Filem Big Heroes 6
Sejak singgah ke Sushi King yang ada wat promosi filem ni, Ain dah kecoh nak ajak tonton filem ni. Well, actually sebab ia adalah sejenis filem animasi..terus membuatkan aku potong. TETAPI atas sebab Ain nak tengok dan sememangnya nampak amat teruja, so kami ikutkan jua.
Tak kenal maka tak cinta, oleh itu marilah kita study sikit mengenai filem ini. (Cilok review dari orang lain ni)
Filem ini diadaptasi dari sebuah komik yang telah dibeli oleh Marvel Comics yang kini menjadi hak milik The Walt Disney Company. Namun, sebahagian besar jalan cerita telah diolah semula bagi menimbulkan kesan jalan cerita yang lebih menarik. Watak utama adalah Baymax menjadi robot yang sangat comel, naif dan sangat hebat. Sekali imbas mcm logo iklan tayar Michelin pun ada ek?
Kisah adik-beradik iaitu Hiro Hamada dan Tadashi Hamada yang berbakat dalam mencipta robot untuk berlawan. So, boleh dikatakan sebahagian besar kisah ini adalah berhubung Hiro dan Baymax! Untuk review seterusnya...kena tunggu lah ek selepas kami menonton filem ini k.