TQ Sayang... :)


Assalamualaikum...


Rasanya masih tak terlambat untuk kami sekeluarga mengucapkan


Selamat Hari Raya Aidilfitri 


Maaf Zahir & Batin


kepada semua rakan blogger dan teman-teman yang dikenali








Ok berbalik pada tajuk cerita nih.. akhirnya sampai jugak benda yang dihajati.. dah puas dah dok ronda dok belek dok carik info untuk pilih mana yang sesuai dan berkemampuan..


Alhamdulillah persetujuan telah dibuat.. makanya sampai lah dia ke tempat yang sepatutnya...Happy sangat..





Walaupun besar bagak mujurlah muat ruang yang telah disediakan...




Banyak benda yang boleh diisi nih.. hopefully tahan lebih lama dari yang dipakai sebelum nih..




Peti side by side nih ruang dia pendek2 tapi byk level.. lepas nih kalau tak muat lagi barang2 tak tau la.. hehehee




Mula-mula ingat nak beli French Door.. tapi takde yang inverter plak.. dengan adanya inverter nih boleh menjimatkan elektrik hampir 50%..




Peti yang lama nih nak sedekah kat adik husband.. memang dia nak pun tunggu dapat kunci rumah baru dia aje baru leh transfer.. peti nih aku beli sebelum kawin lagi 2001 kot.. condition tersangat la ok lagi.. National kan..





Haaa yang ni plak tengok keadaan mcm mana.. kalau barang-barang dapat ditransform ke peti yang baru dan muat maka perkhidmatan freezer ni akan di stop dulu buat sementara waktu..hehehee




Dan beginilah kelihatan hasil makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang baru ini... Puas!!! Cukup puas!!!!








Berbuka puasa di Restoren Medan Ikan Bakar Parameswara, Umbai. Melaka


Minggu lepas, berkesempatan sekumpulan sekeluarga utk berbuka puasa bersama di Medan Ikan Bakar Parameswara. Agak menarik bila menikmati juadah berbuka dengan ikan bakar yang dimakan berama dengan nasi lemak panas2. Nyum-nyum!

Kami sampai pada jam 7 petang. Dan seperti yang dijangka, memang ramai orang di sana. Ada geng2 motor sekali yang turut berbuka disitu pada hari tersebut. Kebanyakkan meja dah fully booked. Ada tertera nama individu yang menempah meja tersebut. Juadah pun dah ready untuk dimakan...

Di sebelah Restoren tersebut ada titi yang menghadap laut Selat Melaka. Ain teruja dan seperti yang dijangka, dia memang nak ke sana.








Dan.... Sementara menunggu waktu berbuka.... Inilah aksi kedua beranak ini. Heheh







Di sekeliling titi ini dipenuhi dengan pokok bakau. Selalunya memang aku tak perasan, sebab waktu malam. So, hari ni perasan lah sekelilingnya ada apa.

Berikut pula adalah aksi para ahli keluarga sejurus dan selepas makan juadah berbuka. Maaf sebab gambar makan tak disnap... Hehe






Oleh, kalau korang ke Melaka, sudi-sudikan lah ke Medan Ikan Bakar Parameswara. Landmark dia sungguh senang... Jalan lama ke Muar dan berhampiran pekan Umbai. Manakala Medan Ikan Bakar Parameswara adalah kedai yang paling hujung sekali bersebelahan dengan laut. SekianG

Penantian Suatu Penyiksaan

Assalammualaikum...

Bersua kita kembali dengan topik yang tak berapa nak hangat nih.. cewaahh dah macam juruhebah radio plak aku nih..Ok berbalik kepada tajuk di atas.. memang laa seksa nak tunggu.. Alhamdulillah akhirnya dapat juga.. eh lupa plak nak bgtau ape kebendenya ek...


Hahahha.. set corelle yang kononnya mai dari US.. dah lama sebenarnya nak beli set nih tapi bila pi Langkawi takde yang berkenan plak.. tetiba adelah satu blog ni yang offer bayaran ansuran sampailah barang ni sampai di Malaysia.. Harga yang di tawarkan agak murah kot.. satu set RM350 bayar ansuran selama 3 bulan.. gi la terjah ke blog Corelle nih 


Yang bestnya baru aku tau rupanya ade 2 version corelle nih.. 1 dari Asia 1 lagi dari US.. yang membezakan nya adalah coraknya.. entah betui ke idak.. hehehe.. yang ada di langkawi tu semua dari Asia.. kalau yang corak yang aku beli ni dari US.. 


Ada pros n cons gak la kalau beli dari US nih.. coranya memang la cantik.. tapi bila nak wat penambahan loose item susah nak carik.. itu pasal aku beli 2 set terus.. hehehhee.. tau aje brg dah sampai dan di maklumkan melalui sms terus aku roger en suami ajak pi ambik kat Shah Alam.. tersenyum lebar kak ton nih dapat pinggan baru.. hehehehe...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...