Garrett Popcorn - Gilerrrrr ahhh!!!

Selamat Tahun Baru 2014. Semoga tahun ini akan memberikan lebih kebahagiaan dan membawa kehidupan yang lebih bermakna dari segala aspek.



Nak dijadikan cerita, pagi-pagi lagi ada orang tu dah mengidam nak makan popcorn Garrett yang terletak di KLCC tuu... heheh

















Memandangkan aku pun memang favorate benda tu... tanpa melengahkan masa, terus aku kata "OK". Teringatkan kesedapan rasa CaramelCrisp, CheeseCorn dan banyak lagi, membuatkan aku terpukau sebentar...hahaha











Kepada peminat-peminat popcorn jenis ni, korang hanya boleh mendapatkan produk ni hanya di KLCC dan One Utama. Cawangan lain tarak...

















Memandangkan hari ini 1hb Januari adalah cuti umum, maka tak banyak manusia di KLCC seawal jam ini. Mungkin zombie-zombie ni belum bangun akibat berpesta countdown awal pagi tadi.. hahaha













Popcorn yang dibeli akan dipack dlm pelastik dan kemudian dibungkus pula dengan paperbag.











Kami beli dua perisa iaitu Cheese dan Caremel... Perghh!!!! Tapi malangnya menurut Ain, perisa Cheese tak sedap (dia paksa aku mention perkara ni dalam blog ni...hahahaha)











Walaupun harga benda ni agak mahal, iaitu paling murahpun adalah RM12 (Small), namun keunikan rasanya terutama caremel membuatkan berbaloi membeli. Selamat menjamu selera.











P/S: Kata Fariz, kalau makan benda ni, boleh 'potong kaki' oooo... hahaha

- Posted using BlogPress from my iPhone

Welcome 2014

Selamat menyambut tahun baru 2014.. Berakhir sudah kisah di tahun 2013.. Semoga di tahun baru ini akan lebih bermakna.. Berbahagia dan membawa lebih banyak rezeki kepada kami sekeluarga.. Insyallah

Grand Lexis Port Dickson

Cuti yang dah lama dirancang. Kami mengakhiri tahun 2013 dengan menginap di Grand Lexis, PD. Tak lama, hanya semalam sahaja.


Bertolak dari Melaka. Kami dibenarkan masuk ke hotel sekitar jam 3 lebih.
pengangkutan ke pintu bilik adalah dengan menaiki buggy, atau anda boleh memilih untuk menapak.


Apa yang menariknya adalah adanya private pool di dalam bilik hotel ini. pendek kata anda boleh mandi sampai lebam.


Berikut adalah gambar sekeliling bilik penginapan kami.





overall, boleh dikatakan menarik. Pasti kami akan berkunjung lagi nanti. C'ya!!!!


- Posted using BlogPress from my iPhone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...