritlah dia. Ini semua kenangan Abang promoter yang datang ke Tadika dia tempoh hari. Terus dia nak beli. Hhhmmmm...beli gak lah.







P/S :---> buku set membaca tulisan jawi akan dibeli dari teacher tadika dia nanti. Senang sebab buku yang sama digunakan semasa sesi pembelajaran.

@ajid1977

akhirnya.... dibaiki juga kawasan air yang bertakung di tempat menjemur kain.

Oleh! Lama tak update blog. Penulis asal dah bersara hahaha.

Kali ni nak cerita pasal pembaikian rumah (actually kawasan luar rumah sebenarnya) yang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik.

Masalahnya kecil aje sebenarnya, kawasan air bertakung terutama bila hujan di kawan ampaian kain. Masalah selesai bila diorg tebuk 2 lubang bagi membolehkan air yang bertakung mengalir dengan sempurna. Masalah ni berlaku disebabkan oleh lantai yang tidak rata atau senget sebelah.

Sepetang minum petang.

Ini aku nak kongsikan makanan yang dibuat oleh B untuk minum petang tempoh hari. Memang sedap der..,


Berbekalkan roti Perancis yang dibeli di pasaraya. Pada mulanya aku ingatkan nak buat sarapan makan dengan sup cendawan, namun B ada idea yang lebih baik. Dibakarnya potongan roti Perancis tersebut dengan cheese yang diletakkan 2 ekor udang. Memang sedap makan waktu petang terutama makan sejurus lepas dibakar di dalam oven


Menu kedua ni, gambar dia kurang jelas, tapi inilah dia tahu bakar dengan sos cili mantap!!! Hahhaha... Kalau kebiasaan orang gunakan tahu lombong, tapi kali ini cuba try tahu goreng yang dibakar. Rasanya tahu ini lebih kenyal dan terasa bila dikunyah. Kemudian latak lak sedikit salad untuk hiasan. Perhhhh!!!! Sedap ooooo

P/s: sos ini homemade dan dibeli di Melaka. Ada dijual di pasar malam di Telok Mas. Rasanya pedas-pedas dan sedikit manis. Hoho..,


Ini adalah sos yang digunakan untuk tahu bakar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...